Monday, 28 January 2013

R.E.Z.E.K.I

In the name of ALLAH, Most Gracious, Most Merciful =)

ALLAH yang memberi rezeki. Syukurlah :D

" Sesungguhnya ALLAH Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian
makhluk-Nya, dan Dialah sahaja ) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga,
lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaan-Nya."
( Adz-Dzariyat 51:58 )

Okay. Posting untuk kali ni saya nak share tentang apa itu REZEKI ?
Sahabat-sahabat semua tahu, apa pengertian rezeki yang sebenar ? Tahu ?

**Pengertian sebenar rezeki dari sudut agama adalah luas dan tidak terbatas
kepada wang ringgit dan material semata-mata.

" Dan ( ingatlah ) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama,
ALLAH jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dialah
jua Yang Maha Mendengar,lagi Maha Mengetahui."
( Al-Ankabut 29:60 )

Mari kita renungkan ayat al-Quran itu bersama,
Bukankah kita semua dahulu dilahirkan tanpa membawa apa apa rezeki
sedikit pun ? Kann ?
Jadi , siapakah yang memberikan kepada kita semua rezeki ni ? Sehinggalah 
harini kan ? ALLAHU ALLAH. Bersyukur tak kita ?
Ya ALLAH. Mengingatkan diri ini :'(

Sekarang kita mendapat makanan , pakaian, tempat tinggal,
kenderaan dan banyak lagi kan. 
Kitakah yang pintar sehingga berupaya mendapatkan semua itu ?
Kita kah ? Berkuasa kah kita?
Mungkin ada yg berkata usaha mereka yang membuahkan semuanya
itu buat mereka? Ya, betul ya? Kalau begitu. Anda salah. MAAF :)

Pernah tak kita fikir ada orang lain yang kadang-kadang usahanya
sama atau mungkin lebih baik daripada kita tapi rezekinya
tidak sebanyak kita ? Ada kann ?
Setiap kali kita melihat penderitaan dan kemiskinan orang lain,
pernahkah kita fikirkan bahawa mereka juga seperti kita semasa dilahirkan dahulu.
Tak punya apa-apa :'(
Ertinya jika ALLAH menghendaki, kita juga
boleh berada di tempat mereka. 
(** merenung kembali T_T **)

 Rezeki ALLAH tu luas, pintalah pada-Nya

Betapa benarnya ayat-ayat ALLAH itu.
ALLAH sahaja yg mempunyai kuasa mutlak untuk memberikan
rezeki kepada kita.
Jadi , adakah usaha kita tidak penting ???
(lalalalaaa~ *sambil berfikir*)
Usaha kita tu sangat penting sebagai cara untuk berpeluang mendapatkan
rezeki daripada ALLAH. Kita manusia biasa bukannya seperti
Maryam ibu Nabi Isa a.s. Tak usahlah kita mengharapkan rezeki itu jatuh
tergolek ke riba tanpa usaha yaa =)

Kita berusaha, kadar rezekinya hanya ALLAH yang menentukan.
Pertalian antara usaha dan rezeki bukannya seperti
perkiraan tolak campur seperti dalam pelajaran matematik.
Cehhh. Rindu blja matematik, addmath ke? Mwehehehe <3
Semestinya lah. Feveret subjek =D

Pernah dengar tak :

Kejayaan tidak akan hadir tanpa usaha kita sendiri.

Wallahu'Alam.
Cukuplah untuk posting kali ni.
Moga sama sama dapat manfaatnya. Ameen.
May ALLAH bless :)

p/s : Ingatlah D.U.I.T !!! =) Doa Usaha Ikhtiar dan Tawakkal . InsyaAllah ^_^ 
  

Friday, 25 January 2013

Positif Di Sebalik Masalah

Bismillahirrahmanirrahim.
( Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang )

Salam Warahmatullah =)
Alhamdulillah. Bertemu kembali. Hee.
Syukur syukur ^_^

Kalau nak tahu, saya peminat and pembaca setia gen-Q,
mwahahaaha <3
Dahhhh habes skola ni, tyme utk buat koleksi setiap isu gen-Q laaa.
Huhuuu. Tak rugi, ilmu tuu.

Ilmu itu perlu dicari, kerana ilmu itu penyuluh hidup.

Okayy. Kita tahu kan manusia tak pernah lari daripada masalah tak kiralah
kanak kanak, remaja mahupun dewasa.
Masalah yang menimpa berbeza beza mengikut  kemampuan masing-masing.
Yeahhh!!! ALLAH takpernah membebani hamba hambaNYA :)

< Sentiasalah berfikiran positif yaaaa :) >

Namun,, selalunya ramai yang mengambil mudah dengan cara membunuh diri. Kannn?
Perlu kee? Taktakut dosa ke???? ALLAHU AKBAR.
Nak tahu tak :
" Tiada syurga buat hamba ALLAH yang membunuh diri."

Contoh lain la, apabila kita memperoleh keputusan yg tidak memuaskan
misalnya, tidak melayakkan kita mndapat tawaran dari mana mana universiti.
Hal ni timbulkan rasa sedih kan? Ya saya juga akui benda ni..
Sape tak sedih kannn? :'( Hummmmm.
Lagi lagi kalau kita dah cuba berusaha sehabis baik tapi keputusan masih
tidak memadai. Sedarlah bahawa ketika itu
ALLAH sedang menguji dan ujian tersebut bukanlah sesuatu
yg takmampu untuk kita tangani.
**ouch terasa. Mengingatkan diri ini =) Hee Maaf !

SERAH KEPADA ALLAH SWT

Mari kita berfikir secara positif !! Meh meh =D
Mungkin kita takmemperoleh keputusan yg baik sebab kerana itu
mungkin akan menimbulkan perasaan riyak .? Kannn?
Yaa,, kita taktahu apa yg trbaik untuk masa depan kita. Maka serahkan
sahaja urusan menentukan kehidupan tersebut kepada ALLAH.

Seperti yg diceritakan dalam surah al-Kahfi, ayat 66 hingga 82 iaitu
kisah pengembaraan Nabi Musa a.s. bersama Nabi Khidir.
Dalam pengembaraan tersebut, mereka telah membuat perjanjian supaya Nabi Musa
tidak mempersoalkan setiap perbuatan Nabi Khidir.

Ada satu ketika, Nabi Khidir berkata kepada Nabi Musa. Macam ni bunyiknya.
Ohhhhhh takbunyik pon. Macam ni katanya :

" Anak itu apabila besar nanti akan menjadi seorang anak derhaka kepada 
ibu bapa dan Tuhannya."

Sepatutnya kita kena sedar bahawa semua orang mempunyai masalah.
Nak tanya la... Ade tak yg takde masalah ???? Hummmm.
Tapi mengapa begitu ketetapan ALLAH ya?? -.-
Kerana ALLAH sayangkan kita, ALLAH takpernah lupakan kita,
supaya kita menjadi lebih sabar dan supaya
kita menjadi hamba ALLAH yang sentiasa bersyukur.
ALLAHU AKBAR! ( merenung diri ni hummmm ** )

  
Which one you choose ? :)

Ada satu kata-kata yang berbunyi :

" Whatever happen, there might be a reason after that." 

Okay cukuplah untuk posting kali ni,
sekadar berkongsi :)
Hee. segala kekurangan datangnya dari diri ini ya.
Maafkan saya. Terima kasih sudi entry blog ini.
Moga sama sama dapat manfaat ya =)
Insya-ALLAH kita akan menjadi seseorang yang lebih sabar
jika kita berfikir secara POSITIF <3 

Wallahu'Alam.
May ALLAH bless us :D

Thursday, 17 January 2013

Kelebihan Istighfar (=

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam warahmatullah :)
Hee. Bertemu kembali kita yaa. Alhamdulillah.
Syukur diberi berpeluang berkongsi sedikit sebanyak
untuk entry kali ini. Bagi yang kurang berminat MAAF. Saya nak jugak ihikhik =D

Haritu saya terbaca satu paper, berkaitan "Istighfar minta pertolongan ALLAH".
Barulah saya tahu banyak kelebihannya.
ALLAHU ALLAH. Saya rasa sangat prejudis,mungkin sahabat-sahabat lain tidak.
Istighfar ni selalu kita baca, lafazkan,
tapi tahu tak maksudnya, tahu tak fadhilatnya ..?
Kita baca lepas solat , dan bila bila masa sahaja, tak semestinya hanya lepas solat :)


 " Aku memohon ampunan kepada ALLAH."


Dalam menjalani kehidupan di dunia yang fana ini,
setiap manusia tidak lekang daripada melakukan dosa :'(
Bagaimanapun, ALLAH Maha Pengampun.
Ya ALLAH, baiknya ALLAH kann ??
Jadi, apa salahnya kita ambil peluang ni kan selagi ada.

Saidatina Aisyah RA ada berkata :

" Berbahagialah sesiapa yang mendapati banyak istighfar pada
buku lembaran amalannya."

Kelebihannya : Mudah diamalkan tetapi besar ganjarannya di sisi ALLAH :) 

Selain tu kan kawan-kawan,
bacaan istighfar jugak untuk menggamit rezeki dan
menyelesaikan masalah hidup. Insya-Allah.

Hassan Al-Basri hanya mengatakan :

"Beristighfarlah  memohon kepada ALLAH."

Beliau hanya kata begitu sahaja. Cukup dengan hanya
beristighfar. Tapi ia jarang diambil berat
kebanyakan orang kan? Sebab mungkin kita tak tahu.
Jadi lepas ni, perbanyakkan istighfar yaa :)
Mari kita sama sama sentiasa memohon ampun pada ALLAH.
Sebab hari hari kita mesti buat silap :'(

" Istighfar memohon pertolongan ALLAH."


Forgive us, Oh Allah, The Forgiver, Merciful
Forgive us, Oh Allah, from all sins :'(

Okayy. Cukuplah posting untuk hari ni,
moga ada manfaat (=
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
Dan kita belajar untuk menjadi hamba yang redha ya. Insya-Allah.
Moga ALLAH permudahkan niat kita. Ameen Ya Rabbal 'Alamin.

Wallahu'Alam.
Moga ALLAH redha :)

p/s :  Jangan sampai hari berlalu, tetapi istighfar ditinggalkan, malah hanya
         teringat ketika susah sahaja, sementara waktu senang dilupakan. ALLAHU AKBAR.

Tuesday, 15 January 2013

Try to be better =)

In the name of ALLAH, Most Gracious, Most Merciful :)

Alhamdulillah. Can see all of you again ^_^
Besarnya nikmat yang ALLAH beri, alhamdulillah diri ini masih
berpeluang untuk bernafas, melihat ciptaan Ilahi yang sungguh indah sehinggalah hari ini.
Alhamdulillah. ALLAHU AKBAR.

Haishh, selalu lupa lah wahai diri,
apa-apa mulalah dengan salam wahai diri, indah kan??
tak susah kan?? ~  Maafkan sayaa.

Assalamu'alaikum wbt to all of you <3

Okay. Setiap orang mesti punya hasrat, harapan untuk menjadi insan
yang baik, soleh solehah kan?
Alhamdulillah. Baik sungguh niat kita. Sekurang-kurangnya kita
dah ada niat. Cuma buat ke tak tu diri kita sendiri.

Pernah dengar tak :

" Sesungguhnya ALLAH tidak pernah mengubah nasib sesuatu kaum itu
 melainkan sesuatu kaum itu berusaha mengubahnya."

Walau apapun, setiap perubahan itu perlukan pengorbanan.
Diri sendiri kena bangun dan kuat :)
Orang lain tak mampu untuk mengubahnya andai diri sendiri
kita masih sama. Tetapi andai kata, 
kita masih lemah dan tak kuat, berdampinglah dengan sahabat
yang mampu mendekatkan diri kita pada-NYA. 
Insya-Allah lama lama ALLAH buka pintu untuk kita. Yakin tu.

"Yakin dengan ALLAH, Yakin dengan diri sendiri <3"

Dan sebagai hamba yang serba kekurangan,
apa apa pun ALLAH itu ada dengan kita.
Apa salahnya kita minta pada-NYA :)
ALLAHU ALLAH. Maaf. Mengingatkan diri ni yang mudah sangat lupa :'(

Dan kita janganlah mengharapkan yang terbaik,
andai diri pon tidak cukup baik.
Tapi setiap insan boleh berubah kan ?? =)
Perubahan perlukan masa dan bukanlah diminta secara drastik , right?
Buatlah sikit-sikit, Insya-ALLAH lama-lama banyak lah.
Sabar dan Sabar. Hee. ~.~

" Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik juga
untuk lelaki yang baik. Juga sebaliknya."




Jom check diri. **ouchh terasa :'(


Diri ini hamba biasa,
selalu buat salah dan silap.
tapi masing-masing punya hasrat untuk menjadi lebih baikkan.
Alhamdulillah. Teruskan ke arah itu ya.
Jom sama sama kita renungkan kembali =)
Banyakkan yg perlu kita perbaiki ? Sama lah diri ini.
Rasa sedikit sangat ilmu di dada. ALLAHU RABB.

Terima kasih kerana sudi baca.
Moga ada manfaat nya walaupun inputnya saya tahu sangatlah sedikit :)
Maaf jika ada yang tidak suka, takpe =D terima kasih yaa.
Cukup sampai disini. Wallahu'alam.
May ALLAH bless us ~

p/s : Ilmu yang ada janganlah hanya diamal tapi juga mestilah dipraktikkan ya :)
 Bersyukurlah andai diri kita mempunyai ilmu itu berbanding yang lain.

Saturday, 12 January 2013

Muhasabah kembali =)

Bismillahirrahmanirrahim.
( Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang )

Alhamdulillah, dengan izinNYA masih diberi peluang
untuk melihat ciptaan Ilahi, bersama mereka yang aku sayangi,
dan berpeluang menulis di blog ini.
Alhamdulillah. Terima kasih ALLAH.

Hari ni rasa sedih menghimpap diri,
kenapa ?? asyik tanya wahai diri..
ALLAHU ALLAH. Aku takperlu sedih,
aku kena kuat ! ye aku kena kuat !

Biasalah kita manusia biasa, takkan asyik inginkan apa yg kita mahu,
wahai diri, kau memang layak diuji.
siapalah kita nk mempersoalkannya. terimalah dengan hati yang redha yaa :)
Ketenangan, kekuatan , semua milik ALLAH,
pintalah padaNYA yaa . InsyaAllah.

" Ya ALLAH, aku rindu akan kasih sayangmu, Kau hadirkan rasa itu pada diri ini !! 
ALLAH is enough for me =) I need YOU !!

ALLAH takpernah mengecewakan kita,
jadi letaklah ALLAH yg pertama dalam segalanya yaa ^_^

Cukuplah dengan sabar dan solat,
disaat ujian menimpa kita,
ALLAH takminta lebih. Ingat tu.
ALLAHU AKBAR. Mengingatkan diri yg lupa :'(

Maaf. Moga ALLAH berkati kalian semua.
Terima kasih kerana sudi menjadi silent readers sayaa,
walaupun saya tahu, input nya sangatlah sedikit dan biase biase je,
saya juga manusia biasa. MAAF :)

"Kalau kita ingat ALLAH, ALLAH pasti ingat kita =)"

Mari muhasabah diri kembali,
hari ni banyak tak salah silap yg kita lakukan??
Kekhilafan manusia perkara biasa,
mohonlah keampunan pada Yang Maha Berkuasa,
selagi masa kita masih ada, Maaf.
Diri ini tidaklah sebaik yg disangka, sekadar untuk berkongsi,
dan mengingatkan diri ini yang sering melakukan kesilapan :'(

Moga manfaatnya dapat kita kongsi bersama yaa .
Cukuplah untuk hari ini, panjang umur kita jumpa lagi =)
Insya-Allah !!~~ ^^  Wallahu'alam.
Moga ALLAH redha >_<

Thursday, 10 January 2013

Alhamdulillah --" :)

Bismillahirrahmanirrahim.
( In the name of ALLAH, Most Gracious, Most Merciful )

Salam Warahmatullah =)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi,
bertemu kembali untuk hari ni, dan mempunyai kesempatan untuk
posting seterusnya. Alhamdulillah berbanyak-banyak.

Haishh,maaf lah. Diri ini bosan di rumah,
taktahu nak buat apa lagi, so suka la posting sana sini.
MAAF jika tidak suka. Its okay. Takpe :)

Wanna flashback something,
hum actually biasa je, takde la interesting mana pon.
Alhamdulillah. Hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Cehhh. Dah macam lagu UNIC tu lah pulak. Aduss.

 Saya sangat bersyukur kerana ALLAH pernah beri aku 
peluang bersahabat dengan hamba ini.
Bagi saya dia sahabat yang sangat sangatlah baik,
tak layak pon nak berkawan dengan sayaa. Saya rasa banyak
sangat kelemahan. Sangat rasa diri ni kerdil.  ALLAHU AKBAR.

Tapi, bila fikir balik, okayy,
kehidupan kita tidaklah sempurna, malah tak ada yg sempurna.
Ingat tu. Jadi apa yg perlu kita buat???
Kita perlu tahu apa yg perlu kita buat.
Hahhh! Ape tuh, kau ni merepek lah Hahaahha. MAAF.

Ya, mungkin ini ujian ALLAH untuk kita.
Ujian dunia. Ujian hidup. Juga ujian sebagai seorang Hamba.
Alhamdulillah. Bersyukurlah jika diuji.
Kerana tu tandanya ALLAH masih sayangkan kita,masih pedulikan kita.
#Dushdushdush. Ingatkan diri ni yg lupa =)

 " Ujian ALLAH mematangkan kita."

Kadang-kadang, ALLAH nak hantar seseorang dalam kehidupan kita,
untuk menjadikan kita lebih baik,
adakah itu petunjuk daripadaNYA?
Ya, mungkin dengan cara itu, pelbagai cara boleh,
wahai sahabat.
Ya Allah, aku benar-benar bersyukur atas jalinan ukhwah ini,
moga Kau redha dan berkatinya. Ameen.

Tapi saat ini kita hanya perlukan cinta ALLAH yang lebih utama,
cinta ALLAH tak boleh dikongsi dengan sesiapa.
Jadi, perlukah kita mencari cinta manusia, sedangkan kita sendiri belum serahkan
cinta kita sepenuhnya pada Pencipta kita sendiri? ALLAHU ALLAH.

Tepuk hati tanya iman =)
Maaf. Diri ini turut menyedarkan diri.
So jom sama sama kita pasang niat, betulkan niat,
muhasabah diri kembali.
Tidak mengapa, setiap manusia melakukan kesilapan,
tapi tak mustahil semuanya boleh berubah.
Yang penting bermula daripada niat kita.
Agama Islam tidak pernah memaksa, Islam sangatlah indah =)

ALLAH suka kalau kita buat sesuatu tu keranaNYA,
jadi jika benda tu mengundang kemurkaan ALLAH,
juga lepaskanlah kerana ALLAH.
Carilah redha Tuhan yg lebih utama.
Ayuhhh!=)

 
 " ALLAH knows the best. Just put your trust only on Him <3 "

Janji ALLAH itu pasti.
Carilah cinta Tuhan yg lebih utama, insyaAllah cinta hambaNYA
turut menyusul.

Wallahu'alam.
Cukuplah untuk posting kali ni yaa.
Maaf andai ada salah dan silap.
Sekadar berkongsi, aku juga manusia biasa, banyak silap =)
May ALLAH bless ^_^


Wednesday, 9 January 2013

Thankss for remind =D

In the name of Allah, Most Gracious and Most Merciful.

Starting with salam,
Assalamu'alaikum wbt =)

Today, wanna to share something that I have.
Thankyou for remind me.
Saya sangat bersyukur dikurniakan sahabat seperti anda.
Alhamdulillah.
 

Peperiksaan itu ibarat perjudian.
Ada kemungkinan berjaya, ada kemungkinan gagal.
Namun, itu bukanlah matlamat hamba Tuhan.
Hamba Tuhan tidak mengejar melainkan mardathillah.

Saat kejayaan menjadi miliknya,
dia tahu tidak akan selamanya dia mengecapinya
kerana kejayaan itu milik ALLAH,

Namun jika kegagalan menjadi miliknya,
dia menganggap itu adalah kejayaan yang ditangguhkan,
maka dia redha dengan kegagalan itu sebagaimana
dia redha tatkala kejayaan menjadi miliknya,

Sehingga dia merasakan terlalu bersyukur dengan kurniaan itu,
kerana kegagalan itu juga milik ALLAH.
Maka tiadalah beza kejayaan dan kegagalan itu
melainkan mardathillah (^_^)

" Semoga kita termasuk dalam kalangan yang sentiasa redha
dengan ketentuan ALLAH. Insya-Allah."

# Sekadar perkongsian.
Agar kita sama-sama mendapat manfaatnya yaa.
Cukuplah sekadar besederhana,
ingatlah insan yang kurang bernasib baik.
ALLAHU AKBAR.

Mengingatkan diri ini =)
Terima kasih.
Wallahu'alam. Moga ALLAH redha ^^

Sunday, 6 January 2013

Bersahabat hingga ke Syurga =]

In the name of Allah, Most Gracious and Most Powerful..

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi,
ALLAH masih beri aku peluang untuk bernafas hari ini, melihat dunia yg indah dengan 
ciptaan Ilahi dan bertemu dengan kamu yg comel ni lagi.
Hee. Maaf harini sibuk sedikit, dan baru sekarang diberi peluang update
posting baru kat blog ni =)

Eh eh bebel-bebel, lupa pulak nak beri salam.
Assalamu'alaikum wbt anta anti ^_^

Rase-rase harini saya nak post pasal apa yaa?
Ada sape-sape tahuu? Agak-agak kee? Ehehehh. Ngade nye kau nk teka teka pulak haihh!!
Title hari ni insya-ALLAH tentang PERSAHABATAN.

 " Kau dengan Aku bersahabat kerana ALLAH SWT."
**omeyy nye, cube tanye diri jap, kita sayang kawan kita takk??**

Okayy. Kadang-kadang perasaan sayang ni susah untuk dilafazkan right?
Tak kan smua bnda kita nk bgtahu. Ada jugak secret secret nyaa:D
Perasaan tu kita dapat rase bila mana kawan kita ambil berat pasal kita,
dia banyak bantu kita tyme kita susah, bila sedih dia ada sebelah kita dan mcm-mcm lagi laa.
Tapi pernah tak tengok kawan kita tu nampak bahagia je sentiasa??
pernah? yakin kah manusia mcm dia takde masalah dunia?
Haa tipu kalau kate tkde, tapi die taknak tnjuk.
Dia taknak susah kan kita, kann? Baikkan dia? ALLAHU AKBAR.

Tapi kita sebagai kawan mesti nk tolong dia, nak tgk dia senyum sntiasa.
Kita juga manusia sama seperti yg lain, sometimes tk mampu nk tolong org lain 
sebab masalah diri sendiri tk tertanggung. Apa yg kita boleh tolong??
Kita tolong dia dengan kita panjatkan do'a untuk dia. Minta
ALLAH bantu dia, bukakan pintu rezeki buat dia.
Insya-Allah, tak rugi...Dalam masa yg sama, do'a itu juga dapat untuk diri kita.
Insya-Allah!! Yakin dengan ALLAH !!

Bila bersahabat, perlulah saling memahami antara satu sama lain =)

Fitrah , dalam bersahabat pernah terluka, terguris, terasa,
berbagai-bagai ter lah kan. Itu perkara biasa.
Asam garam dalam persahabatan. Baru indah ^^ Hee.
Tapi kita kena banyak-banyak lah bersabar dan tabah yaa.
Jangan cepat marah, merajuk sana sini,**ouchh,terasa sikit hee.
ini ujian ALLAH. Dia nak tengok sjauh mana kita mampu jaga hubungan
kita dengan sahabat kita. Betul kann??

Tanpa sahabat, hidup kita kosong sedikit la, takde hiburan.
Tak kosong okay, sebab kita masih punya ALLAH. Ingat tu !! 
Kita boleh belajar sama-sama, kongsi ilmu, main sama-sama,
gelak tawa sama sama, huhu. Carilah sahabat yg boleh bawa kita
lebih dekat dengan syurga ALLAH.

" Aku mencintaimu kerana agama yg ada padamu, hilang agama itu maka hilanglah
cintaku padamu."
Eh ehh tahu la da abess skola, rindu kawan kawan lah tuh,
sebab tu nk story pasal sahabat. cehh!!!
bersabar la bebanyak ye andai kebosanan menimpa diri
apabila membaca post ini. 

Saya harap, dalam posting yg tk seberapa ni
adalah sikit input baiknya, mudah mudahan .
Semoga persahabatan kita kekal hingga ke syurga. Ameen.
Esok saya dah mula blaja bawak kereta dan mula jugak kelas bi.
Ohhhhh semakin sibuk lah.. Haha sibok lah sangatt!
Tapi saya cuba curi masa untuk bersama blog tercinta untuk
kita sama-sama berkongsi bicara yaa =)
Insya-Allah. Dengan izinNYA.

Wallahu'Alam.
Thankyouuuu for reading.
May ALLAH bless you <3

Saturday, 5 January 2013

Salah ke perempuan nak jadi Doktor??

 Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Posting untuk kali ni saya nak share sesuatu mengenai pekerjaan sbgi "Doktor"
Salah ke perempuan ingin menjadi doktor ??
Saya tertarik untuk berkongsi sebab banyak silapnya tanggapan manusia.

Ade yg kate:

" Kami tak mahu kahwin dengan doktor perempuan, 
sebab busy , tak ada masa untuk kami. "   

 

Okayy, bacelah, tapi panjang sedikit laa :-

1. Satu cabaran besar buat kami suami isteri dalam menjalankan amanah membantu teman-teman dan adik-adik mencari pasangan adalah betapa ramainya lelaki yang tidak mahu memperisterikan seorang doktor. Sebabnya biasa, sibuk, tidak sempat nak menjaga keluarga, mahu yang lebih masa dengan anak-anak dan sebagainya. Yang memeningkan kami lagi, sindrom ini telah melanda semua jenis profesion.

2. Pernah berlaku dalam satu perjumpaan di mana sekelompok pelajar perubatan perempuan telah bangun menyuarakan kesedihan mereka dengan sikap lelaki yang menyisihkan mereka daripada dijadikan isteri kerana kerjaya yang dipilih. Satu contoh betapa makin meruncingnya masalah ini. Pengalaman peribadi, saya perlu memujuk dan memberikan penerangan panjang tentang realiti kerjaya doktor berserta kepentingan menekankan aspek agama dalam proses mencari pasangan. Kadang-kadang sampai boleh menyebabkan marah dan kekecewaan yang cukup mendalam.

3. Seseorang yang mengambil tanggungjawab untuk menjadi seorang doktor, telah menyempurnakan satu fardhu kifayah. Apatah lagi, jika muslimah berkenaan mahu menjadi seorang pakar dalam bidang sakit puan. Saya yakin, semua suami (termasuk yang tidak mahu memperisterikan doktor) mahu isterinya diuruskan seorang doktor wanita. Tugas mereka penting dan mulia. Bangun awal pagi dan balik lewat malam. Makan pun kadang-kadang tidak sempat. Solat terkejar-kejar. Maka, adakah manusia semulia ini tidak layak diperisterikan?

4. Terlalu banyak contoh di mana doktor wanita yang telah berjaya mendidik anak-anak mereka dengan baik. Masa dengan anak-anak mungkin tidak banyak tapi ia digunakan sebaiknya. Masa sedikit tapi berkualiti. Kesannya, anak-anak 'menjadi', berjaya dalam akademik dan menjadi 'ikon' masyarakat. Juga terlalu banyak contoh di mana wanita yang banyak masa di rumah, malah sepenuhnya di rumah, anak-anak masih tidak dapat merasai kasih sayang yang diperlukan, terlibat dengan pelbagai masalah sosial di luar. Bukanlah saya menafikan akan keruncingan masalah anak-anak kini kerana terlalu banyak pendidikannya diambil oleh bibik dan guru, tapi ia bukanlah 'the only factor'. Ramai ibu yang sibuk berjaya melunaskan amanah dengan cemerlang!
 
5. Perlu juga diketahui bahawa menjadi doktor tidak semestinya perlu oncall, tidak semestinya kena masuk dewan bedah dan tidak semestinya bekerja di hospital. Ada doktor yang hanya bekerja di klinik yang masanya hanya 9 pagi hingga 5 petang, ada yang hanya menjadi pensyarah, ada yang kerja di pejabat, ada yang kerja dengan syarikat farmasutikal, dan banyak lagi. Ramai yang saya berjumpa, asalnya mahu menjadi pakar perubatan tapi terpaksa mengubah haluan dengan pelbagai cabaran termasuk keluarga. Maka, berbincang dan bertukar-tukar pandangan dan harapan adalah satu cara untuk memahami kehendak dan keperluan suami dan isteri.
6. Yang sangat menyedihkan, faktor kerjaya terlalu diberikan penekanan tapi bila datang perihal agama diambil mudah pula. Cukup jauh dengan apa yang telah disaran Rasulullah. Muslimat yang bertahun-tahun ditarbiah, malah sudah sampai tahap mampu mentarbiah, ilmu dan akhlaknya baik dan menyenangkan, akhirnya ditolak hanya kerana dia seorang doktor. Satu kerugian maha besar. Ketahuilah bahawa, seorang isteri yang telah lama ditarbiah untuk menjadi penggerak kerja-kerja da'wah, kesannya berbeza dengan yang tidak ditarbiah walaupun masanya dengan keluarga tidak banyak. Syaratnya, perancangan yang baik dan kerjasama antara pasangan.



7. Memperisterikan seorang doktor bererti suami juga telah berkorban, 'meminjamkan' isteri mereka kepada masyarakat. Percayalah setiap titik peluh yang dicurahkan oleh isteri, pastinya ada juga habuan buat suami. Kesusahan yang bakal dihadapi sesuatu yang pasti ada penyelesaiannya. Sukar tapi boleh dilakukan. Ramai contoh teman-teman yang telah menghadapi pengalaman ini dan masih bertahan malah cukup 'enjoy' dengan pahit manisnya.

8. Harapan saya kepada teman-teman dan adik-adik muslimin sekalian, berlakulah dengan adil, dapatkan maklumat yang benar, bergaullah dengan abang-abang yang sudah mengharungi pengalaman itu dan letaklah agama sebagai keutamaan.
 

Semoga ada manfaat =)
Doktor satu pekerjaan yg sangat mulia,
Bukanlah sahaja dapat merawat dari segi fizikal, 
malah jiwa dan rohani mereka. ALLAHU AKBAR. 

Terima kasih luangkan masa untuk membaca.
Wallahu'Alam. ^_^