Friday, 1 February 2013

Memilih Kerjaya Oh Kerjaya ^^

Bismillahirrahmanirrahim.
( Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani )

Assalamu'alaikum wbt.

Hummm. Long time no see lahh hihi :D
Rase macam dah lama tk update , *tapi sbnarnye tklame mane pn. Huhu <3
Alhamdulillah, hari ni diberi peluang utk meng-update.
Syukur Alhamdulillah (=

Let's think and think okay ~^^

 Daripada Imran r.a katanya, saya bertanya :   "Ya Rasulullah,
apa dasar kerja orang yang bekerja ?"
Baginda menjawab; "Setiap orang dimudahkan mengerjakan
apa yang dia telah diciptakan untuk itu." (Riwayat Bukhari) 

Setiap orang mesti selalu fikirkan kan ?
Apa kerjaya paling sesuai dengan kita ya ?? Hummm.
 Apa dan apa. Haha, sampai esok pn tkhabes fikir lah :)
Jom sama sama kita tengok dan cuba renungkan pada diri apa yg cuba
saya kongsikan sedikit sebanyak. Ayuhhhh!

1) Minat . Saya teringat cerita seorang doktor yg tidak berminat langsung dengan
kerjayanya itu. Beliau memilih kerjaya berkenaan disebabkan ibu bapanya
mahu beliau menjadi seorang doktor. Beliau lebih mahir meminati bidang lain.
Akhirnya dalam usia yg masih muda, beliau telah meninggalkan kerjaya tersebut dan mula
menceburi bidang yg diminatinya. Ternyata beliau cemerlang dalam bidang
yg diminatinya  itu.
 
2)Bakat . Sesetengah kerjaya memerlukan bakat semula jadi. Walau bagaimanapun,bakat
bole diasah jika ada minat dan kesungguhan. Bayangkan seorang yg taktahu berkomunikasi
dgn baik, pembengis dan tak menyukai anak anak diberikan kerja sebagai guru. Pastinya
bukan sahaja dirinya yg " terseksa " dgn kerjayanya, orang yg terlibat dgn dirinya juga mungkin turut mendapat derita.  
  
" Selagi pekerjaan kita halal, kita tidak perlu berasa malu dan
rendah diri dengan pekerjaan yang kita lakukan." 

3)Kemahiran . Pilihlah kerjaya yg sesuai dgn kemahiran yg kita ada. Mempunyai kemahiran
yg sesuai dengan profesion kita akan membuatkan urusan kerja kita dapat berjalan lancar,
Insya-Allah. Kita juga akan berasa yakin dalam membuat sebarang keputusan. Kita akan lebih bahagia melakukan sesuatu pekerjaan yg kita mempunyai kemahiran mengenainya.
 
4)Sifat semulajadi dan nilai diri. Sifat semulajadi kita juga harus sesuai dengan kerjaya yg dipilih. Jika kita seorang yg pendiam dan pemalu, usahlah memilih kerjaya yg memaksa kita berkomunikasi dan berurusan dgn orang ramai setiap masa. Pekerjaan tersebut  bukan sahaja membuatkan tak bahagia, bahkan pula boleh menyusahkan pihak lain juga.
^
^
Okay. Itu sedikit sebanyak yg perlu kita tengok pada diri kita
sebelum memilih sesuatu kerjaya . Fikirlah betul-betul ya :)
Jangan gopoh and please make your own decision.
Jangan ikut orang. **blurp. Ingatkan diri ini juga !! =D

Hewhewhew~ omey tak saye? Hummm fikir dan terus fikir**

 Think our future from NOW =)
 
 " Rasulullah SAW bersabda,maksudnya: Mereka yg mencari harta dunia
(kekayaan) dengan jalan yg halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi
pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan,
kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan
berjumpa dengan ALLAH dengan mukanya berseri-seri seperti bulan
purnama pada waktu malam." (Riwayat Tabarani)

Kerjaya adalah profesion atau pekerjaan yg dipilih sebagai
cara untuk mencari nafkah. 

Tapi sekarang bagi sebahagian kita, apabila disebut
saja pasal kerjaya , terbayang seseorang yg memiliki profesion yg hebat-hebat,
bertali leher, atau paling tak pun mempunyai pejabat.
Ouchh!  * Tampar diri ni sat, bagi sedaq ** ~

Kalau kita tengok seorang nelayan, fikiran bawah sedar lah kan
kita anggap nelayan itu tak berkerjaya. Peniaga nasi lemak pula malu mengaku
bahawa dirinya berkerjaya. Mengapa mengapa ?????
Bukankah mereka juga berkerjaya kerana mempunyai pekerjaan untuk
mencari nafkah? ALLAHU AKBAR.

Makin lama zaman makin mementingkan pangkat,
kerjaya kemewahan dan keduniaan.
Tepuklah dada tanyalah iman ya :D

Wallahu'Alam.
Sedikit perkongsian untuk semua :)
Terimakasih kerana sudi entry di blog saya.
Moga ALLAH redha. Insya-Allah <3 

p/s:  mostwelcomess February :) Sweet month for me hee ~^^

No comments:

Post a Comment