Thursday, 14 February 2013

PMG'13 ( Part II )

Bismillah.

Alhamdulillah. Semoga saya dapat meneruskan perkongsian ini dengan
baik InsyaAllah ^^

B E R S A M B U N G kembali =)

Wah wah wahh **agak jakun seketika =D

Selepas kami siap solat maghrib, baca al-mathurat, kuliah maghrib lalu
solat isya' berjemaah di surau, kami masuk semula
ke dewan kuliah utama untuk slot seterusnya:')
Hewhew~ rasa macam mimpi sikit sbb masuk masuk tgk kat screen
HELIZA HELMI ?? Ha Ha Ha. *plis jangan kalut sangatlah kann err -.-
Huhuu. DIANA AMIR tak shock sangat sebab dah dgr ura ura dapat jmpe dia:')
hihi. Alhamdulillah, itu semuanya rezeki. Terimakasih ALLAH <3
p/s: Yang diluar sana janganlah bersedih ya,InsyaAllah satu hari awak awak jumpa pulak.
Saya tahu ramai sangat yg suka si selebriti comel comel ni kan? ^^

Forum bersama mereka:

Panel : Abang Radin, Kak Diana Amir, Kak Heliza Helmi
Moderator : Abang K


 oHHoo sweeetnyaa =D

*Sewaktu forum berlangsung..*

Banyak yang kami dapat daripada forum ni.
Humm ya banyak sangat. Pengalaman dan nasihat yg sungguh bermakna:')
Terimakasih <3
Kak Diana Amir banyak nya menceritakan pengalaman hidupnya,
yang kita juga tahu dia sebelum ni bagaimana right?
Tapi stiap insan boleh berubah, hidayah tu kan milik ALLAH !!

Seolah olah bila di alam ipt, kita kena pilih nak jadi macam lobak 
atau kopi ? mula mula semua ingat lobak la yg baik,
kopi yg tkbaik nye, sebab apa, kopi tu hitam? hummm..........
DON'T JUDGE BOOK BY IT'S COVER !

Okay kat sini nk cerita,
bayangkan awak masukkan lobak ke dalam air panas,
lama lama dia menjadi lembut bukan?
Disini boleh diumpakan seperti.. Kita dengan diri kita,
bilamana masuk ke suasana yang ramai orang, macam macam ragam,
kita mudah sangat untuk berubah, sama ada dipengaruhi bnda bnda
yang takbaik.. mudah saja mengikut ini itu tanpa
berfikir panjang.. lebih lebih bila kita jauh dgn ibu bapa.
konon mereka tktahu apa yang kita buat, tapi ALLAH tahu kan?? Huummm
*mengingatkan diri ini +__+ takut takut :'(

berbalik pula pada kopi kan?
mula mula ingat kopi ni macam hati kalau hati kita hitam.
huhu. yes, first impression !! ^^
but sebenarnya kopi ni bau nye harum kan??
bila kita msukkan air panas, dia tetap berbau wangi. betul tak?
tu maknanya, kalau kita dipersiapkan dengan banyak ilmu,
keimanan yang tinggi, ada matlamat hidup, berpandukan hukum syarak,
walaupun ke suasana hangat mana pun kita dicampak, kita tetap dengan diri kita,
bawa kebaikan itu bersama untuk menyebarkan kepada orang lain.
walaupun mungkin taksemua, tapi ada segelintir :')
Kann? Takmudah untuk kita puaskan hati semua orang actually =D

 Hihihi. Kak Heliza Helmi pula, dia banyak cerita pengalaman jugak,
and bagi input input baru. Sukaa cara dia cakap :')
Comell ^^ Si gadis warkah cinta ( kene kacau )**
Dia ajar supaya kita lebih banyak berimaginasi dengan apa yang
kita inginkan, sebab selalunya kita akan
dapat apa yang kita nak, cepat lambat je yg membezakan.
Sekaligus kita akan usaha untuk dapatkan sesuatu tu kan? Huhuuu.

Abang Radin pulak, banyak menekankan hidup dalam berjamaah.
Yuppp sangat baik dan diharuskan :')
Dapat mempermudahkan sesuatu kerja, saling bantu membantu,
dan kita akan jadi kuat kalau sntiasa bersama =)
Kalau kat ipt , jangan lah hanya belajar semata mata, join la jemaah jemaah untuk
tambahkan ilmu didada, tkrugi, tk buang masa pon..
Yang penting, perlu bijak bagi masa la !! ^_^


Bersama bahagian PEPIAS :')

Menikmati jamuan bersama selebriti undangan ^^

Kami boleh tengok saja, tak berkesempatan pun untuk
bersalam dan bergambar sobsob +__+
gambar ramai ramai tk syok la, haha tknampak ihihi =P
Takpe la, dapat jumpe depan mata pon dah cukup, syukur :)
Alhamdulillah.

"Semoga kak Diana Amir kuat dan tabah ya dalam mentarbiyyah diri
dan teruskan istiqamah dalam perubahan diri ke arah kebaikan." 

 Bagi saya perubahan kak Diana sangatlah drastik,
semuanya hidayah daripada ALLAH. Syukur :')
Hampir luluh jugak airmata kak Diana menceritakan kisah lalunya,
untuk berkongsi dan kami jadikan itu sebagai satu pengajaran. InsyaAllah !!

Haha hampir jam 11.30pm jugak forum ni,
cehh lama lama . Lepas tu kami minum malam dan
baca surah al-mulk bersama :') dan masuk group masing masing.
Simpulkan apa yg dapat daripada forum tu tadi .

Apa fadhilat baca surah al-mulk sebelum tidur ya??? =)
 Ade banyak sebenarnya tapi yg boleh dikongsikan :

* Memberi syafa'at kepada kita
*Menyelamatkan daripada seksa kubur

Dan saya ingat pesanan ini juga :

" Saling maaf memaafkan antara satu sama lain sebelum kita tidur ."

Hummm sangat seronok PMG ni,
rugi jugak sapa yang tk ikuti program ni........
semangat tu makin membangun. InsyaAllah. Pendedahan untuk
menjadi Mahasiswa jugak. Tapi bukan sekadar mahasiswa je,
malah MAHASISWA MUKMIN lagi tu. Hihihi alhamdulillah =D   

APA ITU MAHASISWA ? 
M- Matlamat Hidup
A- Amal Ibadat
H- Hukum Syara'
A- Agen Perubah
S- Sahsiah Diri
I- Idealisme
S- Sabar 
W-Wibawa
A-Aktivisme    
 Semua makna itu saling melengkapi, cuba bayangkan
satu huruf hilang, bukanlah sempurna sebagai seorang MAHASISWA.
Ingat tu !! =)

 Bakal-bakal mahasiswi ni Insya-Allah :')
 
Kami dalam dewan kuliah utama, dengar motivasi, ceramah.
Ceramah Ustaz Amin, popular juga dalam TV.
hihi..Tengok video zaman zaman dahulu yang mempunyai semangat juang yang tinggi.
Berbeza dengan kita zaman sekarang kan? Humm.
Rasa teringin sangat nk pergi negara sana, tapi dalam masa yang sama
rasa takut jugak +__+ humm.
Iman tkkuat seperti mereka, ALLAHU AKBAR.
Berjihad di jalan ALLAH !! =) InsyaAllah.
Dan saya berbangga jadi orang Melayu syukur :')
Semua orang suka dengan bangsa kita, jadi kita perlu bersyukur
dengan apa yang kita ada ni. Alhamdulillah Alhamdulillah <3  
   
Satukan Hati untuk 8 CINTA ^_^

1) Cinta ALLAH
2) Cinta Rasul
3) Cinta Agama
4) Cinta Akhirat
5) Cinta Ukhwah
6) Cinta Ilmu
7) Cinta Amal
8) Cinta Akhlak      
 
  Kita akan dapat rasa ketenangan bilamana kita berada dirumah
ALLAH , dengan hanya mengingati ALLAH,
kita melihat kebesaran ALLAH, membaca al-Quran :')

Jadilah hamba yang bersyukur bersyukur dan bersyukur !
Alhamdulillah.


Wallahu'Alam. Cukup posting untuk entry ini.
Rasa nye dah panjang melebar hihi.

Jumpa untuk part yang terakhir insyaAllah.
Part III . Buat bersabar =D hihi

B E R S A M B U N G ...............     


No comments:

Post a Comment