Friday, 26 April 2013

Mencari Sebuah Hidayah

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
 
Assalamu'alaikum. Salam Jumaat ! :D

Kata seorang rakan saya: " Hidayah perlu dicari, 
macam jodoh dan rezeki juga konsepnya." 
Benar sekali, hidayah tidak datang bergolek. Akan tetapi, ramai yang cuma menanti tanpa sebarang usaha.
 Ramai yang menanti "seru" tanpa
berbuat apa-apa.
 
<TIP KEKAL DI JALAN YANG LURUS >
 
1) Jangan bimbang pandangan orang lain
 
2) Fokus kepada diri sendiri
 
3) Istighfar dan taubat
 
4) Amalan yang berterusan
 
5) Sampaikan kebaikan
 
6) Cari kawan yang soleh
 
7) Rajin cari ilmu
 
8) Menjaga mata
 
" Hidayah akan terkesan dan kekal sekiranya kita menjadi agen untuk menyampaikan kebaikan."
 
Semoga ada manfaat =)
Sekadar ingin berkongsi dengan apa yang ana baca dan ana dapat !

Wallahu'alam.
Moga Allah redha.

Wassalam ^^

Tuesday, 23 April 2013

Kuatkan semangatku, ya Rabb

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kata-kata semangat ! :D )
 
Tiba-tiba sedih menghimpap diri,
Allah :/ Sedih. Sedih.

Kuatkan semangatku, ya Rabb.
Pinjamkan kekuatan dan ketabahan-Mu buatku seketika.

Tidak mengapa wahai diri,
" Allah always by your side, dear :) "

Kita hamba memang layak diujikan ? ^^

Terimakasih Allah.

Kenang Akhirat Tenang di Dunia

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
 
Siapa manusia yang paling jahat? Jika soalan ini
ditujukan kepada kita, mungkin ramai yang menjawab :
" Firaun! "
 
"Apabila manusia yakin akan adanya nikmat
yang kekal abadi di dalam syurga, maka
itu memberi kekuatan, ketabahan dan harapan untuk
mengharungi apa-apa jua kesusahan
di dunia."
 
"Jika keyakinan kepada hari akhirat telah mantap,
tidak kesal apalagi menyesal dengan perbuatan
baiknya kerana Allah
pasti akan membalasnya di akhirat."
 
Wallahu'alam.

Renung-renungkan dan selamat beramal.
Wassalam :')



 

Monday, 22 April 2013

Pencipta Kita Lebih Utama

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
 
Sedia maklum, ana memang suka baca blog orang,
banyak blog yang telah ana geledah, selalu curik curik baca =)
Terimakasih banyak sangat ilmu, pengajaran yang dapat, yang paling penting..
mengingatkan diri yang pelupa ni +__+

Terjatuh cinta dengan blog insan ini, jap jap! Bukan dengan orang tapi hasilan nya ye ^^
cara penulisan nya, yang lebih penting isi yang disampaikan.
Allah :/ Rasa kena sangat dengan diri ni Hemmm.

Lets entry:


Allah. Allah. Allah :')
 
Kadang-kadang kita lupakan, kita ni selalu nak puaskan hati semua orang,
nak cari pandangan manusia, tapi kita lupa...
sepatutnya pandangan siapa yang perlu kita cari ?
Manusia ke ? Atau .. Atau... Yang selalu kita lupakan Dia yakni Allah, Pencipta kita ^^
Dushdushdush ** mengingatkan diri ni :/

Yup, cuba kita refleksi diri kita kembali,
Allah terlalu baik dengan kita, sentiasa bagi kita peluang, tapi..
kita ? Mengapa ya ? Hemm..

Zaman sekarang lebih-lebih lagi remaja seperti saya,
mungkin terlalu inginkan kebebasan, rasa diri dah besar, cuba nak rasa kehidupan berdikari, ye memang tu bagus, taknak susahkan ibubapa keluarga..
Tapi.. yakinkah kita buat macam tu lagi meringankan beban mereka atau sebaliknya?

Sebagai contoh bagi mereka yang bercinta,
selalu rindu, tersangat sayangkan si dia, kalau tak contact sehari takboleh duduk diam,
selalu kena dengar kata dia, leka kerana dia, dan macam-macam lagi...
Macam tu boleh pulak ? Tapi sungguh dia lupa, siapa pencipta dia ? 
Kalau dengan pencipta sendiri takde pulak perasaan sayang, rindu, kalau taksolat tak takut pulak ! Apa semua tu, padahal, mampukah manusia itu memberi pahala dosa ?

Tidak sahabat. Allah yang Maha Berkuasa atas segala-galanya.
Ya Allah, rasa berdosa sangat diri ni.
* Maaf rasa teremosi, tapi untuk ingatan kita bersama *
Walau apapun, kita manusia biasa, selalu terlanjur melakukan dosa, tapi cepat cepat istighfar mohon pada Allah. Insya-Allah, kemaafan Allah itu sangat luas =)

 
Dalam memburu solehah, ada kala dia lelah. Dia lemah, dia tersalah langkah. Dia tergelincir ke jurang ikhtilat yang dia sendiri tak sedar.

Dalam menggapai gelaran si musleh, syabab itu terjatuh. Sangkanya itu tak mengapa. Namun sebenarnya dia membenarkan syaitan menipu daya.

 
Sesibuk mana pun kita, letaklah Allah nombor satu dalam kehidupan kita,
insya-Allah mendapat barakah-Nya =)

Allah Maha Besar ,
Allah Maha Berkuasa ,
Allah Maha Mengetahui,
Allah Maha Mendengar,
dan..
Allah Pencipta seluruh Alam ^^

Ampunkan kami Ya Allah jika terlalu leka dengan dunia yang fana ini,
Ampunkan kami Ya Allah jika meletakkan manusia lebih tinggi kedudukan daripadaMu, Ampunkan kami Ya Allah atas kertelanjuran dosa yang dilakukan,
Ampunkan kami Ya Allah..

Ya Allah, Ya Rahman , Ya Rahim..
Ya Rabbal 'Alamin.

Wallahu'alam,
Moga Allah redha:)

Friday, 19 April 2013

Renungan bersama ^_^

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

CABARAN CINTA

Dipetik dari sebuah kisah si Qani'ah :')

Dulu ketika disekolah, mereka agak kukagumi sememangnya bukan calang-calang
orang. Sayangnya, mereka berusaha merebut cintaku dengan cara yang salah.
Aku tak salahkan mereka jika menyukaiku, kerana itu fitrah. Cuma, tindakan mereka kurang bijak. Cubaan-cubaan berupa menulis surat, menghantar SMS dan menelefon tanpa pengetahuan orang perantaraan melenyapkan kepercayaanku terhadap mereka. Tawar hatiku jadinya.

Tindakan itu memusnahkan harapanku untuk melihat pemuda-pemuda Islam yang penuh wibawa,berkeperibadian mulia serta bijak bertindak dengan jalan yang dianjurkan syariat.
Lebih telus dan suci. Lebih menjauhi lembah zina. Pemuda yang membuka
lembaran kelalaian padaku, mampukah memimpinku ke syurga ?

" Kalau suka jumpalah ibu bapa. Sayangnya, 
tiada yang berani,tanda
tak bersedia. Kalau tak sedia, kenapa nak bercinta? 
Bukankah itu pintu zina semata-mata?Nauzubillah. 
Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian
fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah 
prinsip dan ketegasan. "
 
Wallahu'alam.
Sekadar ingin berkongsi, peringatan buat diri ini juga :/ Allah.
     Ayuh renung-renungkan dan selamat beramal.

Jaga diri, jaga iman dan jaga hati =)
Wassalam.

p/s: Ku petik nukilan daripada sebuah buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul 
karya Fatimah Syarha Mohd Noordin <3


Thursday, 18 April 2013

Ingatkan Aku Tuhan +__+

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful =)

Malam yang indah, yang penuh syahdu. Allah:') Alhamdulillah.
Sebenarnya dah pagi dah pun. Hemmm ( ni jangan contohi ish ish ish )


Kalau kita kejar akhirat , dunia pasti kejar kita sahabat :)


Surat cinta-Mu buat kami hamba-Mu. Moga warkah ini membantu kami
demi menuju jalan-Mu, jalan yang Kau redhai ^^


My Creator always know the best , lets Him to decide :')

 
Ya Allah, lindungilah hamba daripada kelalaian dan kealpaan,
ingatkan hamba jika hamba lupa dibuai dengan kemewahan dunia, ketuklah hati hamba ini, Ya Allah, tingkatkan iman dan islam dalam diri hamba, lindungi hamba dari kemurkaan-Mu, pimpinlah hamba menuju ke jalan-Mu
Ya Allah, Ya Rahman , Ya Rahim :)
 

Ameen Ameen Ameen Ya Rabb.
Wallahu'alam.

Wassalam ^^

Tuesday, 16 April 2013

Ingin berwajah baru =)

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Allah :') Alhamdulillah syukur ya Allah ^^

Buangkan sifat-sifat ini :
 
* Buruk sangka

* Marah
 
* Benci
 
* Dengki
 
* Riak
* Ujub 
 
* Sombong
 
* Tidak menghormati orang lain 
 
* Bercakap kasar
 
* Tamak
 
* Bercakap besar 
 
* Berbohong
 
* Kedekut
Gantikan dengan sifat sifat ini :

*  Baik sangka
 
* Penyabar 
 
* Menghormati orang lain

*  Penyayang
 
* Merendah diri
 
* Ikhlas
 
* Berlemah-lembut dalam bicara dengan sopan-santun
 
* Amanah
 
* Jujur
 
" Sebaik mana pun kita wahai hamba, takkan terlepas dari melakukan
kesilapan. Janganlah berputus asa, ayuh bangun dan dekatkan diri pada-Nya. "
 
"Sehebat mana pun kita, takkan terlepas dari penyakit lupa. Sebab tu kita sesama manusia harus ingat mengingatkan sesama saudara kita yang lain :') "
 
Wallahu'alam.
May Allah bless us always :')

Wassalam.

Monday, 15 April 2013

Short Conversation

Bismillah.
 
Conversation melibatkan dua insan. Insan A dan Insan B.

Insan A : B, macam mana ingin dapatkan keikhlasan yang sebenar-benarnya dan juga
tawakal yang sebenar-benarnya ? Boleh nak tahu lebih jelas :')

Insan B : Okay, define ikhlas. Untuk benar-benar dapatkan ikhlas, hanya niat
yang dapat membantu. Untuk dapatkan niat yang benar, kenalah  sentiasa recheck niat sekali lagi dan sekali lagi. That's why we have to consistently tajdid niat.
Dan sangat terkait rapat dengan tawakal. Tawakal ni berserah secara total segala plan kita. Everything:') Because Allah knows the best kan. Tawakal ni mungkin boleh jadi indikator sahih atau tidak niat kita tadi. And untuk soalan A tadi, macam mana nak dapatkan dua dua ni,kena faham konsep tawakal dan ikhlas =)

Insan A : Ohh terimakasih B. A tahu, A faham semua tu. Kena buat sesuatu ikhlas semata-mata kerana-Nya, dan kalau dah usaha, kena serahkan semuanya pada-Nya.
Mungkinlah diri ni kadang-kadang waswas, tapi kita paksa diri dan selalu cakap,
kena ikhlas semua semua tu. Adakah tu salah caranya? Sebab  A takyakin 
dengan Allah ke B? +__+

Insan B : B faham.Tapi sebenarnya semua orang rasa benda yang sama, A. Dan cara
A tak salah. Allah kan lebih tahu hambaNya. B akui, semua tu sangat perlukan masa.Mungkin kena peruntukkan lebih masa untuk mengadu pada Allah ^^ :)

Insan A : Diam ( tanpa berkata apa-apa )

Insan B : Saranan B, spend more time with the creator of all those feelings. ^^

Insan A : Insya-Allah, I will try ! Doakan A. Moga kuat dan terus istiqamah mencari
redha Allah. Thanks B for remind, nasihat dan pendapat. And last but not least,
terimakasih sudi dengar :')

Itu sahaja. Wallahu'alam.
Semoga tetap tabah dan kuat ya :')
Wassalam.

p/s : UPU lastdate to update-->15 April 2013

Saturday, 13 April 2013

SOLAT Penat atau Rehat ?

In the name of Allah.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi masih diberi peluang untuk 
berkongsi sedikit sebanyak dalam belog ana:)

Now tengah teman kakak sekejap jumpa her friend, study sikit humm.
I'm bored, so meh la update update hihi.

Okay, which one you choose?
SOLAT , penat atau rehat?
 
Siapa kata remaja tidak penat? Siapa kata remaja tidak sibuk?
Banyak perkara yang mereka lakukan. Belajar, bersukan, bersilaraturahim,
membantu ibu bapa dan sebagainya.
Semestinya paling memenatkan ialah belajar.

Selalunya bagaimana remaja berehat? 
Kalau sekadar tidur , bersantai di taman, bersukan, lepak dengan kawan kawan,
menonton televisyen, membeli belah dan macam-macam lagi laa :)

Ada cara luar biasa untuk berehat dan relax?
Ada, ada =)  Nak tahu tak ? Hihi.

Cara ni telah dipelopori oleh Rasulullah SAW. Ini lah gaya Baginda.
Rasulullah SAW selalu lari daripada dunia yang memenatkan dengan menunaikan solat.
Sebab itu lah Baginda ingin meminta Bilal mengumandangkan azan,
Baginda akan berkias :

" Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat."
(Riwayat Ahmad)

SubhanAllah. Macam mana dengan kita?
Allah +____+ Muhasabah kembali.
Solat mampu menyediakan satu cetusan baru kepada Muslim. Usai solat je,
hati akan terasa lain setelah dicas semasa solat. Masalah terasa kecil berbanding
Allah Yang Maha Besar :) 
Malah penat mula meminggir. Nikmatnya Solat <3

So, SOLAT penat atau rehat ? Itu pilihan kita.
Namun pilihlah untuk relax dengan solat. Bagaimana yaa?
Hanya apabila solat menjadi permata hati bagi diri ini.

Sekadar ingin berkongsi, apa yang ana dapat.
Ana bukanlah insan yang baik, selalu jugak leka , banyak buat silap.
Kita manusia biasa sahabat, kesilapan tu tak kan terlepas,tapi manusia boleh berubahkan?^^
Tu semua terletak kat tangan kita:)

Terimakasih:)
Ni sahaja untuk entry kali ni.
Moga ada input yang boleh kita amek insyaAllah.
Moga Allah redha._____.


Monday, 8 April 2013

Motivate Cik Diri kembali --"

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum wbt :')

Hikhik rajinnyer cik atiqah publish post everyday,
hihi, saje nak berkongsi dengan kengkawan, ambil lah mana yang baik ye,
andai ada yang merepek maaf dan abaikan, terimakasih:D

Bagaimana Hendak Berubah ?
 
Suatu hari , seorang pelajar berjumpa dengan saya dan bertanya.
" Cikgu, bagaimana hendak berubah?" Mendengar soalan itu membuatkan saya terfikir
sepotong ayat al-Quran lalu menyebutnya yang bermaksud,

" Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah apa yang ada pada
diri mereka sendiri."
(ar-Rad:11)

Lalu saya menerangkan kepadanya,

"Sekiranya kamu ingin berubah, ia perlu bermula dengan dirimu jua.
Saya hanya boleh bercakap, menasihatkan, memberi contoh-contoh dan peringatan
kepadamu,tetapi akhirnya kamu yang perlu menggerakkan perubahan itu.
Sekiranya tiada sebarang tindakan daripadamu, maka perubahan tidak akan berlaku dan
kamu masih seperti dahulu."

Okay, disini saya dapat dan kita sama-sama perlu ingat,
Percayalah, sekiranya anda ingin berubah maka anda yang perlu menggerakkannya.
Sehebat mana sekalipun pakar motivasi menasihati kita,
andai kita tidak mahu berubah, pastinya kita tidak akan berubah kan ?
Allah +__+ ** ingatlah atiqah oiiii !!!

Ingatlah peluang itu sedang terbuka luas menanti, tetapi sekiranya tiada
usaha mendapatkannya, maka ia pasti sia-sia.
Rezeki Allah itu luas :)
Jadi, cuba bayangkan sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh setiap
hari tanpa jemu,pasti tidak mustahil kita akan menjadi insan yang berjaya dan 
disegani pula. Allahu Allah.

Adakah Anda Mahu Berubah ?
 
Sekiranya benar anda berubah, anda harus bergerak ke arah perubahan itu.
Orang lain tidak ada upaya membawa perubahan kepada anda. Mereka hanya
mampu mengajak dan memujuk anda untuk berubah.
Yang selebihnya, terletak ditangan kita ! Ya, ditangan kita !! =)

Begitu juga dengan kita, seandainya disediakan guru-guru yang hebat,
buku rujukan yang hebat, pusat tuisyen yang hebat, bilik belajar yang hebat, dan lain-lain
kemudahan pembelajaran yang hebat, namun sekiranya jiwa anda tidak mahu berubah
dan tidak mahu menggunakan semua kehebatan yang dimiliki
oleh kita tu, pastinya semua itu tidak mampu menjadikan kita pelajar yang hebat.

Tetapi, sekiranya kita belajar dalam suasana yang serba daif sekalipun,'
hidup dalam kesusahan, namun azam kita kuat dan ditambah
dengan usaha yang gigih, pasti kejayaan akan menjadi milik kita walaupun kita tidak
disediakan kemudahan belajar yang hebat. Mengapa? Mengapa ??

Ini kerana kita bertindak bagi mencapai kejayaan biarpun kita tidak
memiliki kemudahan belajar yang hebat. Tapi mengapa begitu yaa?
Ini kerana apabila kita bertindak untuk berubah, segala macam kesusahan dan dugaan
yang ada akan dapat dihadapi demi sebuah kejayaan.
Allah :')  **Dushdushhh ingatkan diri yang mudah lupa**

Mulakan Sekarang, Anda Masih Belum Terlambat!
 
Pernahkan anda mendengar kisah seorang lelaki yang ingin bertaubat selepas
melakukan 99 dosa besar. Mengapa saya menyebutnya sebagai 99 dosa besar ?
Ini kerana dia sudah melakukan 99 pembunuhan ke atas nyawa yang bukan menjadi haknya.
Oleh kerana naluri hatinya benar-benar ingin bertaubat maka dicarinya
seorang alim lalu ditanya apakah taubatnya diterima oleh Allah SWT.

Maka dijawablah oleh lelaki alim itu "Tidak!" Lalu dibunuhlah orang alim itu dan menjadi 
genap 100 orang jumlah pembunuhan yang dilakukan olehnya.
Kemudian lelaki itu mendapatkan seorang lagi orang alim dan ditanya soalan
yang serupa. Tetapi, apabila ditanya jawapan yang diberikan cukup berbeza.
Orang alim yang kedua memberikan jawapan yang menggembirakan hatinya iaitu

Allah SWT sentiasa menerima taubat para hamba-Nya dan
tiada siapa dapat menghalangnya.

Sebagai manusia yang terdidik dengan ilmu agama,
sudah pasti naluri kemanusiaan kita tidak dapat menerima kelakuan lelaki itu
bukan? Tetapi sebenarnya sangkaan kita silap kerana
Allah SWT itu Maha Pengampun. Tiada sesiapa pun berhak menghalang Allah SWT bagi
memberi keampunan kepada sesiapa termasuk lelaki yang membunuh
100 nyawa manusia seperti yang dinyatakan dalam kisah di atas.
Kisah ini adalah sebuah kisah terkenal yang menceritakan berkenaan insan-insan
yang bertaubat kepada-Nya.

Apa Pengajarannya ?

Okay, daripada kisah itu dapat suatu gambaran yang jelas kepada kita semua
orang mempunyai peluang untuk berubah kan? =)
Sekiranya lelaki yang sudah membunuh 100 nyawa , masih diberi peluang bagi
mendapat keampunan Allah SWT, kita juga mempunyai peluang
untuk berubah. Tuhan tidak pernah menzalimi para hamba-Nya.Belajarlah daripada
kesungguhan lelaki itu yang tidak kenal putus asa dalam mencari
rahmat dan keampunan Allah SWT walaupun umum mengetahui betapa besarnya kesalahan dan dosa yang dia lakukan.

Selagi mana nyawa belum sampai di kerongkong, tiada halangan untuk berubah.
Perhatikan orang disekeliling kita, ramai yang sudi membantu :')
Ayuhhhh kita mulakan perubahan itu sekarang juga !!

" Masa tidak menunggu, tetapi kita yang perlu mengejar masa yang sedang
pantas bergerak meninggalkan kita. Mulakan langkah pertama harini."

Selamat Berubah :D
 
" Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu dan orang yang
diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya berkenaan apa yang kamu
lakukan." (al-Mujahadah:11)

Wallahu'alam.
Moga Allah SWT redha.
Terimakasih sudi meluangkan masa singgah di belog ana.
Maaf andai ada yang salah, ana juga insan biasa,

Wassalam.

Friday, 5 April 2013

Allah uji tanda Allah sayang :')

Bismillahirrahmanirrahim.
( Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang )

Assalamu'alaikum wbt :')

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat Ilahi.

Harini hari jumaat, hari penghulu sekalian hari.
Salam jumaat semua hihi ^^

Rasa nak share something yang saya dapat daripada baca buku gen-Q.
Isu no.19 hikhik=D 

TIP BERDEPAN DENGAN UJIAN
 
Ketika berdepan dengan ujian, bagaimana menangani perasaan kala itu ?? =)

1) Membaca al-Quran

2) Solat sunat dan puasa sunat

3) Kerap berada dalam majlis ilmu

4) Bergaul dengan rakan-rakan yang sentiasa berkata-kata yang 
positif sahaja

5) Sentiasa ingat , kehidupan yang hakiki ialah kehidupan akhirat.
Dunia ini hanyalah tempat persinggahan dan
ujian.


" There are always white clouds behind every dark clouds.
Akan ada kesenangan di sebalik kesusahan. Bersabarlah duhai hati :) "

" Setiap ujian yang Allah datangkan pasti ada hikmah di sebaliknya. 
Semakin Allah sayang kepada hamba-Nya,
semakin kuat ujian buatnya. Itulah petanda sayang daripada
Allah swt <3 "

" Bersyukurlah dengan nikmat yang kita ada. Jika tidak,
nikmat akan pergi. Sentiasalah cantas sayap nikmat dengan kita
sentiasa bersyukur. Jika tidak ,
nikmat akan terbang pergi menjauhkan diri daripada kita. "


Senyum itu mudah,
Sabar itu indah sahabat :D

Bersyukur jika diuji, kerana
kita hamba yang dipilih oleh Allah :')

Terimakasih Allah ^_^

Kuatkan dan tabahkan kami untuk menghadapinya dengan hati
yang cekal dan tidak berputus asa. Ameen.
Wassalam ~


p/s : Sadis lah takdapat selitkan gambar. Sebabnyaaa internet sangat slow +___+


Wednesday, 3 April 2013

Cinta High Class ! =)

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Salam Alaik. Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat Ilahi masih diberi peluang hinggalah harini,
melihat dunia yang tersergam indah ini. SubhanAllah.

Bagi insan yang mengenali pasangan novelis islamik ini,
Dr Farhan Hadi  Ustazah Fatimah Syarha
Hihi. Sungguh bahagia sekali mereka dan sweet belaka hikhik =D
Alhamdulillah. Kerana apa? Kerana berkatnya bercinta selepas berkahwin ^^
Wahh. Bukanlah apa saja nak amek pengajaran kan, tak salah kan?
Bukan menggatal okayy ! * ilmu :)



Banyak buku buku keluaran daripada mereka berdua.
Tapi yang telahpun saya berjaya baca:
Pemilik Cintaku, Denyut Kasih Medik dan Cinta High Class.

Yupp. Novel mereka bukan saja cerita cerita duniawi,
tapi sentiasa diselitkan ukhrawi. Allahu Akbar ! =)
Banyak ilmu yang kita dapat, mungkin sebelum ni kita takpernah tahu,
tapi kita akan tahu insya-Allah:)

Novel Cinta High Class ini merupakan novel pertama gabungan
antara mereka berdua. Hihii best best :D
Menceritakan dari mula sehinggalah kehidupan mereka sekarang,
Realiti, percaya tak percaya itu terpulang :')
Si Muslim dan Si Qaniah. Allahu <3

Apa sedikit sebanyak maksud Cinta High Class ni ??
Humm. Nama pun dah nampaknya, ala ala class class gitu.
Cinta Allah yang diletakkan cinta nombor satu ! =)

Berbeza ya kehidupan pasangan yang sibuk bercintun sebelum berkahwin,
dengan pasangan bercinta selepas berkahwin.
Mana yang lebih indah ? Sudah pastinya bercinta selepas berkahwin kann.
Sebab apa, semua yang haram menjadi halal malah mendapat pahala pulakk.
Allah:')

Kadang-kadang belajar tinggi-tinggi, tapi takmampu berfikir benda tu
baik atau buruk kan.
***dushdushh ingatkan diri kembali +__+
Kita manusia biasa, tengok kawan buat ada rasa nak buat bukan ?
Tapi sebelum buat fikirlah terlebih dahulu.
Bukankah manusia diberi akal untuk berfikir, kalau tidak digunakan..
sama sajalah seperti makhluk lain.
Renungkan !!!!!! 

Nak cerita memang tak sudah lah kan,
saya suggest baca sendiri, dan fahami sendiri. Itu lebih baik.
Hihi. Tapi memang takrugi baca novel mereka, best..
banyak pengajaran ! =)


 Carilah cinta Tuhan yang lebih utama, insya-Allah cinta hambaNya
turut menyusul. Itu janji Allah :)


Tanya pada diri :

" Pada siapa dan pada apa cinta saya diletakkan?"

Cinta itu fitrah manusia,
tapi kalau lama lama fitrah itu mampu menjadi fitnah jika salah digunakan.
Cinta itu suci,
Cinta itu benar, apa salahnya kita gunakan sebaiknya =)
Allahu Allah ^^

Wallahu'alam.
Sekian sahaja. Enjoy reading this novel ! =)
May Allah bless ^_^


p/s : Hihi. Dah kata cuti, maknanya novel menjadi sasaranlah,mengisi masa yg terlalu lapang,dan carilah ilmu sebanyak banyak. Lepas itu, cubalah amalkan dan praktikkan ya!