Friday, 19 April 2013

Renungan bersama ^_^

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

CABARAN CINTA

Dipetik dari sebuah kisah si Qani'ah :')

Dulu ketika disekolah, mereka agak kukagumi sememangnya bukan calang-calang
orang. Sayangnya, mereka berusaha merebut cintaku dengan cara yang salah.
Aku tak salahkan mereka jika menyukaiku, kerana itu fitrah. Cuma, tindakan mereka kurang bijak. Cubaan-cubaan berupa menulis surat, menghantar SMS dan menelefon tanpa pengetahuan orang perantaraan melenyapkan kepercayaanku terhadap mereka. Tawar hatiku jadinya.

Tindakan itu memusnahkan harapanku untuk melihat pemuda-pemuda Islam yang penuh wibawa,berkeperibadian mulia serta bijak bertindak dengan jalan yang dianjurkan syariat.
Lebih telus dan suci. Lebih menjauhi lembah zina. Pemuda yang membuka
lembaran kelalaian padaku, mampukah memimpinku ke syurga ?

" Kalau suka jumpalah ibu bapa. Sayangnya, 
tiada yang berani,tanda
tak bersedia. Kalau tak sedia, kenapa nak bercinta? 
Bukankah itu pintu zina semata-mata?Nauzubillah. 
Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian
fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah 
prinsip dan ketegasan. "
 
Wallahu'alam.
Sekadar ingin berkongsi, peringatan buat diri ini juga :/ Allah.
     Ayuh renung-renungkan dan selamat beramal.

Jaga diri, jaga iman dan jaga hati =)
Wassalam.

p/s: Ku petik nukilan daripada sebuah buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul 
karya Fatimah Syarha Mohd Noordin <3


No comments:

Post a Comment