Friday, 17 May 2013

13 TIP MENCIPTA KEJAYAAN YANG DIREDHAI

Bismillahirrahmanirrahim, 
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
 
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi, masih diberi peluang melihat keindahan
di dunia yang tersergam indah ini. Yang paling penting masih bertemu hari jumaat yang penuh barakah ini. Alhamdulillah =)
 
Ana ingin berkongsi di belog kesayangan ini, apa yang ana dapat setelah
membaca Gen-Q isu yang terbaru ( isu no.20 ) Hihi.
Terlalu banyak, okayy rasa belum terlambat nak ucap SELAMAT HARI GURU ! :')
 
Ayuh kita selami :

13 TIP mencipta kejayaan yang diredhai

1) Menuntut ilmu kerana Allah. Jika kita mencari ilmu semata-mata kerana gred A atau ijazah, ke mana arah kita selepas mendapatkan semua itu ? Gred A bukan jaminan kita beriman. Jadikan perjuangan mencari ilmu itu sebagai menyahut seruan Rasulullah agar menjadi umat Islam yang  dihormati dan tidak dirantai dengan kejahilan.
 
2) Niat untuk menyebarkan ilmu. Carilah ilmu demi kebaikan bersama dengan 
menjadi "guru" kepada rakan yang lemah. Jangan kedekut berkongsi ilmu kerana semakin banyak berkongsi, semakin banyak ilmu yang datang.
 
3) Cuba elakkan diri daripada mewujudkan persaingan tidak sihat sesama rakan seperti dengki, khianat dan tamak. "Naik tidak memijak lawan, jatuh tidak memaut kawan."
 
4) Tidak menghormati guru ? Mungkin ada yang merasakan dirinya lebih pandai daripada guru. Hakikatnya ilmu yang berkat daripada redha guru.
 
5) Sentiasa bermuhasabah diri dengan merasakan diri ini masih jahil dan perlu dipenuhi dengan ilmu. Sikap ini akan mendorong sifat rendah diri agar lebih berusaha untuk mencari ilmu.
 
6) Saat tidak memahami sesuatu ilmu, jangan memberontak. Kita masih ada teman dan guru yang boleh ditanya dan dibawa berbincang. Dan yang paling utama, kita ada Allah Yang  Maha Mendengar segala rintihan kita.
 
7) Sekiranya kita masih lagi gagal menemui kejayaan setelah berusaha maka berusaha lagi. Ya, jangan berputus asa. Setiap kegagalan bukan bererti tewas tetapi mungkin ia teguran dari Allah supaya berusaha lebih lagi dan mencuba strategi belajar yang lain, mana tahu ia lebih berkesan!
 
8) Jangan sekali-kali menyalahkan diri selepas gagal. Ia sabotaj kepada minda. Anggaplah
ia suatu perjalanan yang indah. Kegagalan ialah proses untuk menjenamakan diri dengan kejayaan baru. Kadang-kadang kita merasakan diri sudah cukup bagus. Maka Allah berikan kegagalan sebagai muhasabah agar kita berfikir =)

9) Lakukan post mortem selepas selesai tugasan dilakukan. Ia cerminan kepada muhasabah dalaman. Hadirkan diri dengan sepenuh pengharapan kepada Allah, insya-Allah akan tunjukkan pintu-pintu jalan kecemerlangan yang baharu.

10) Kenali diri dengan mengenali siapa pemilik segala ilmu. Tujuannya supaya kita bersyukur dan mengenali "Pemberi" ilmu itu. Maka akan hadir dalam diri rasa perhambaan yang tinggi dan rasa keberuntungan dipilih untuk memiliki ilmu itu.

11) Kejayaan diukur berdasarkan kesan kejayaan itu kepada sahsiah kita. Takkanlah sudah dapat 10A tetapi akhlak masih "huru-hara" dan masih selesa dengan imej diri yang selekeh, biadab atau sifat buruk lain yang  bercanggah dengan kemurniaan kejayaan itu.

12) Kejayaan haruslah bersih. Bukan hasil meniru atau menipu. Meniru atau menipu untuk berjaya sememangnya "lazat" tetapi ia hanya sementara di dunia. Di akhirat nanti jenuhlah untuk menjawab di hadapan Allah SWT.

13) Belajar untuk ucap tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya. Hari ini kejayaan dia,
esok lusa kejayaan kita pula. Jadikan ia sebagai semangat untuk kita berjaya seperti mereka. Sakit hati atas kejayaan orang menggambarkan hati yang tidak sihat! Nauzubillah.
 
Meniti kejayaan  Diredhai =)

Alhamdulillah sedikit sebanyak yang dapat ana kongsikan.
Semoga ada manfaatnya kita bersama.
Buat adik adik, abang kakak, sahabat handai, juga diri ana sendiri,
semoga tip ini dapat menjadi refleksi dalam diri kita.
 
Insya-Allah. Moga Allah redha.
 
Assalamu'alaikum.

Monday, 13 May 2013

Rindu Ramadhan. Allahu.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
 
Rasa lame tak hupdate belog kesayangan ni, huhu.
Nak kate sibuk, memang taklah kan :D
Cuma mungkin tak diizinkan, dan Alhamdulillah harini diberi peluang dan kesempatan
untuk publish post! InsyaAllah :")

Sedar tak sedar, sekarang kita berada di bulan Rejab. Allahu :')
Sebagaimana yang kita tahu, selepas Rejab, diikuti Syaaban, dan selepas Syaaban...
Ramadhan Al-Mubarak bakal menjelang. Ya Allah, sungguh kami merinduinya +__+

Suka ana mengingatkan bagi sesiapa yang masih belum lunaskan hutang dengan
Allah, ayuh lunaskannya cepat cepat ! Huhu.
Bagi yang sudah, Alhamdulillah syukur Ya Allah =)

Rindu Ramadhan. Persiapkan diri terlebih dahulu,
semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dalam diri kita berbanding ..
Ramadhan yang lalu. Jangan jadikan Ramadhan itu sia sia !
Kita hanya berjumpa setahun sekali sahaja, belum tentu akan dapat berjumpa
tahun tahun akan datang. Kan?
Tahun ni pun belum tentu masih diberi kesempatan atau tidakkan? Allahu.

Terlalu banyak kelebihan dalam bulan ini berbanding bulan bulan yang lain,
jadi apa salahnya kita manfaatkan sebaiknyaa:')
Allah Allah Allah.

Taktahu apa yang ingin dikatakan lagi, sungguh ana terlalu..
merinduimu Ya Ramadhan !! +__+

" Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan 
Syaaban dan sampaikanlah kami ke 
bulan Ramadhan."
 
 
p/s : Bersedialah untuk kembali menimba ilmu semua para lepasan SPM,
I wish you gudluck there, and pray the best for us :')

Wallahu'alam.

Assalamu'alaikum.

Sunday, 5 May 2013

Yakin,yakin dan yakin.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
 

Senyummm nyumm nyummm. Kuat yeahh! =)
 
Buka hati dan minda. Mungkin Allah telah aturkan rezeki 
aku bukan disitu tetapi ditempat lain. Senyum.
 
Hihi ape maknanye tuh? Takpela cukuplah saya dan Dia je tahu.
Teringin juga ingin ke sana, tapi masih belum diberi peluang :')
Allah Allah Allah.

Atiqah dah cuba, ye atiqah tahu kelayakan atiqah pun sangatlah tipis,
so taklah berharap sangat, faham :>
Tapi kalau ade rezeki kita kat situ, takmustahil bukann?
Walau apa pun atiqah tetap minta yang terbaik insyaAllah:)

Senyum.
Adakah Allah masih beri atiqah peluang untuk teruskan mencapai cita-cita tu?
Ye mungkin kalau itu benar-benar tertulis untuk atiqah kan.
Apa apa pun, jika diberi peluang,
gunakan sebaiknya dan yakinlah dengan qada' dan qadar Allah ya =)

Sahabat sahabat,
andai kata sesuatu hari nanti atiqah kecewa atau sedih,
bangkitkan atiqah, ingatkan atiqah bahawa takdir yang Allah bagi dan tentukan
itu adalah yang paling terbaik untuk atiqah ya :)
Atiqah juga manusia biasa selalu lupa +__+


Senyum dan sabar :')
 
"Ya Allah, Jika suatu saat aku kehilangan harapan dan
 
tujuanku, Berilah aku keyakinan bahawa takdirmu adalah
 lebih baik daripada apa yang aku inginkan dan impikan.
 Kau damaikan hatiku untuk menerima takdirmu kerana
 aku yakin dan percaya perancangan Mu yang terbaik
 dan Terindah untuk diriku."
 
 
Ameen Ameen Ameen Ya Rabbal 'Alamin~

p/s : Undilah dengan bijak ! Pilihlah pemimpin yang terbaik ! Salam PRU13.
Selamat mengundi =)

Bagaimana dengan masa depan kita akan datang? 
Masa depan Ummah? Masa depan Islam? 
Allahu.
 
 
Wallahu'alam. Assalamu'alaikum.
 

Friday, 3 May 2013

Salam Jumaat :)

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful =)

Just remind as a muslim <3

Read Quran -- Al-Kahfi--Every Friday <3


Perbanyakkan selawat buat junjungan besar Baginda SAW :)
 
Sudah berapa Jumaat kita lalui sejak lahir, berapa kali kita mengambil keberkatan Jumaat untuk 
ibadah dan amal jariah?
 
Wallahu'alam.

Tepuk hati tanya iman. Assalamu'alaikum.


Thursday, 2 May 2013

SMK BBST the besttt :>

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
 
30 APRIL 2013 ( Selasa )
Majlis Anugerah Kecemerlangan 2012 :>

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi,
pada haritu memang takberapa dapat sambutan sangat untuk bebudak ex-Spm,
mungkin sebab kebizian bekerja atau sudahpun melanjutkan pelajaran, okay.
Tapi alhamdulillah dapatlah bertemu mereka =)

Bebudak kelas atiqah ( sains agama ) yang datang beberapa orang je:
perempuan: adilah,aisya,farah,khaulah and atiqah
laki: izzat,amin,arif,nuril

Budak asrama atiqah jumpa aina and nani jee.
Rindunya pada cikgu cikgu, ustazah ustazah +__+
First sekali  tengah borak borak nampak sazah sharifah ;)
Terus salam dan borak sikit hihi ^^

Jumpa cikgu siti khairani..rindu +_+ (rapat dengan die jugakk)
Datang datang tanye :atiqah bawak spagethi takk?
Haha, atiqah kate takbawak laa sambil gelak hihi =D

Pastu jumpa cikgu Aisah, hemm suddenly feel sad :/
you know right how's my bio result?? that's why..

me: Cikgu ..Saya sedih.. (salam+pelukkk)
cikgu: Ehh atiqah jangan sedih, Allah lebih tahu apa yang terbaik..
me: hanya mampu angguk angguk  je..insyaAllah. (senyum)

Then, cikgu bagi kata kata semangat dan kembalikan kekuatan =)

" Kalau kita dah usaha tapi masih belum berjaya, maknanya Allah inginkan kita
terus berusaha dan berusaha lagi, serta yakinlah dengan
qada' dan qadar Allah ya."
 
Allah :/ Nasib takluluh ayyak mata tau. Tahan :)
Ye atiqah tahu tu. Faham. Cuma terkadang terfikir dan terus terfikir.
Ting ting ** Positive please. Hokay!

Pastu pastu, jumpelah cikgu hamizah say congrates,
thankyou cikgu =)
Then jumpa sazah azira, mule mule seghamm jugakk takut,
hihi. tapi okay jeee.

Hemmm sazah suka menyakat atiqah, hemm
izinkan atiqah lupakan semuanyaa sazah. Please.
Dahlah depan cikgu tu, fuh! :<

Okay tuje, rindu kawan kawan semua, walaupun takdapat jumpa semua,
dapat segelintir pun alhamdulillah.
Mungkin yang lain nanti, but i always remember all of you ! =)

Close old book, and open new book.
PEACE! =)

Wallahu'alam.
"SMK BBST sangat bermakna dalam diri saya."
 
Assalamu'alaikum.