Thursday, 17 January 2013

Kelebihan Istighfar (=

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam warahmatullah :)
Hee. Bertemu kembali kita yaa. Alhamdulillah.
Syukur diberi berpeluang berkongsi sedikit sebanyak
untuk entry kali ini. Bagi yang kurang berminat MAAF. Saya nak jugak ihikhik =D

Haritu saya terbaca satu paper, berkaitan "Istighfar minta pertolongan ALLAH".
Barulah saya tahu banyak kelebihannya.
ALLAHU ALLAH. Saya rasa sangat prejudis,mungkin sahabat-sahabat lain tidak.
Istighfar ni selalu kita baca, lafazkan,
tapi tahu tak maksudnya, tahu tak fadhilatnya ..?
Kita baca lepas solat , dan bila bila masa sahaja, tak semestinya hanya lepas solat :)


 " Aku memohon ampunan kepada ALLAH."


Dalam menjalani kehidupan di dunia yang fana ini,
setiap manusia tidak lekang daripada melakukan dosa :'(
Bagaimanapun, ALLAH Maha Pengampun.
Ya ALLAH, baiknya ALLAH kann ??
Jadi, apa salahnya kita ambil peluang ni kan selagi ada.

Saidatina Aisyah RA ada berkata :

" Berbahagialah sesiapa yang mendapati banyak istighfar pada
buku lembaran amalannya."

Kelebihannya : Mudah diamalkan tetapi besar ganjarannya di sisi ALLAH :) 

Selain tu kan kawan-kawan,
bacaan istighfar jugak untuk menggamit rezeki dan
menyelesaikan masalah hidup. Insya-Allah.

Hassan Al-Basri hanya mengatakan :

"Beristighfarlah  memohon kepada ALLAH."

Beliau hanya kata begitu sahaja. Cukup dengan hanya
beristighfar. Tapi ia jarang diambil berat
kebanyakan orang kan? Sebab mungkin kita tak tahu.
Jadi lepas ni, perbanyakkan istighfar yaa :)
Mari kita sama sama sentiasa memohon ampun pada ALLAH.
Sebab hari hari kita mesti buat silap :'(

" Istighfar memohon pertolongan ALLAH."


Forgive us, Oh Allah, The Forgiver, Merciful
Forgive us, Oh Allah, from all sins :'(

Okayy. Cukuplah posting untuk hari ni,
moga ada manfaat (=
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
Dan kita belajar untuk menjadi hamba yang redha ya. Insya-Allah.
Moga ALLAH permudahkan niat kita. Ameen Ya Rabbal 'Alamin.

Wallahu'Alam.
Moga ALLAH redha :)

p/s :  Jangan sampai hari berlalu, tetapi istighfar ditinggalkan, malah hanya
         teringat ketika susah sahaja, sementara waktu senang dilupakan. ALLAHU AKBAR.