Thursday, 14 February 2013

PMG'13 ( Part II )

Bismillah.

Alhamdulillah. Semoga saya dapat meneruskan perkongsian ini dengan
baik InsyaAllah ^^

B E R S A M B U N G kembali =)

Wah wah wahh **agak jakun seketika =D

Selepas kami siap solat maghrib, baca al-mathurat, kuliah maghrib lalu
solat isya' berjemaah di surau, kami masuk semula
ke dewan kuliah utama untuk slot seterusnya:')
Hewhew~ rasa macam mimpi sikit sbb masuk masuk tgk kat screen
HELIZA HELMI ?? Ha Ha Ha. *plis jangan kalut sangatlah kann err -.-
Huhuu. DIANA AMIR tak shock sangat sebab dah dgr ura ura dapat jmpe dia:')
hihi. Alhamdulillah, itu semuanya rezeki. Terimakasih ALLAH <3
p/s: Yang diluar sana janganlah bersedih ya,InsyaAllah satu hari awak awak jumpa pulak.
Saya tahu ramai sangat yg suka si selebriti comel comel ni kan? ^^

Forum bersama mereka:

Panel : Abang Radin, Kak Diana Amir, Kak Heliza Helmi
Moderator : Abang K


 oHHoo sweeetnyaa =D

*Sewaktu forum berlangsung..*

Banyak yang kami dapat daripada forum ni.
Humm ya banyak sangat. Pengalaman dan nasihat yg sungguh bermakna:')
Terimakasih <3
Kak Diana Amir banyak nya menceritakan pengalaman hidupnya,
yang kita juga tahu dia sebelum ni bagaimana right?
Tapi stiap insan boleh berubah, hidayah tu kan milik ALLAH !!

Seolah olah bila di alam ipt, kita kena pilih nak jadi macam lobak 
atau kopi ? mula mula semua ingat lobak la yg baik,
kopi yg tkbaik nye, sebab apa, kopi tu hitam? hummm..........
DON'T JUDGE BOOK BY IT'S COVER !

Okay kat sini nk cerita,
bayangkan awak masukkan lobak ke dalam air panas,
lama lama dia menjadi lembut bukan?
Disini boleh diumpakan seperti.. Kita dengan diri kita,
bilamana masuk ke suasana yang ramai orang, macam macam ragam,
kita mudah sangat untuk berubah, sama ada dipengaruhi bnda bnda
yang takbaik.. mudah saja mengikut ini itu tanpa
berfikir panjang.. lebih lebih bila kita jauh dgn ibu bapa.
konon mereka tktahu apa yang kita buat, tapi ALLAH tahu kan?? Huummm
*mengingatkan diri ini +__+ takut takut :'(

berbalik pula pada kopi kan?
mula mula ingat kopi ni macam hati kalau hati kita hitam.
huhu. yes, first impression !! ^^
but sebenarnya kopi ni bau nye harum kan??
bila kita msukkan air panas, dia tetap berbau wangi. betul tak?
tu maknanya, kalau kita dipersiapkan dengan banyak ilmu,
keimanan yang tinggi, ada matlamat hidup, berpandukan hukum syarak,
walaupun ke suasana hangat mana pun kita dicampak, kita tetap dengan diri kita,
bawa kebaikan itu bersama untuk menyebarkan kepada orang lain.
walaupun mungkin taksemua, tapi ada segelintir :')
Kann? Takmudah untuk kita puaskan hati semua orang actually =D

 Hihihi. Kak Heliza Helmi pula, dia banyak cerita pengalaman jugak,
and bagi input input baru. Sukaa cara dia cakap :')
Comell ^^ Si gadis warkah cinta ( kene kacau )**
Dia ajar supaya kita lebih banyak berimaginasi dengan apa yang
kita inginkan, sebab selalunya kita akan
dapat apa yang kita nak, cepat lambat je yg membezakan.
Sekaligus kita akan usaha untuk dapatkan sesuatu tu kan? Huhuuu.

Abang Radin pulak, banyak menekankan hidup dalam berjamaah.
Yuppp sangat baik dan diharuskan :')
Dapat mempermudahkan sesuatu kerja, saling bantu membantu,
dan kita akan jadi kuat kalau sntiasa bersama =)
Kalau kat ipt , jangan lah hanya belajar semata mata, join la jemaah jemaah untuk
tambahkan ilmu didada, tkrugi, tk buang masa pon..
Yang penting, perlu bijak bagi masa la !! ^_^


Bersama bahagian PEPIAS :')

Menikmati jamuan bersama selebriti undangan ^^

Kami boleh tengok saja, tak berkesempatan pun untuk
bersalam dan bergambar sobsob +__+
gambar ramai ramai tk syok la, haha tknampak ihihi =P
Takpe la, dapat jumpe depan mata pon dah cukup, syukur :)
Alhamdulillah.

"Semoga kak Diana Amir kuat dan tabah ya dalam mentarbiyyah diri
dan teruskan istiqamah dalam perubahan diri ke arah kebaikan." 

 Bagi saya perubahan kak Diana sangatlah drastik,
semuanya hidayah daripada ALLAH. Syukur :')
Hampir luluh jugak airmata kak Diana menceritakan kisah lalunya,
untuk berkongsi dan kami jadikan itu sebagai satu pengajaran. InsyaAllah !!

Haha hampir jam 11.30pm jugak forum ni,
cehh lama lama . Lepas tu kami minum malam dan
baca surah al-mulk bersama :') dan masuk group masing masing.
Simpulkan apa yg dapat daripada forum tu tadi .

Apa fadhilat baca surah al-mulk sebelum tidur ya??? =)
 Ade banyak sebenarnya tapi yg boleh dikongsikan :

* Memberi syafa'at kepada kita
*Menyelamatkan daripada seksa kubur

Dan saya ingat pesanan ini juga :

" Saling maaf memaafkan antara satu sama lain sebelum kita tidur ."

Hummm sangat seronok PMG ni,
rugi jugak sapa yang tk ikuti program ni........
semangat tu makin membangun. InsyaAllah. Pendedahan untuk
menjadi Mahasiswa jugak. Tapi bukan sekadar mahasiswa je,
malah MAHASISWA MUKMIN lagi tu. Hihihi alhamdulillah =D   

APA ITU MAHASISWA ? 
M- Matlamat Hidup
A- Amal Ibadat
H- Hukum Syara'
A- Agen Perubah
S- Sahsiah Diri
I- Idealisme
S- Sabar 
W-Wibawa
A-Aktivisme    
 Semua makna itu saling melengkapi, cuba bayangkan
satu huruf hilang, bukanlah sempurna sebagai seorang MAHASISWA.
Ingat tu !! =)

 Bakal-bakal mahasiswi ni Insya-Allah :')
 
Kami dalam dewan kuliah utama, dengar motivasi, ceramah.
Ceramah Ustaz Amin, popular juga dalam TV.
hihi..Tengok video zaman zaman dahulu yang mempunyai semangat juang yang tinggi.
Berbeza dengan kita zaman sekarang kan? Humm.
Rasa teringin sangat nk pergi negara sana, tapi dalam masa yang sama
rasa takut jugak +__+ humm.
Iman tkkuat seperti mereka, ALLAHU AKBAR.
Berjihad di jalan ALLAH !! =) InsyaAllah.
Dan saya berbangga jadi orang Melayu syukur :')
Semua orang suka dengan bangsa kita, jadi kita perlu bersyukur
dengan apa yang kita ada ni. Alhamdulillah Alhamdulillah <3  
   
Satukan Hati untuk 8 CINTA ^_^

1) Cinta ALLAH
2) Cinta Rasul
3) Cinta Agama
4) Cinta Akhirat
5) Cinta Ukhwah
6) Cinta Ilmu
7) Cinta Amal
8) Cinta Akhlak      
 
  Kita akan dapat rasa ketenangan bilamana kita berada dirumah
ALLAH , dengan hanya mengingati ALLAH,
kita melihat kebesaran ALLAH, membaca al-Quran :')

Jadilah hamba yang bersyukur bersyukur dan bersyukur !
Alhamdulillah.


Wallahu'Alam. Cukup posting untuk entry ini.
Rasa nye dah panjang melebar hihi.

Jumpa untuk part yang terakhir insyaAllah.
Part III . Buat bersabar =D hihi

B E R S A M B U N G ...............     


PMG'13 ( Part I )

 ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Salam Warahmatullah sebagai pembuka bicara lah kan, hihi :D
Apa khabaq smua? Sihatkah? Kalau sihat, alhamdulillah syukur pada ALLAH :)
tapi kalau ada y kurang sihat pon syukur jugak ya.
Sakit itu penghapus dosa, bersabarlah:')

Okay, PMG? Haaa ape tu? Apa maknanyaa??
Maknanya ialah "Perkampungan Menara Gading" kali ke-13
Sweeet nya nama dia kan "perkampungan" ,
tapi bukanlah kat kampung okay, kat UPM <3

Ini sedikit info yg boleh kite tengok ^^

First and foremost, syukur ke hadrat Ilahi diberi peluang untuk berkongsi
sedikit sebanyak ilmu yg diperolehi sepanjang kami mengikuti kem ini selama
4hari 3malam.**sungguh sekejap +__+
And terima kasih kepada Kak Azira iaitu senior saya, dia yg infomkan
kepada saya dan kawan kawan lain. Alhamdulillah saya diberi peluang
untuk mengikutinya. Syukur :)

Saya telah infomkan kepada mereka, tapi mereka mungkin sibuk
bekerja, bercuti and so on. So dari skola saya (BBST) hanya antar wakil
4orang jee, humm okay la tu. Alhamdulillah:')
Saya ajak kawan dari skola lain jugak, ajak dan ajak .

Hihihi.. Hari pendaftaran tu, saya dan rakan seorang lagi datang begitu 
awal, **act tkla awal pon, sbb dia kata pendaftaran mula 2.30pm ..
sampai sampai, belum bukak lagi, okay tggu la ^^
rumah dgn UPM tkjauh sangatlah dekat huhu <3

Fasi bagi tahu la, 1 rumah 8 orang.
1 rumah ada 4 bilik, sebilik 2 orang.. ihihii fahamkan?? =D
so antara kami masing masing ada partner, huh !
Atiqah dah terkontang kanting tkde partner **ceh tkkisah pon snanyee. okay je!
tup tup .. jmpe sorang sahabat ni, tengok dia masih juga mencari kawan,
namanya mimi !! saya pon berkenalanlah dengan die hihi,
sekejap saja ukhwah tu terjalin syukur :)

Kami : Akak, kami nk satu rumah ni tau * sambil tunjuk kt borang bilik tu
Fasi : Amboii , tapi kene tggu smua ada baru boleh
Kami : Okayokay. Kami tggu.
Fasi : **mereka gelak je tgk gelagat kteorg, kehulu kehilir

# beberapa minit kemudian, semua cukup barulah bole amek kunci bilik . huh!
Dapat tingkat 4 atas sekali. huhu asyiknya!! *pong pengsan-.-
Masuk masuk tkleh lama terus gi surau..
Haha ade jalan dekat, pegi redah jalan jauh. Hummm tkpe tkpe,
masih baru, hoho^^

 Dalam dewan kuliah. Kamilah 8orang serumah tuu =) hihi

Always bersama. Dduk dalam dewan kuliah pon sebaris,
cukup cukup. ihihi. mengade kan? eleh sekati kami lah. huhuhu..
Malam tu masing masing dipisahkan mengikut kumpulan masing masing,
mula mula sedih, tksuka , haha lastlast sayang sangat dgn team <3
yeah ! betul la, first impression tkmenentukan apa apa lagi huhu ^^

Saya dapat kumpulan YARMOUK. Waaaa, saya sangat suka.
Sebab ade la jugak impian nk ke jordan :) Semangat makin bertambah lah huhu.
Masuk team masing masing ..
Icebreaking seperti biasa, awal awal lagi kami diuji untuk cari
butir butir fasi kami, mereka tkmahu bgtau,kami kene cari.
humm sedihkan, team lain tk kena pon * ceh sdih pulak err -.-
okay je.. fasi kumpulan YARMOUK
" Abang Afiq & Kak Zuhairah "

Huhu. sangat best. Ukhwah terjalin ^_^
"Kerana cinta pada Yang Esa, Kerana ukhwah kita bersama"

Hari berikutnya, kami mulakan dengan qiamulail berjamaah di surau.
Bangun awal pagi, mandi siap siap. And terus ke surau.
HAHA. Taktahu apa penyakit,mula mula asyek tetinggal telekung jah.
**memeningkan kawan kawan saya je hoho. Maafkan saya sahabat :') 

Kem PMG ni terlalu berbeza dgn kem kem yg lain.
Dia lebih banyak pengisian rohani, Alhamdulillah ;)
Melatih kita bukan sahaja melakukan amalan wajib, malah amalan sunat juga.
Buat solat dhuha, baca al-mathurat sama sama,
baca al-mulk sama sama, buat qiamulail dan banyak lagi............
Makan sama sama, suap kawan kawan sebelah. ALLAHU AKBAR.
Semuanya indah jika dalam berjamaah:')

Semua yang kita lakukan lebih baik secara jamaah,
jauhlah dari bersendirian. Berkongsi tu kan lebih baik :')

 Pesan kakak dan abang fasi kami:

Ilmu itu kalau dikongsi, makin lama makin bertambah,
tapi harta kalau dikongsi, makin lama makin berkurang. Kan kan ?
Sooo, janganlah kedekut dalam menuntut ilmu,
sama sama lah ilmu itu dikongsi, InsyaAllah.
Kalau kita bantu orang, ALLAH akan bantu kita , yakin tu =D 

Hidup sebagai budak ipt atau mahasiswa sangatlah berbeza dengan
cara kita SPM tu tu. tak sama. Kat ipt la kita mula
hidup untuk sentiasa bersama :) Semua benda kena buat sama sama :)
Tu la namanya dalam jemaah !! 
Tak mampu dah untuk study sorang sorang, sebab studygroup tu sangatlah
penting, berkongsi berkongsi, memudahkan kann? hummm ^^

Jadilah seperti "cawan kosong" . Sentiasa rendah diri ketika menimba ilmu,
jangan berlagak hebat,,kita ambil yang baik insyaAllah =D
Cuba kita bayangkan eh, bila cawan tu dah penuh apa yg kita nak buat ??
Humm fikir dan fikir..
Ade yang kate, isi la cawan baru, ade yang kate minum la air tu.
Hehe, tksalah smua jwpan tu, kita umpamakan air itu ilmu,
bila penuh, kita kongsikan, dan tambahkan kembali.

Nampak tak kat situ yg kita kata :

"Ilmu kalau dikongsi, makin lama makin bertambah."
Soo sungguhlah tkrugi kalau kita share share.
Sharing is caring kann <3

And janganlah kita meramalkan daripada first impression. yeahh!
Humm. macam mula mula masuk group,
alaaa rasa macam tkbest la, tkde kawan.. ni mula mula..
dah lama bersama, makan sesama, ALLAH!! Sungguh indah ukhwah tu :)
Sangat sayang dan sedih sangat nk tinggalkan masing masing.
Nampak kan? Soo, jangan kita judge book by its cover laa :D

Yarmouk mumtaz! Yarmouk mumtaz! Yarmouk relax sudaa~
(hazman,fahmy,mon tkde dalam pict)*

Banyak sungguh nasihat, bimbingan, pendapat,
pengalaman yang Abang Afiq & Kak Zuhairah kongsikan.
Sungguh bermakna, terima kasih ABANG KAKAK <3
Kakak selalu pesan ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah.
Pengang kata kata tu tau .

APA TUJUAN KITA HIDUP YA?

Dulu waktu kita kecik, kalau ditanya apa cita cita bila besar nanti? Pasti akan dijawab.
Nak jadi pensyarah. Nak jadi akauntan. Nak jadi doktor la. Selalu berubah-ubah kan?
Masa ni memang kita tk tahu apa apa lagi. Just ikut kawan kawan maybe.
Al-maklumlah baru skola tadika hee. Rasa cam nak tegelak pun ada jugak bila ingat
balik cita cita zaman dulu dulu ni =)

Bila dah masuk menengah pun,macam konfius lagi nak amek kos ape after
SPM. Ye takk? **tengok diri ni :'(
Finally, saya berjaya untuk decide masa depan saya.
Saya berjaya ada kereta besar, jawatan tggi tggi dan banyak lagi.

Tapi kan kadang kadang saya terfikir. Adakah ini je kitaran hidup saya??
Belajar, kahwin, dapat anak, jadi tua kemudian mati? Hummm............
Saya rasa bukan saya saja yang fikir macam ni. Kan?
Mesti ramai juga yang terfikir macam ni kan. Adakah sekadar ni sahaja tujuan
hidup kita ? ALLAHU RABB * tepuk hati tanya iman +__+

Hidup terasa seperti robot. Melakukan rutin kerja yang sama
hari ke hari. Haha *terasanya macam skrg ni. Humm*
Dan kita perhatikan manusia di sekeliling kita, mereka juga melakukan
rutin harian yang sama. Keluar pagi pagi untuk pergi belajar atau bekerja.
Petangnya pulang ke rumah dan malamnya berehat.
Esok dan seterusnya dilakukan rutin yang sama tanpa mengetahui tujuan
sebenar mereka diciptakan. Adakah kita juga mahu menjadi seperti
mereka atau adakah kita salah seorang daripada mereka?
** dushdush tampaq diri ni sat +__+

Sebelum kita semua mengenali tarbiyyah, saya juga ingat hanya inilah
kitaran hidup yang akan saya jalani. Rupanya sama sekali salah.
Salah besar. Hummm. Sebabnya bukan ini sahaja tujuan kita diciptakan
dan hidup kat dunia ni. 

Ada orang beritahu saya :

"Awak, ALLAH jadikan kita ni bukan sekadar belajar, kerja, kahwin
dan dapat anak je, Kita ni orang Islam. Ada sebabnya ALLAH jadikan kita =)
Dan kita ada tugas yang cukup besar yang perlu dilaksanakan."

ALLAH ada terangkan dalam al-Quran tentang tujuan hidup kita:

1) Untuk menyembah ALLAH.

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah
kepada-Ku." (Az-Zariyat,51:56)
 

2) Sebagai Khalifah.


" Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak
menjadikan khalifah di muka bumi." Mereka berkata,"Apakah Engkau hendak menjadikan
orang yang merosak dan menumpahkan darah disana,
sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?".
ALLAH berfirman,"Sungguh,Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(Al-Baqarah,2:30)

3) Berdakwah. (amar ma'ruf nahi mungkar)

" Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,
(kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada ALLAH. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka.
Di antara mereka ada yang beriman,namun kebanyakan mereka adalah
orang orang fasik." (Al-Imran,3:110)

Tengok tu. ALLAH dah bagitahu kita apa yang perlu kita lakukan.
Kadang-kadang kita terlalu kejar nikmat duniawi sampaikan terlupa bahawa
akhirat tu wujud ! ALLAHU AKBAR.
Jadilah Muslim yang berkonsepkan HAKADA.

Ape tu? Tu la maknanya:
Hamba. Khalifah. Da'ie.

"Mahasiswa Mukmin Pendokong Harapan Ummah"

Wallahu'Alam.
Banyak lagi nak share ni, B E R S A M B  U N G.......=)
hihi sabar ya tggu next posting!!