Monday, 25 March 2013

Masih Jauh !

Bismillahirrahmanirrahim
 
Salam warahmatullah :)
 
Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi.
Sikit ke banyak, bersyukurlah.
Selalu pesan kat diri, kalau kita rasa kita punya teruk,
ingatlah lebih ramai lagi insan yang kurang bernasib baik tau.
Allah :/
 
Yakinlah bahawa rezeki yang Allah beri adalah yang terbaik.
Dan Yakinlah Allah takkan menzalimi kita bahkan
Allah sentiasa menyayangi kita tau.
 
Sejujurnya memang sedih pedih hati ni siapa yang tahu.
Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.
Tapi apa yang boleh kita buat selain
terima dan redha.
 
Bukan mudah tapi tak mustahil bukan.
Kalau kita yakin Allah uji kita sebab Allah sayang kita,
hati kita akan bertambah yakin untuk redhakannya.
Percayalah.
 
Perjalanan kita bukan sampai sini je. Masih jauh. Sangatlah jauh.
SPM mungkin baru permulaan untuk peringkat seterusnya.
Masih belum terlambat. Ayuh bangun !!
 
Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita.
Mungkin Dia tak bagi sekarang, tapi nanti kan ?
Janji Allah tu pasti. Asalkan kita sentiasa dengan ajaranNya =)
 
Tahniah kengkawan yang berjaya.
Bagi yang kurang berjaya, kita bukanlah gagal ,
sebab takde manusia yang akan gagal kat dunia ni,
cuma kejayaan kita tertunda ^^ Insya-Allah.
Teruskan usaha kita <3
 
Mana tahu Allah uji kita sekarang,
supaya kita lebih dekat dengan pencipta kita kan, Allah ?
Allahu :')
 
Kembalikan semangat untuk terus berjuang ke peringkat seterusnya.
Allah sentiasa bersama dengan kita =)
 
"Allah always with us"