Monday, 8 April 2013

Motivate Cik Diri kembali --"

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum wbt :')

Hikhik rajinnyer cik atiqah publish post everyday,
hihi, saje nak berkongsi dengan kengkawan, ambil lah mana yang baik ye,
andai ada yang merepek maaf dan abaikan, terimakasih:D

Bagaimana Hendak Berubah ?
 
Suatu hari , seorang pelajar berjumpa dengan saya dan bertanya.
" Cikgu, bagaimana hendak berubah?" Mendengar soalan itu membuatkan saya terfikir
sepotong ayat al-Quran lalu menyebutnya yang bermaksud,

" Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah apa yang ada pada
diri mereka sendiri."
(ar-Rad:11)

Lalu saya menerangkan kepadanya,

"Sekiranya kamu ingin berubah, ia perlu bermula dengan dirimu jua.
Saya hanya boleh bercakap, menasihatkan, memberi contoh-contoh dan peringatan
kepadamu,tetapi akhirnya kamu yang perlu menggerakkan perubahan itu.
Sekiranya tiada sebarang tindakan daripadamu, maka perubahan tidak akan berlaku dan
kamu masih seperti dahulu."

Okay, disini saya dapat dan kita sama-sama perlu ingat,
Percayalah, sekiranya anda ingin berubah maka anda yang perlu menggerakkannya.
Sehebat mana sekalipun pakar motivasi menasihati kita,
andai kita tidak mahu berubah, pastinya kita tidak akan berubah kan ?
Allah +__+ ** ingatlah atiqah oiiii !!!

Ingatlah peluang itu sedang terbuka luas menanti, tetapi sekiranya tiada
usaha mendapatkannya, maka ia pasti sia-sia.
Rezeki Allah itu luas :)
Jadi, cuba bayangkan sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh setiap
hari tanpa jemu,pasti tidak mustahil kita akan menjadi insan yang berjaya dan 
disegani pula. Allahu Allah.

Adakah Anda Mahu Berubah ?
 
Sekiranya benar anda berubah, anda harus bergerak ke arah perubahan itu.
Orang lain tidak ada upaya membawa perubahan kepada anda. Mereka hanya
mampu mengajak dan memujuk anda untuk berubah.
Yang selebihnya, terletak ditangan kita ! Ya, ditangan kita !! =)

Begitu juga dengan kita, seandainya disediakan guru-guru yang hebat,
buku rujukan yang hebat, pusat tuisyen yang hebat, bilik belajar yang hebat, dan lain-lain
kemudahan pembelajaran yang hebat, namun sekiranya jiwa anda tidak mahu berubah
dan tidak mahu menggunakan semua kehebatan yang dimiliki
oleh kita tu, pastinya semua itu tidak mampu menjadikan kita pelajar yang hebat.

Tetapi, sekiranya kita belajar dalam suasana yang serba daif sekalipun,'
hidup dalam kesusahan, namun azam kita kuat dan ditambah
dengan usaha yang gigih, pasti kejayaan akan menjadi milik kita walaupun kita tidak
disediakan kemudahan belajar yang hebat. Mengapa? Mengapa ??

Ini kerana kita bertindak bagi mencapai kejayaan biarpun kita tidak
memiliki kemudahan belajar yang hebat. Tapi mengapa begitu yaa?
Ini kerana apabila kita bertindak untuk berubah, segala macam kesusahan dan dugaan
yang ada akan dapat dihadapi demi sebuah kejayaan.
Allah :')  **Dushdushhh ingatkan diri yang mudah lupa**

Mulakan Sekarang, Anda Masih Belum Terlambat!
 
Pernahkan anda mendengar kisah seorang lelaki yang ingin bertaubat selepas
melakukan 99 dosa besar. Mengapa saya menyebutnya sebagai 99 dosa besar ?
Ini kerana dia sudah melakukan 99 pembunuhan ke atas nyawa yang bukan menjadi haknya.
Oleh kerana naluri hatinya benar-benar ingin bertaubat maka dicarinya
seorang alim lalu ditanya apakah taubatnya diterima oleh Allah SWT.

Maka dijawablah oleh lelaki alim itu "Tidak!" Lalu dibunuhlah orang alim itu dan menjadi 
genap 100 orang jumlah pembunuhan yang dilakukan olehnya.
Kemudian lelaki itu mendapatkan seorang lagi orang alim dan ditanya soalan
yang serupa. Tetapi, apabila ditanya jawapan yang diberikan cukup berbeza.
Orang alim yang kedua memberikan jawapan yang menggembirakan hatinya iaitu

Allah SWT sentiasa menerima taubat para hamba-Nya dan
tiada siapa dapat menghalangnya.

Sebagai manusia yang terdidik dengan ilmu agama,
sudah pasti naluri kemanusiaan kita tidak dapat menerima kelakuan lelaki itu
bukan? Tetapi sebenarnya sangkaan kita silap kerana
Allah SWT itu Maha Pengampun. Tiada sesiapa pun berhak menghalang Allah SWT bagi
memberi keampunan kepada sesiapa termasuk lelaki yang membunuh
100 nyawa manusia seperti yang dinyatakan dalam kisah di atas.
Kisah ini adalah sebuah kisah terkenal yang menceritakan berkenaan insan-insan
yang bertaubat kepada-Nya.

Apa Pengajarannya ?

Okay, daripada kisah itu dapat suatu gambaran yang jelas kepada kita semua
orang mempunyai peluang untuk berubah kan? =)
Sekiranya lelaki yang sudah membunuh 100 nyawa , masih diberi peluang bagi
mendapat keampunan Allah SWT, kita juga mempunyai peluang
untuk berubah. Tuhan tidak pernah menzalimi para hamba-Nya.Belajarlah daripada
kesungguhan lelaki itu yang tidak kenal putus asa dalam mencari
rahmat dan keampunan Allah SWT walaupun umum mengetahui betapa besarnya kesalahan dan dosa yang dia lakukan.

Selagi mana nyawa belum sampai di kerongkong, tiada halangan untuk berubah.
Perhatikan orang disekeliling kita, ramai yang sudi membantu :')
Ayuhhhh kita mulakan perubahan itu sekarang juga !!

" Masa tidak menunggu, tetapi kita yang perlu mengejar masa yang sedang
pantas bergerak meninggalkan kita. Mulakan langkah pertama harini."

Selamat Berubah :D
 
" Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu dan orang yang
diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya berkenaan apa yang kamu
lakukan." (al-Mujahadah:11)

Wallahu'alam.
Moga Allah SWT redha.
Terimakasih sudi meluangkan masa singgah di belog ana.
Maaf andai ada yang salah, ana juga insan biasa,

Wassalam.