Saturday, 13 April 2013

SOLAT Penat atau Rehat ?

In the name of Allah.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi masih diberi peluang untuk 
berkongsi sedikit sebanyak dalam belog ana:)

Now tengah teman kakak sekejap jumpa her friend, study sikit humm.
I'm bored, so meh la update update hihi.

Okay, which one you choose?
SOLAT , penat atau rehat?
 
Siapa kata remaja tidak penat? Siapa kata remaja tidak sibuk?
Banyak perkara yang mereka lakukan. Belajar, bersukan, bersilaraturahim,
membantu ibu bapa dan sebagainya.
Semestinya paling memenatkan ialah belajar.

Selalunya bagaimana remaja berehat? 
Kalau sekadar tidur , bersantai di taman, bersukan, lepak dengan kawan kawan,
menonton televisyen, membeli belah dan macam-macam lagi laa :)

Ada cara luar biasa untuk berehat dan relax?
Ada, ada =)  Nak tahu tak ? Hihi.

Cara ni telah dipelopori oleh Rasulullah SAW. Ini lah gaya Baginda.
Rasulullah SAW selalu lari daripada dunia yang memenatkan dengan menunaikan solat.
Sebab itu lah Baginda ingin meminta Bilal mengumandangkan azan,
Baginda akan berkias :

" Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat."
(Riwayat Ahmad)

SubhanAllah. Macam mana dengan kita?
Allah +____+ Muhasabah kembali.
Solat mampu menyediakan satu cetusan baru kepada Muslim. Usai solat je,
hati akan terasa lain setelah dicas semasa solat. Masalah terasa kecil berbanding
Allah Yang Maha Besar :) 
Malah penat mula meminggir. Nikmatnya Solat <3

So, SOLAT penat atau rehat ? Itu pilihan kita.
Namun pilihlah untuk relax dengan solat. Bagaimana yaa?
Hanya apabila solat menjadi permata hati bagi diri ini.

Sekadar ingin berkongsi, apa yang ana dapat.
Ana bukanlah insan yang baik, selalu jugak leka , banyak buat silap.
Kita manusia biasa sahabat, kesilapan tu tak kan terlepas,tapi manusia boleh berubahkan?^^
Tu semua terletak kat tangan kita:)

Terimakasih:)
Ni sahaja untuk entry kali ni.
Moga ada input yang boleh kita amek insyaAllah.
Moga Allah redha._____.