Friday, 17 May 2013

13 TIP MENCIPTA KEJAYAAN YANG DIREDHAI

Bismillahirrahmanirrahim, 
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
 
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi, masih diberi peluang melihat keindahan
di dunia yang tersergam indah ini. Yang paling penting masih bertemu hari jumaat yang penuh barakah ini. Alhamdulillah =)
 
Ana ingin berkongsi di belog kesayangan ini, apa yang ana dapat setelah
membaca Gen-Q isu yang terbaru ( isu no.20 ) Hihi.
Terlalu banyak, okayy rasa belum terlambat nak ucap SELAMAT HARI GURU ! :')
 
Ayuh kita selami :

13 TIP mencipta kejayaan yang diredhai

1) Menuntut ilmu kerana Allah. Jika kita mencari ilmu semata-mata kerana gred A atau ijazah, ke mana arah kita selepas mendapatkan semua itu ? Gred A bukan jaminan kita beriman. Jadikan perjuangan mencari ilmu itu sebagai menyahut seruan Rasulullah agar menjadi umat Islam yang  dihormati dan tidak dirantai dengan kejahilan.
 
2) Niat untuk menyebarkan ilmu. Carilah ilmu demi kebaikan bersama dengan 
menjadi "guru" kepada rakan yang lemah. Jangan kedekut berkongsi ilmu kerana semakin banyak berkongsi, semakin banyak ilmu yang datang.
 
3) Cuba elakkan diri daripada mewujudkan persaingan tidak sihat sesama rakan seperti dengki, khianat dan tamak. "Naik tidak memijak lawan, jatuh tidak memaut kawan."
 
4) Tidak menghormati guru ? Mungkin ada yang merasakan dirinya lebih pandai daripada guru. Hakikatnya ilmu yang berkat daripada redha guru.
 
5) Sentiasa bermuhasabah diri dengan merasakan diri ini masih jahil dan perlu dipenuhi dengan ilmu. Sikap ini akan mendorong sifat rendah diri agar lebih berusaha untuk mencari ilmu.
 
6) Saat tidak memahami sesuatu ilmu, jangan memberontak. Kita masih ada teman dan guru yang boleh ditanya dan dibawa berbincang. Dan yang paling utama, kita ada Allah Yang  Maha Mendengar segala rintihan kita.
 
7) Sekiranya kita masih lagi gagal menemui kejayaan setelah berusaha maka berusaha lagi. Ya, jangan berputus asa. Setiap kegagalan bukan bererti tewas tetapi mungkin ia teguran dari Allah supaya berusaha lebih lagi dan mencuba strategi belajar yang lain, mana tahu ia lebih berkesan!
 
8) Jangan sekali-kali menyalahkan diri selepas gagal. Ia sabotaj kepada minda. Anggaplah
ia suatu perjalanan yang indah. Kegagalan ialah proses untuk menjenamakan diri dengan kejayaan baru. Kadang-kadang kita merasakan diri sudah cukup bagus. Maka Allah berikan kegagalan sebagai muhasabah agar kita berfikir =)

9) Lakukan post mortem selepas selesai tugasan dilakukan. Ia cerminan kepada muhasabah dalaman. Hadirkan diri dengan sepenuh pengharapan kepada Allah, insya-Allah akan tunjukkan pintu-pintu jalan kecemerlangan yang baharu.

10) Kenali diri dengan mengenali siapa pemilik segala ilmu. Tujuannya supaya kita bersyukur dan mengenali "Pemberi" ilmu itu. Maka akan hadir dalam diri rasa perhambaan yang tinggi dan rasa keberuntungan dipilih untuk memiliki ilmu itu.

11) Kejayaan diukur berdasarkan kesan kejayaan itu kepada sahsiah kita. Takkanlah sudah dapat 10A tetapi akhlak masih "huru-hara" dan masih selesa dengan imej diri yang selekeh, biadab atau sifat buruk lain yang  bercanggah dengan kemurniaan kejayaan itu.

12) Kejayaan haruslah bersih. Bukan hasil meniru atau menipu. Meniru atau menipu untuk berjaya sememangnya "lazat" tetapi ia hanya sementara di dunia. Di akhirat nanti jenuhlah untuk menjawab di hadapan Allah SWT.

13) Belajar untuk ucap tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya. Hari ini kejayaan dia,
esok lusa kejayaan kita pula. Jadikan ia sebagai semangat untuk kita berjaya seperti mereka. Sakit hati atas kejayaan orang menggambarkan hati yang tidak sihat! Nauzubillah.
 
Meniti kejayaan  Diredhai =)

Alhamdulillah sedikit sebanyak yang dapat ana kongsikan.
Semoga ada manfaatnya kita bersama.
Buat adik adik, abang kakak, sahabat handai, juga diri ana sendiri,
semoga tip ini dapat menjadi refleksi dalam diri kita.
 
Insya-Allah. Moga Allah redha.
 
Assalamu'alaikum.