Wednesday, 24 December 2014

Peperiksaan itu juga Ujian :)


Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


[ Kredit ]


Symptom-symptom student apabila final exam~


1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk 

keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan-jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load )

2. Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )


3. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus. cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.


4. Time nak exam baru laaa nak full sembahyang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam-macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)


5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.


6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi (ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.


7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)


8. Kalau main message tu balas sikit-sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang-panjang.


9. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.


10. Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)


11. Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh member beli.


12. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)


13. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P


14. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi member sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.


15. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up.


16. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.


17. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”


18. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nak borak.


19. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek-repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak.borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek dia cakap sebenarnya, lagi banyak topic dia tak cover tu.


20. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal-awal. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap-tiap sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss. 



Haha this sharing ni rasa macam bagi penampaq kat diri sendiri, 
mungkin bukan semua tapi ada lah sikit antara banyak-banyak nih. Haishh. >_<


## bittaufiq wannajah sahabat-sahabat


## study study jugak,ukhuwah jangan abaikan


## doa ibu ayah 


## baca buku keranan Allah




Last but not least .....

[ All the best semuaaaaaaa ]

I wish all the best to semua yang bakal duduki final exam, ya too near right? hmm, so gudlucks and all the best! Duk duk studi jugak, solat jangan tinggal, quran jangan biar berhabuk, solat jangan lengah-lengah ..

"....Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya....." 
[at-Taalaq:2-3]

|Dia Banyak Membantu|

Thanks for reading! May Allah bless   
Semoga dipermudahkan segala urusan di dunia juga di akhirat sana nanti, Ameen :')


Thursday, 11 December 2014

Bermula Dengan Masalah Iman

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah hingga hari ini masih dibekalkan oksigen untuk melihat dan menghirup keindahan dunia, Alhamdulillah ! Yang 'paling' penting, nikmat Iman dan Islam.

Bila rasa letih dengan asyik bersama buku akademik, hati ni sentiasa dalam resah gelisah, taktahu dimana yang takkena nya. Rasa kecik la diri kalau terlalu fokus pada dunia tapi akhirat biar jauh tinggal dibelakang. Allah. Rasa kosong.

Pagi tadi selepas siap tunggu nak ke kelas, diri ini membelek-belek buku Hilal Asyraf dan baca tentang 'Bermula dengan Masalah Iman'.


[ Astaghfirullah-Lazimkan di bibir menyebut kalimah ini ]


Dalam entry kali ini juga seperti entry-entry sebelum ni, 
saya nak share sikit apa yang saya dapat. Okay mihmih baca, takmau terpulang ^_^

Mengapa aku malas beribadah kepada Allah swt ?
Mengapa begitu senang aku melakukan dosa?
Mengapa aku mudah teruja dengan perkara ingkar dan maksiat?
Mengapa mudah aku bersangka buruk kepada sahabat dan hendak menyakiti hatinya?
Mengapa susah aku hendak jadi baik?

Huh. Terlalu banyak mengapa, mengapa dan mengapa. Allah.
Saat ini mungkin tercucuk dalam-dalam dengan diri sendiri salah satu mengapa itu.
Mungkin. Sebab tu jugak saya nak share, moga entry ini dapat kembalikan positive thinking juga kekuatan walau apapun ujian yang datang especially for myself!

Ramai yang mencari jawapan kepada persoalan-persoalan ini. Ramai yang mencari sebab dirinya terjerumus dalam sebuah ruang bernama 'negative'. Terperangkap dan tidak dapat keluar. Sering mempersoalkan sebab dirinya sukar menjadi hamba Allah swt yang baik. Maka apakah rawatannya ? Fikir sejenak.

Dan jawapan akan permasalahan-permasalahan yang kita hadapi 
dalam diri kita sepanjang kehidupan ini, adalah bermula dengan permasalahan iman.

~Iman itu Kekuatan, Dosa itu Ancaman~

Saya sentiasa percaya apabila kita taat kepada Allah swt, kita akan bahagia. Namun, beriman kepada Allah swt tidak menjamin kita terlepas daripada masalah, cabaran dan halangan yang wujud di muka bumi. Ini kerana, ujian dengan kehidupan adalah kembar, satu realiti yang perlu kita terima.

Walau macam mana sekalipun, apabila kita taat kepada Allah swt, sekiranya kita bermasalah di dunia ini, dengan manusia mana sekalipun, sekurang-kurangnya kita tahu kita tidak  bermasalah dengan Empunya Dunia dan Pencipta Manusia. Bukankah itu sudah menjadi kekuatan untuk meneruskan kehidupan dengan penuh kebahagiaan ?

Namun, jikalau keimanan hilang dan yang ada hanya dosa-dosa, kita akan sentiasa berasa penat, resah, gelisah, takut, malas dan banyak lagi.  Ini semua sebab kita tidak ada kekuatan! Apa saja kekuatan yang kita ada dalam keadaan kita melakukan perkara mungkar kepada Tuan punya kekuatan itu, 
kita tahu kekuatan yang kita ada itu tidak akan kekal lama.

Kerana Allah swt jualah kekuatan yang sebenarnya .

So last but not least, to all my beloved readers, bagi nak selesaikan masalah-masalah dalaman kita, perkara pertama yang perlu kita laksanakan adalah...
' menyelesaikan masalah iman'


[ Kredit ]


Tiada manusia yang sempurna dalam hidup ini. Terimalah salah silap orang mungkin kita juga pernah lakukan sama seperti orang lain. Bersangka baik dan berlapang dada ok !
Ini peringatan untuk diri saya yang terlalu banyak kekurangan, mana yang baik ambil lah, yang kurang baik, perbaikinya bersama ya.


Sebarkan kasih sayang   


Moga Allah redha.


Wednesday, 26 November 2014

Our First Video Project ISRAEL-PALESTINE

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah. My friends and I done create one video about 'Gaza' for our english project in university. I am very interested with this topic, because I think I can have more knowledges and understand what happen to Gaza.

Thanks for support! Pray for us, and don't forget to support and keep pray for Gaza and ummah. Islam will win soon. Janji Allah itu pasti :)

Lets watching, just simple, first trying :D


That's all. Thanks for spent time to watch this simple video. Hope get 'something' from this video and this is the video's link https://www.youtube.com/watch?v=i_KuPcpeoMo  

Last but not least ..

As Muslim, be concerned about the issue of Palestine okay?

May Allah bless :) 💕

Friday, 7 November 2014

Scholarship YTN

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum blog tersayangggg   
lama dah tuan empunya blog ni biarkan sehinggakan rasa rindu teramat untuk menulis sesuatu disini, saya takberharap pun ada yang datang menyinggah, tapi inilah tempat saya nak tulis apa-apa sekalipun, mungkin sebagai diari, contengan-contengan, sebab kadang-kadang bila bosan saya akan bacanya sendiri hehe. Menarik bukan ? :*
sekalipun bila saya tersungkur dari jalan-Nya kerana terleka dek dunia yang tersenggam indah ini, akan ku belek-belek post yang lama-lama untuk jadikan 
pemangkin semangat dan kekuatan untuk diri ini! Haha okay terlalu panjang mukadimah harini cukuplah setakat ini. Berbalik pada topik hihi :')

[Kredit : Syukur sentiasa pada Pencipta]

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. For everythings. 
Semua nikmat yang Kau beri pinjam pada diri ini, terima kasih Allah. Terlalu banyak.
Adakah diri ini sentiasa bersyukur, atau makin lupa makin jauh dari-Nya?
Allah. Nauzubillah. Minta minta tetap berada dijalan-Nya ya. Mohon doakan ya semuaa :')

Scholarship YTN? Apa kebendanya tuh? Huhu.
Scholarship tuh biasiswa, YTN tuh Yayasan Tenaga Nasional. Ha cenggitu.
Tujuan utama topik ini dipilih adalah kerana saya ingin berkongsi 
sedikit pengalaman-pengalaman yang saya dapat.
 ( Ya ampunnn menyampah rasanya awat skema sangat ayat 
nih mungkin penangan dah lama tidak menulis blog hahahahaha )

 Interview ini jugakkkk merupakan interview yang pertama kali dalam hidup saya hehe. 
Umur 19tahun, barulah dapat merasa bagaimana orang lain rasa ececehh haha :D
Sungguh ketinggalan zamanlah atiqah nih ish iish ishhhhh >_<
Macam-macam rasa, nervous ade, takut ade, dan banyak lagi lahhhh.
Tapi fikirkan mak ayah, family yang mengharapkan kita dapat buat yang terbaik untuk dapatkan this scholarship yela alang-alang kita nih anak jati TNB , apalah salah manfaatkan peluang ini ! Kenn? Tapi orang luar pun boleh je apply dialu-alukan mihmih:') Ini semua untuk masa depan yang saya sendiri takpasti, okayyy.

Before masuk UTM haritu, risau sangat dah, macam mana nak 
pergi interview nih sebab mesti nanti kena balek selangor, kena balek sorang-sorang, kena naik bas sorang-sorang, kena skip kelas lagi, semua semua tuh dah lah baru first week kot.  Macam-macam persoalan kat fikiran nih sampai 'hampir' nak give up kerana sebab-sebab yang takberapa nak munasabah itu. Begitu lemah diriku saat itu. Allah.

Lepastuh baru tahu yang sahabat yang selalu dengan saya kat UTM nih dapat jugak untuk interview YTN nih, namanya Nina. Apalagi tetiba semangat datang balek, 
sebab dah ade geng lah katekan hehe ! Alhamdulillah :)
Beberapa hari sebelum interview tuh macam-macam yang kami buat, study sikit about the company (macam exammmm hehe..), search lah apa-apa yang patut, tanya senior-senior yang ade experience dalam interview nih... then buat resume sehari sebelum interview tuh walaupun tanpa dirancang pada awalnyaaa... 
walaupun takmintak tapi kami just prepare :')

Dengan all the documents empunya kita nih dah selamat hantar kat pejabat YTN sendiri, kat Uniten, Bangi masa cuti haritu lepas tutup tarikh permohonan tup tup dokumen tuh harus dibawa bersama masa interview ! Tak ke jadi lipas kudung, resah gelisah T.T
 Ya Allah masa tuh Allah je tahu betapa risauuuu nya diri ini. Masa tuh jugak rushing siapkan kan all the documents mintak cop pengesahan pengetua kolej kediaman, tanda tangan parents terpaksa copy sajaaa (..nih jangan contohi, darurat..) hmmm bila pikiaq balek rugi lahai dokumen yang dah ade kat YTN tuh, takguna langsung, haish ujian ujian.

Yelah, dah lah interview nanti kena bawakkk, mana nak tahu orang YTN akan buat interview kat UTM ni sendiri. Hmmmm. But semuanya berjalan dengan lancar, Alhamdulillah! Sooo, the conclusionnya takyah fikir susah payah nak balek selangor dan skip the whole kelas masa interview tuh syukurrrrrrr :)  
tapi terpaksa jugak skip class C Programming on that day, sokay !!! ^^

Tips from kakak Amanina for attend the interview :
1. Make sure the night before interview awak check all the important documents. Make sure awak tanda dengan sticky notes and label the documents, so nampak organized and senang pegawai nak check awak punya sijil-sijil. Jangan lupa bawak yang original copy sekali ya.
2. Come one hour earlier so that awak dapat sesuaikan diri dengan surrounding, it will calm you inshallah!
3. They will take you into separate room, which is the waiting room.
4. For the preparation of interview questions, its best klau awak honest dgn diri sendiri. Jangan bg impression that you know too much but not too less to. 
  What you know what tnb is?

  What made you interested in being in the TNB family?


  What can you give in return if they chose you?

5. Masa interview akak, memang sangat relax. Questions like, "tell me about yourself", if they ask in english, awak answer in english. If they ask in malay. Answer first in english, then cakap malay. Always smile! Give off a positive vibe =)
6. They will ask why awak pilih course ni, because of passion. Interest etc.
7. Interview last around 20 mins like that.
8. Pakaian formal, kemas, bersih. Kasut bertutup.
Okay ni antara sedikit tips yang dapat saya share bersama. Pengalaman saya sendiri masa interview tuh macam mana pulak? Hehe. Kami datang satu jam awal masa interview tuh. Duduk-duduk relax ambil mood (kononnyaaaa). Masa duduk-duduk tuh, ada berborak dengan staff YTN yang datang jugak, macam-macam dia tanya rasa risaulah pulakkkk tanya soalan dah la kita nih tak tahu sangat pasal elektrik hmmmmm. nak buat macam mana jawabnya terjah sajalahhhh! seriusly! T.T
Masa masuk interview sekali empat orang. Nak tahu? Kami empat-empat classmate haha. Taksempat nak kenal semua lagi yela waktu interview tuh baru hari kedua kelassssss. Nina, wani, zul and me. Ya. Berjemaah skip class ^_^
Haha okayyyyy. Rasa macam taktanya langsung pasal apa yang kami baca, visi misi TNB, semua-semua about TNB. Yang ditanya soalan yang perlu berfikir dan bagi pandangan! hambek kau sekali, masa tuh dah redha dah, jawab jela apa yang terfikir salah betul tuh lain kira dah hehehehehe. Confident tu penting!
Pengarah TNB siap tanya, ha ni kalau suruh panjat-panjat boleh ke? (tahu la kami perempuan sob sob) Hhahahaha, panjat pokok boleh le kehkeh. :p Pastu yang lawaknyaaaaaa pihak panel ajukan soalan dalam bahasa melayu tau, tapi kita kena jawab dalam english. Bagussss kan! Kadang-kadang tersasul malay english haha.
Yepppppp fully answer in English for interview scholarship YTN :')
Then after finish the interview session, dia kate kalau berjaya terpilih dia akan message and email kepada student yang terlibat........and.................Alhamdulillah, rencana Allah itu terlalu cantik dan hebat! semua ini rezeki dari Allah :

[ Send through email. Alhamdulillah, thanks Allah for Your blessings  ]
Okay mungkin takdapat nak share terlalu details sebabnyaaaa masa update entry nih waktu tengah malam rasa mengantuk sudah hehe. Segala pertanyaan atau ingin tahu lebih lanjut about this scholarship tanyaaaa je okay,mana boleh bantu akan dibantu hehehee. Especially for adik-adik cewwah. Apply je, rezeki Allah tu kita taktahu kan :)
See you soon, may Allah bless.
Thanks for reading !   

Monday, 20 October 2014

Be Inspired.

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

[ Kredit ]

Diriku sangat kagum dan menghormati seseorang itu yang ikhlas dalam sesuatu perkara dan merendah diri.. meskipun dia seorang yang tidak berharta, tidak bijak, cuma sekadar pekerja bawahan dan sebagainya..

Kerana sikap seperti itu membuatkan diriku selesa bergaul dengannya daripada yang sibuk berbangga diri dengan hartanya, dengan kerjayanya, 
dengan jawatannya dan sebagainya...

"Inspire others by inspiring yourself first."

Hlovate    

May Allah bless hehe ^_^

Sunday, 19 October 2014

Ukhuwah dengan Allah

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

[ Kredit ]

Kita selalu menyebut ukhuwah dengan manusia. Kita ungkapkan sukma persahabatan dalam keadaan yang terindah bahasanya. Apa-apa sahaja berkenaan dengan ukhuwah membuatkan manusia gembira. Asas ukhuwah adalah cinta, dan asas cinta adalah keimanan. Itu membuatkan manusia senang sentiasa. Mudahnya asas ukhuwah juga sebenarnya adalah keimanan.

Kepada siapa lagi kita mahu beriman sekiranya bukan kepada Allah swt ?
Dialah yang menciptakan langit dan bumi, yang memberikan kita nikmat kehidupan dalam keimanan, ukhuwah, dan silaturrahim ini.

Siapa yang berasa ukhuwahnya dengan manusia mempunyai pertalian yang kuat 
seperti ukhuwahnya dengan Allah swt ?

Ukhuwah dengan Allah swt ? Di sini, kita perlu bermuhasabah.

TIDAK BERASA

"Akan aku redah lautan api, akan aku panjat puncak Everest tertinggi,
semuanya untuk dikau, wahai kekasih hati." ( Rasa menyampah tahap max eeuu! )

Ada orang menyebut kata-kata ini kepada pasangannya. Ada juga yang berkata begini kepada sahabatnya. Ada juga yang melafazkan kata-kata ini kepada ibu bapanya.
Namun, siapakah yang melafazkan perkara ini kepada Allah swt ?
Allah. Gedebuk sekali >_<

Manusia yang memandangkan ukhuwah dengan manusia lain, yang merasakan ukhuwahnya itu, perlu melalui Allah swt dahulu. Barulah ukhuwahnya menjadi ukhuwah yang benar dan yang ghaib. Ini menyebabkan manusia pantas menghubungkan dirinya dengan manusia lain, tetapi sukar membina hubungannya dengan Allah swt.

KEIMANAN MAINKAN PERANAN

Di sinilah keimanan mainkan peranan. Iman mampu membuatkan kita merasai apa yang ghaib. Allah, malaikat, syurga, neraka, hatta Rasul kita yang sudah wafat, meninggalkan kita risalah-Nya. Kita beriman dengan semua itu tanpa ragu-ragu walaupun kita tidak meihatnya. Dengan keimanan inilah, sebenarnya kita mampu membina hubungan kita dengan Allah swt, seterusnya menjaga hubungan kita dengan manusia. Oleh itu, apabila membicarakan perihal persaudaraan,Allah swt menyebut :

" Sesungguhnya orang beriman(mukmin) itu bersaudara." 
| Surah Al-Hujurat,ayat 10 |

Allah membenci orang yang bersifat takbur.

" Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali tidak
 akan sampai setinggi gunung. "
| Surah al-Israk, ayat 37 |

APABILA UKHUWAH DENGAN ALLAH ROSAK

Mari  kita ambil contoh manusia yang tamak. Hakikatnya, mereka turut merosakkan ukhuwah dengan Allah swt. Bagaimanakah kehidupan orang tamak ? Berbaik-baikkah dia dengan manusia lain ? Jawapannya, tidak ! Kehidupan orang tamak penuh dengan perasaan hasad dan dengki. Dia mahu mengaut keuntungan dan keuntungan lagi. Akhirnya orang tamak ini, merosakkan silaturrahimnya dengan manusia lain demi mendapat keuntungan. Disabotajnya perniagaan orang lain dan dimusnahkan pula kehidupan orang lain hanya demi memuaskan dirinya.

BAGAIMANA HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH SWT ?

Pernahkah kita terfikir, kita memerlukan segala-galanya daripada Allah swt ?

Adalah amat menjelikkan apabila kita mampu melukut kepada manusia yang tidak mempunyai apa-apa, tetapi tidak kepada Allah yang memegang dan mencipta segala-galanya. Daripada hubungan dengan Allah swt, wujudnya kejayaan hakiki, kebahagiaan suci dan hubungan yang terbina dengan keikhlasan sepenuh hati.

Bagaimana ukhuwah kita dengan Allah swt ?

Luangkan sedikit masa, dan berfikir sejenak,
cari dimana Allah dihati kita?

Moga Allah redha :)

Tuesday, 26 August 2014

Put your trust only on Allah !

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

First of all, nothing to say unless Alhamdulillah , thank you Allah for Your blessing :')
Actually minggu nih la minggu yang paling sibuk , minggu yang penuh kelam kabut , minggu stress sebab nak siapkan segala dokumen, borang-borang untuk masuk uni.
Phew phew ! Diri sendiri jugakkkk rasa resah gelisah selagi belum tiba hari pendaftaran,
sebab kan, selagi belum daftar , selagi tu la ada je benda yang belum settle.
Allah. Aku banyak sangat mengeluh, ya Allah maafkan aku T.T

Mana taknya kena buat itu ini dalam jangka masa yang sangat 'short' ,
ya bayangkanlah dengan nak apply scholarship lah pinjaman lah , semua tuh nak kan cop pengesahan orang yang tertentu , ya ya sabar sabar .

Tapi semua ini mengajar aku ..
'dimana aku letakkan erti sabar' 
'dimana aku letak erti siapa usaha dia pasti akan dapat'
'dimana aku letak tanpa kesusahan mana datangnya kebahagiaan'
dimana?
dimana?
Perghhh ! Gedebuk sekali tembak diri sendiri. Padan muka.

Benar, ini baru sedikit nak banding nikmat yang Allah bagi kat kita ,
semudah ini kah kita ingin berputus asa ?
semudah ini kah kita nak kata 'Allah tak tolong aku'
semudah ini kah kita nak melenting tak tentu arah ?
semudah itu kah ?

Sabarlah wahai diri , setiap kesulitan pasti ada jalan penyelesaiannya ,
ingat selalu kita ada 'Allah' . Doa minta dipermudahkan segala urusan. Boleh?
Kita sama-sama usaha yukk mihmih :')

Aku rasa prejudis kalau takdapat bantu seorang sahabat ini yang punya masalah.
Ye la, sibuk uruskan hal peribadi sampai takde mase untuk bantu kawan,
maafkan aku sahabat, aku juga serabut memikirkan semua ini.

Kat sini atiqah ada nak kongsikan pada 'sahabat' :

Pertanyaannya berbunyik cenggini :

1) Hmm atiqah , boleh ke kita further studi dengan apa yang kita buat nih ??

2) Sebab mostly my course pada subjek yang pada awalnya kita tak pernah ambil pun .
Risiko nya ?

3) Lagi-lagi my first year kena hadap semua nih . Kita dah rasa lemah :'(

 ***********************************

Okayy . Mihmih atiqah bagi opinion sikit . Tapi maaf kalau tak membantu.
Ini kita ambil pengalaman dari diri kita sendiri :')
i gabungkan pertanyaan itu dalam satu kertas jawapan okay. Lets read :D

Memang sukar nak terima and jawab soalan nih. Sebab yela kalau kena kat myself pun terfikir benda yang sama. Boleh ke tak boleh ke tak ? Tapi sampai kesudah kita takkan tau selagi 'kita' sendiri belum melaluinya. Ya surely! Sebab every person tuh Allah cipta berbeza-beza dari segi kelebihan dan kelemahan. Means Budak A pandai math tapi kurang chemistry , Budak B pergh hebat chemistry tapi math hancuss . Okay nih contohh je.
So see , sama-sama punya kelebihan dan kelemahan.

Firstly apa-apa pun betulkan niat kita belajar kerana 'apa' ? sebab nak score full mark sokmo ke, sebab nanti besar nak kerjaya hebat-hebat ke? okay mungkin kita akan dapat , tapi redha Allah yang sepatutnya kita kejar , berjayakah kita ? So, niat mesti betul kita menuntut ilmu kerana Allah :')

InsyaAllah bila kita niat betul , kadang-kadang yang sukar pun menjadi mudah.
Tapi kena yakinlah dengan Allah . Jangan ragu-ragu . Kalau kita sendiri ragu-ragu , Allah pun jadi ragu-ragu nak bagi ke tak dekat kita . Okay ?

So belajar je benda baru , and fokus dari awal , jangan main-main , nanti nak exam baru lintang pukang carik note, buku segala bagai , okay tyme tu tahap stress memang overload lah. Orang nak gurau-gurau ngan kita pun dah takboleh . Hehehehe. 
Pengalaman , ha i macam tu jugak lah naseb la sapa yang kena. Maap yaaa :')

So set mind positive tu 'sangat' penting. Buang jauh-jauh negative thinking tuh. Apa orang nak kata pun biaq pi lah ahahaha. Kita buat apa yang kita suka okay ?
Kalau orang boleh , kenapa AKU TAK BOLEH ? Mesti boleh , kena usaha lah sikit .

Janganlah rasa lemah, means kita dah mula give up. Memang bila rasa takmampu kita akan senang-senang give up, akui diri saya juga begitu , tapi cuba kita 'create'kan satu semangat dan azam untuk belaja something yang baru . InsyaAllah takde hal punya . Tu yang kita cakap yang most 'important' adalah niat . Kalau niat kita baik , Allah mesti mudahkan.

Sebab bila Dia dah aturkan kita dengan course begitu , mesti ada hikmah kan?
Okay back to myself, sejujurnya memang dari dulu berat sangat hati nak bawak engineering nih, sebab memang takfaham satu hape pun , engineering nih kerja apa?blablabla. Just only know word 'ENGINEERING' okay fullstop. so inilah yang terjadi harini? sukar jugak nak terima , cita-cita yang takpernah wujud tapi sekarang barulah nak memujuk hati untuk mencari cita-cita baru. Risau? Takut ? Ada semua rasa sekarang . Tapi watlek watpeace je kenkonon dengan penuh hati terima this course. Ya sebab atiqah pun dah takdak choice lain. Ikut sajalah. Rencana Allah tu kan cantik dan hebat ! :D YAKINLAH!

****************************
Inilah sedikit sebanyak yang kita dapat bantu , nak banyak-banyak memang takreti,
kena tanya kaunseling lah kot hihi.
Dapat sikit pun jadilah , tapi kalau baik tu boleh la fikir-fikir, tapi kalau tahpape ke abaikan jela eh hihihii.

Jangan sesedih k. Allah knows everything.
Yakinlah dengan Dia! Bergantung haraplah sepenuhnya pada Dia.
Sekalipun Dia uji kita , pujuklah diri semua ini 'pasti' ada sebab dan hikmah.
Memang susah. Tapi cuba dan terus mencuba. Okay ?

Senyum sikit =)  Mihmih .

Sampai disini sahaja untuk entry kali ini. 
Ampun maaf dipinta kerana tidak dapat diselitkan gambar-gambar untuk tatapan.
Bacalah puas-puas dengan tulisan yang banyakkk.

Moga Allah redha ❤️ ❤️ 


Sunday, 24 August 2014

Pengalaman yay !

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah for giving chance to update this blog. Hayya manyak susah mau update 
akhir-akhir nih. Ampun maaf dipinta dari hujung rambut hingga hujung kaki ya, alang-alang syawal pun bakal sampai penghujung apa salahnya amalan memohon maaf tetap diteruskan. Haha. Okay berbalik pada topic sebenarnya lah, tak usah merepek-repek :')

[ Kredit ]

Pengalaman? Pengalaman apa? Kan begitu general lah this topic kehkeh.
Pengalaman bekerja lah, ini kali pertama tau cari pengalaman , sebelum nih lepas spm dolu-dolu mana ade kerja, kerjanya menanam anggur sahaja dirumah, tapi taktahu apa hasilnya ekeke. Lagipun dulu sibuk buat lesen kereta so..
'TER'memalaskan diri nak kerja, okayyy.

Then, memang dah pasang niat before final exam lagi, okayy cuti nanti nak kerja lah,
dah puas cuti dah dulu lepas spm so sekarang kerja kerja. Haha.
Kira-kira sebulan jugaklah menikmati cuti sepenuhnya dirumah then starting june masuklah bekerja sebagai staff sambilan di uniten, yay! Alhamdulillah.

Banyak jugaklah liku-liku kehidupan sebagai pekerja yang dilalui. Pergh pergh 
kadang-kadang rasa stressnya kerja, baik aku belaja, bermonolog sendirian haha. 
Seriuslah, kalau diberi pilihan kerja or belaja,
i akan pilih belaja lah. Hmm hmmmm. 
But everything going well, biasalah kerja di usia muda nih banyak ragamnyaaa hiks.

[ Inilah mimi syafi :') ]

i dapat kawan baru since lapor diri hari pertama lagi. Nama dia Syamimi Saufi. 
Just call her mimi. She comes from Perak, dimana letaknya matrikulasiku dulu ececehh jejak kasih le pulaks. Then dia habak ke kita dulu dia matrikulasi melaka, alahai dimana letaknya kampungku. Okay disini nampak tak persamaan antara kami :')

Kenal, rapat sampai lah ke harini. Hihi. Alhamdulillah, banyak yang kami belajar.
InsyaAllah lepas nih dia akan sambung studi kat upm ni je, alahai so dekat dengan my rumah. Hmm, rasa tak adil tau i kena pergi jauh-jauh sobsobss :'(
Tapi kami dibawah 'main course' yang sama which is Engineering but she takes civil, 
i pulak electrical. Hurghhh! May Allah ease our journey , ameen !

[ With mimi and kak pika ]

Okay this kakak ialah my partner dalam ofis hihi. Walaupun dia baru, tapi kami cepat mesra, yep really sad jugak nak tinggalkan dia sorang-sorang kat ofis, but terpaksa, 
sorry akak :'( tapi akak jangan risau, dulu kite pun rasa same macam akak, 
student-student ramai yang akan datang berkunjung kat department kite tuh, mereka semua baik-baik , cuma most yang international tuh kena speaking lah sikit eheh.  
 sebab dorang takfaham bahasa melayu haha. but sokay english broken pun takpe what, 
janji dia faham apa yang kita nak sampaikan =)
[ Inilah kak pika :') ]

Kami bertiga rapat. Makan sama-sama, borak sama-sama,
rindu, yep rindu. walaupun hanya 3bulan kami kenal, rasa sayu jugak nak berpisah.
ya Allah moga ukhwah ini tidak terhenti takat nih, moga kekal hingga ke syurga!
Ameen ya Allah.

Until here for this entry okay.
This week much things need to do, packing , packing and complete all.
May Allah ease:')

Memory June-August 2014 ❤️

Thanks for reading!