Tuesday, 4 February 2014

Cinta Murabbi

Bismillahirrahmanirrahim.

Apa yang enta enti faham maksud Murabbi?

Okay.
Murabbi membawa maksud orang yang menjaga, yang mendidik, yang membesarkan.
Mereka bukan sekadar mengajar setakat persekolahan dan silibus pengajian.
Mereka kekal mendidik diri ini, berkongsi nasihat, mengambil berat, walau berakhirnya sesi persekolahan, walau aku telah berada di universiti. Mereka mendidik berkenaan kehidupan, agar berjaya di akhirat. Bukan semata-mata cemerlangnya peperiksaan.
 
CINTA MURABBI
 
Murabbi. Cintanya bukan dengan hanya memuja muji,
Tetapi kadangkala dengan sedikit kekerasan dan cabaran,
Agar anak didiknya tidak lembik dalam kemanjaan,
Tetapi mampu menongkah lebih jauh sekadar dari alam persekolahan.
 
Meh same same kita tadah tangan mohon pada Allah:

"Ya Allah, sekiranya aku ini hambaMu yang berdosa, dan amalku bukanlah
yang Engkau hendak terima, maka lihatlah cinta dan kasih
guru guruku itu, dan terimalah doa mereka."

Ameen Ya Rabbal 'Alamin.
 

" Aku "

AKU

Sahabat yang terbaik,
Bukanlah yang hanya mampu berkata : "Sabarlah, Sabarlah. "
Tetapi adalah sahabat yang akan berkata,
"Apa masalahmu? Mari aku bantu."

SubhanAllah mulianya!

p/s: "Aku" itu bukanlah aku, tapi seorang yang bernama sahabat. Ayuh sama sama perbaiki diri=)

Monday, 3 February 2014

Sakti itu Dihujung Jari

Sakti itu Dihujung Jari

Manusia suka memarahi Tuhan,
Mengapa jadikan hidupnya begitu dan begini,
Tetapi manusia sering terlupa bahawa padanya ada pilihan,
Untuk berusaha menjadi lebih baik,
Atau sekadar tidak bergerak merubah keadaan.

Tepuk hati tanya iman. Muhasabah. Selagi masa masih ada =)

CINTA

CINTA

Cinta. Indah. Cantik.
Hanya untuk yang mengambilnya dalam bentuk yang sebenar,
Bersama kefahaman yang jelas,

Jika tidak cinta hanya akan merosakkan,
Busuk, jijik,
Dan mengundang kecelakaan.

Allahu.