Tuesday, 4 February 2014

Cinta Murabbi

Bismillahirrahmanirrahim.

Apa yang enta enti faham maksud Murabbi?

Okay.
Murabbi membawa maksud orang yang menjaga, yang mendidik, yang membesarkan.
Mereka bukan sekadar mengajar setakat persekolahan dan silibus pengajian.
Mereka kekal mendidik diri ini, berkongsi nasihat, mengambil berat, walau berakhirnya sesi persekolahan, walau aku telah berada di universiti. Mereka mendidik berkenaan kehidupan, agar berjaya di akhirat. Bukan semata-mata cemerlangnya peperiksaan.
 
CINTA MURABBI
 
Murabbi. Cintanya bukan dengan hanya memuja muji,
Tetapi kadangkala dengan sedikit kekerasan dan cabaran,
Agar anak didiknya tidak lembik dalam kemanjaan,
Tetapi mampu menongkah lebih jauh sekadar dari alam persekolahan.
 
Meh same same kita tadah tangan mohon pada Allah:

"Ya Allah, sekiranya aku ini hambaMu yang berdosa, dan amalku bukanlah
yang Engkau hendak terima, maka lihatlah cinta dan kasih
guru guruku itu, dan terimalah doa mereka."

Ameen Ya Rabbal 'Alamin.
 

No comments:

Post a Comment