Monday, 19 May 2014

Sahabatku..

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

(..Disini kami mengenal erti ukhwah Lillahi ta'ala..)

Aku dah cakap pada diri , aku kena kuat dalam perpisahan ni ,
taknak sedih-sedih...aku kawal, tapi bila je dia bagi poster ni hari terakhir ,
aku buka saja dalam perjalanan , aku tak kuat , air mata terus luluh.
ya Allah ..betapa sayangnya aku pada dia..

Disaat kau membaca blogku ini sahabat , ketahuilah aku menyayangimu kerana
Allah..aku cuba kuat..aku takmahu lihat kau bersedih ..
mungkin aku bukanlah sahabat yang terbaik untukmu tapi terimakasih
kerana kehadiranmu sedikit sebanyak memberi banyak kesedaran dan pengajaran
buatku...Moga Allah peliharamu wahai sahabat =) Ameen.

Coretan darinya untukku :

Keep your smile always ... mungkin lepas ni susah nak jumpa ,
tapi insyaAllah kita takkan lupa kamu dan doa kita sentiasa bersama mengiring
kamu ..Terus berjalan , berjuang demi Islam, ya sahabat ...

Jangan rasa mengalah sebab,
" Dunia tempat kita berpenat,akhirat tempat kita
berehat." (Ammar)

Semoga satu masa nanti , mampu untuk kita melangkah mencari 
syahid bersama . Kamu , kita takpasti apa yang Allah takdirkan buat kita ..
Mungkin sekarang mampu menulis buat kamu..
Tetapi andai takdir Allah mengambil kita dahulu , doakan kita mampu
menunggu kamu di Jannah , dan berjuanglah walaupun akhirnya nyawa kamu
menjadi gantian ... =)


Selamat jalan sahabat . Assalamualaikum .


No comments:

Post a Comment