Friday, 27 June 2014

Jangan Putus Harap Dengan Allah (!)

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
 
Alhamdulillah, I meet Jumaat again , last before Ramadhan Kareem.
Alhamdulillah, hope Allah meet us with Ramadhan and insyaAllah solat terawih will
be started tomorrow night :')
 
This entry I dedicated to my beloved sahabat, no need to know who hihi.
I hope she entry my blog. Hoping !
 
[ Kredit ]
 
" Aku menasihati kamu bukan bermakna aku adalah yang terbaik atau orang 
yang paling soleh daripada kalangan kamu, kerana aku juga pernah melakukan kesilapan. Andainya seseorang itu hanya menyampaikan dakwah apabila merasakan dirinya sempurna, maka tidak akan ada pendakwah. Jika itu berlaku , akan sedikitlah orang yang
memberi peringatan."  |Imam Hasan al-Basri|
 
Kita manusia biasa sahabat. Kita , aku , kau dan semua.
Manusia ni memang tidak ada yang sempurna , sering melakukan kesilapan.
Bukan kau seorang , aku juga dan mungkin orang yang sedang membaca entry ini juga kan? Bukan nak kata, tapi reality ,lumrah kehidupan.
 
Tapi? Bukankah kita seharusnya bersyukur jika kita masih diberi nikmat kesedaran, teguran daripada Allah atas kesilapan, dosa-dosa kita ?
Ramai lagi manusia di luar sana , yang terlalu jauh dari Allah mungkin
keasyikan dengan kemewahan dunia. Nauzubillah!
 
Allah tegur tanda Allah masih sayangkan kita. Jadi , berusahalah kearah itu.
Kasih sayang Allah sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNya yang sungguh-sungguh
ingin bertaubat ! Buat apa kita asyik fikir tentangan, celaan manusia ,
manusia sentiasa inginkan kecantikan ,keindahan. Allahu rabbi!
 
Tapi bila kite buat silap, terus rasa diri kita terlalu teruk. tapi Allah tidak begitu.
Yakinlah dengan Allah. And one thing kita nak cakap ,
siapa pun kita sebelum ini , kalau dia insan yang berpegang pada jalan Allah,
dia akan faham kita :') Malah terus membimbing kita.
Bukan asyik mengungkit kisah silam yang lalu .
 
Banyakkan berdoa ya sahabat.
Jangan putus harap dengan Allah !
 
[ ..Trust Allah..]
 
 
Reminder to me , you , and us .
 
May Allah bless. Wallahu'alam.
 
 


No comments:

Post a Comment