Thursday, 31 July 2014

PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Salam Syawal. Salam Dhuha everyone. Assalamualaikum ^^

Siapa kat sini yang rindu dengan Ramadhan? Ada takk? Mestilah ada kan,
kalau tak tu, buat-buat lah ade k, please ! Hihi.
Soo, dah kenapa ni tanye cenggitu? Ohh cenggini, kalau kita rindu bulan Ramadhan,
mai lah kita semsame puasa sunat enam di bulan syawal :')
Allah. Besar fadhilatnya ! Raya raya jugak, makan makan jugak, tak salah kita ambil puasa ni, alahai enam je pun, enam jeee :D

[ Kredit ]

Haaa! Cer bace tuh, puasa enam antara sunnah Rasulullah pada bulan Syawal ni.
Pastu sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka(pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun.
Allahu Akbar!

Mai le pakat-pakat puasa ramai-ramai. Jangan sia-siakan tauuu!
Renung-renungkan selamat beramal :')

Moga Allah redha. Wallahu'alam.

Thankyou for reading! :') 
Nah ketupat lemang rendang~~buat bebuka nanti :')

#SalamSyawal1435H#Alhamdulillah#SunnahRasulullah#KEEPPRAYFORUMMAH#

Wednesday, 30 July 2014

Alhamdulillah! Syawal kembali lagi :')

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah giving me chance to update my belog, write something here:')
Hihi, rasa lamanya lahai tinggalkan belogku sayang ini, sibuk ke? 
takpun actually cume tidak diizinkan barangkali. Baru nak berhabuk tapi saya dah mai untuk lap-lap kat sini haha. Macam tu jugak dengan diri kita, upgrade day by day okay!
insyaAllah:') Hari ini dah 3 syawal, sekejap je masa berlalu. Allah.

Balek kampung, lappy tinggal, hanya bawak ipad kepunyaan kakak bersama, kenapa tak update belog? haha. kalau nak tahu saya tak suka update belog gune selain dari lappy, because why? takpuas kalau tak guna lappy, that's all haha.

Anddd line internet dekat kampung like "sisi the put" (siput) haha. very slow and slow.
Allah. Bersabarlah dikau wahai diri haha. Padan mukaa! >_<

Dan sebenarnya rasa belum terlambat nak ucap 
Selamat Hari Raya Maaf Zahir&Batin (SHRMZB) buat seisi keluarga:')

[ Kredit ]

Bila takbir mula bergema, menandakan bermulalah bulan syawal, berlalu sudah bulan ramadhan, semoga ibadah kita di bulan ramadhan diberkati dan dirahmati olehNya. InsyaAllah:') dan keep istiqamah ya!

Bulan syawal yang mulia ini, sambutlah dengan penuh kesyukuran,kemuliaan dan kegembiraan, tanda kemenangan bagi semua umat islam yang telah sebulan berpuasa. Alhamdulillah!

Ku kirimkan salam, dan memohon ampun atas kesilapan dan kekhilafan diri. Teruskan doa buat saudara se-islam kita di sana. Al-fatihah.

Keep pray for ummah! Salam Aidilfitri 1435H
dari saya , Nur Atiqah Ibrahim buat semua kenalan ♡ 

p/s: Bagi saya raya tahun ni, saya tak dapat untuk berasa bergumbira seperti selalu walaupun tahun ini adalah tahun saya full raya with family tanpa sibuk fikir pasal studi memandangkan dua tahun lepas beturut saya raya dalam mode exam tapi suasana raya pun kurang mendapat sambutan seperti selalu. Adakah kerana Ramadhan berlalu dengan sia-sia? Atau bersimpati dengan mereka yang sedang bertarung nyawa di Palestin sana? 
Cukuplah kita berpada-pada. Tak sanggup melihat penderitaan mereka disana :'(
Allahu Allah !

Wallahu'alam. See you next entry ya.
Thank you for reading ! :')

#SalamSyawal1435H#Alhamdulillah#KEEPPRAYFORUMMAH#

Wednesday, 23 July 2014

SHS | Sayu. Hiba. Sedih |

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
 
[ Kredit ]
 
Syawal memang semakin hampir,
tetapi dalam kehampirannya itu, ada yang besar sedang meninggalkan kita.
Itulah dia Ramadhan.

 Ramadhan yang punya banyak kelebihan dan kemuliaan sedang meninggalkan kita. Tetapi dia masih lagi belum meninggalkan kita. Janganlah sesekali kita rasa ingin mempercepatkan pula perpisahan ini.

 Hayati kehadiran Ramadhan yang masih berbaki. Dengan doa, dengan mengutip apa lagi peluang yang boleh kita usahakan. Moga-moga benar kita keluar daripada Ramadhan ini dengan ketaqwaan dan mendapat keampunan.

Renung-renungkan! Moga Allah redha, wallahu'alam~
  
#30DaysOfRamadhan#Day25#Alhamdulillah#KEEPPRAYFORUMMAH#
~Menuju Lailatul Qadr~

Sunday, 20 July 2014

❤️ Program Aman Palestine ❤️

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
 
Alhamdulillah for your blessing! Thank you Allah:')
First and foremost, big thank you to my officemate, Syamimi Saufi yang iklankan about this program kat twitter, anddd i'm so hoping i can go!
Andddd alhamdulillah, my sista bring me to go this place at Bukit Mahkota,Bangi.
 
[ Kredit : Information of Programme ]
 
Drop & Shop Preloved Items with kak "Fatin Liyana a.k.a FL" for Palestine.
100% will be donated to Aqsa Syarif & Aman Palestine

Hihi, syamimi ni memang follow kak FL kat instagram dia,
so, that's why she knows about this:') Anddd saya salah seorang peminat tegar si akak comel kita ni, akak doktor, and blogger yang takputus-putus saya ikut 
the latest update hikhik. Klik this link who want to know bout this kakak http://honeykoyuki.blogspot.com/ .Bukan saja dapat membeli belah on that day, kita juga dapat membantu sedikit sebanyak untuk saudara kita di Palestin sana, insyaAllah !
 
[ Going FLCarBootSale #FreeGaza#FreePalestine ]
   
Bawak my sista and my mum hihi. Last-last banyak pulakk membeli di situ!
Ada banyak baju tshirt, blouse, jubah, tudung, shawl, baju kurung, baju melayu,
selain tu, button-button and keychain. Huh. Rambang mataaaa! ~.~
Blouse 5 ringgit, tudung 3 helai 10 ringgit, jubah/dress 10 ringgit :')
 
** Ini dia kak Fatin Liyana <3 **
 
Alahai omeyy sangat! Salu tengok dalam alam maya je, dapat rezeki jumpa depan mata.
Alhamdulillah! Siap cakap dengan my sis lagi, betul ke ni fatin liyana, 
alahai takpercaya takpercaya ( ahaha menyampah makk! ) , dapat jumpe depan mata,
dapat salam+peluk dan snap pictures hihi:')
 
[ Kredit ]
 
Program Aman Palestine ini dianjurkan oleh kak FL and her members,
semua akak ni doktor-doktor yang comel, moga menjadi doktor yang beriman,
bukan hanya mampu merawat fizikal tapi juga rohani nya. Allah.
Inilah impiann saya, tapi mungkin Allah lebih tahu yang terbaik kan :')
 
Jumpe syamimi, tyme tu baru sampai dia dah habes soppink dah hihi.
Moga dengan sedikit ini, mampu membantu mereka disana:') Nak ke sana,
mungkin belum mampu. Teruskan hulur doa buat mereka ya.
Jangan lupa! Ingatan diri saya dan semua, insyaAllah.
 
[ Kak FL and her friend ]
 
[ Thankyou so much akak-akak doctor:') ]
 
Dekat flcarbootsale ni jugak, boleh register as sukarelawan untuk bantu Gaza,
siapa-siapa yang ada Maybank and Bank Islam dialu-alukan,
every month akan menyalurkan derma buat Aqsa Syarif &
Aman Palestin at least 10 ringgit.
Mafla dijual dengan harga 25 ringgit. Sama je pergi mana-mana pun hihi:')
 
[ Kredit ]
 
They need us. They need 'dua' from us. The need support from us.
Please help them with 'dua' and 'support'.
 
InsyaAllah. May Allah ease and bless alwayss:')
Wallahu'alam.
 
#30DayOfRamadhan#Day22#Alhamdulillah#KEEPPRAYFORGAZA#
~Menuju Lailatul Qadr~
 

Saturday, 19 July 2014

Weak :'(

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Pray for me. Pray for ummah.

Be strong dear !

Wallahu'alam.

Friday, 18 July 2014

♠ Iftar Perdana With Warga Tua and Anak Yatim ♠

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
 
[ Kredit ]
 
Semalam which is 19Ramadhan, telah diadakan satu Iftar Perdana Uniten,
iftar ini turut dihadiri warga-warga uniten dan jemputan istimewa juga buat warga-warga tua dan anak-anak yatim. Pada hari itu juga mereka dihulurkan sedikit sumbangan memandangkan hari raya bakal tiba. InsyaAllah. Rasa menyampah pulak bace sebab ayat terlalu skema. Okay cukup. Hahahaha:')
 
[ Majlis Iftar Perdana 2014 ]
 
Lepas habis kerja terus stay dekat Masjid Uniten, alahai kalau dari rumah tu,
tak sempat nak bebual dah sampai keke. Dekat sangat. Huhu. Then, tunggu lah mereka sampai. Tunggu punya tunggu, sampailah adik-adik kita yang kiut miut tu :)
 
[ Alololo hensemnye berbaju melayu biru ]
 
[ Alamak lawanyaa berbaju kurung biru ]
  
Hihi, okay ini half je antara mereka, nak masuk semua takmuat ler camera.
Rasanya sejak cuti ni, jadi photographer takberbayar haha sokay:)
 
Selingan antara kami yang bertugas pada hari itu, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Syukur:')
 
[ Senyum sokmo ]
 
Okay. My adik which is Tuah, aduhai nak manja-manja gedik-gedik pulak dengan kita,
hihi comel lah. Banyak betul gambar dia, taklarat taklarat hihi.
 
[ Hensem boy, Tuah ]
 
[ Bergambar nombor satu budak kecik nih ]
  
Warga tua takramai pun, ada lima orang je. Kira ibu tunggal macam tu lah.
Masing-masing datang dengan family mereka. Ada seorang makcik tu dia cacat penglihatan, sedih rasa hati ni, tapi dia tetap kuat dan gagah.
Jadi kita yang sempurna ini bagaimana? Tepuk hati tanya iman~
 
Rezeki saya dapat iftar satu meja dengan makcik-makcik ni :')
Pengalaman yang sangat manis, Alhamdulillah!
 
[ Warga tua, tapi takdapat ambil gambar semua ]
 
Selepas mereka (anak-anak yatim) terima sumbangan, mereka berada dipentas untuk sesi bergambar sekejap. Ha! Kite pun menyelit lah dekat depan nak snap jugakkk. Haha.
 
[ Anak-anak yatim dari Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi ]
 
Seronok lah apabila tengok mereka berbuka sama-sama. Main sama-sama.
Orang yang menjaga mereka jugak baik-baik, moga Allah sahaja mampu membalas jasa mereka. Allahu. Kadang-kadang kita yang berfamily ini pun takdapat luang masa sepenuhnya bersama kan? Allah.
 
[ Afiqah and Fitri ]
 
[ Kiut miut hihi ]
 
Selain iftar, sampaikan sumbangan, kita ada jugak nasyeed dari kumpulan pelajar-pelajar.
Andddd the last before mereka pulang !
 
[ Jaga diri ya adik-adik sayanggggg ]
 
Alhamdulillah for giving chance spent time with them, such a very wonderful day:')
Thank you Allah for your blessing!
Semoga sentiasa menjadi hamba yang bersyukur ya. Ameen.
 
Itu sahaja. Wallahu'alam.

 
 


Al-Fatihah Buat Pesawat MH17

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
  
Alhamdulillah, still alive:') Awal-awal pagi lagi harini, saya dikejutkan dengan satu text dari seorang sahabat yang menyentuh isu pesawat MH17 terhempas disebabkan peluru berpandu. Dengan blurrnya, ha apakah ini? Letak phone jauh-jauh dulu. Sebab tyme ni tak faham apa yang berlaku malam tadi. Then, bila pagi bukak tv, tengok lah berita pasal ini.
So, baru tahu and faham. Allah, sangat ketinggalan zaman wahai diri. Heh!
  
Macam-macam terbayang dalam kepala. Peluru, tembak-tembak?
Teringat terus Israel-Palestin. You know right about that? Boleh saya fikir, mungkin Israel nak buat serangan udara, then tersalah tembak kena pulak kapal terbang MAS.
Masa ni berfikiran taktahu cerita sebenar. Bila baca surat khabar,barulah faham sikit.
  
Saya fikir, dalam kehidupan kita tiada yang kebetulan, semua yang berlaku dah pun ditulis oleh-Nya. Andddd everything happens with a reason! Jangan lah kita nak salah-salahkan orang lain, itu ini lah, kalau Allah dah takdirkan semua ini, siapa kita nak melawan Dia?
Muhasabah.
  
Selalu pujuk diri, anggaplah ujian yang Allah bagi dekat kita terlalu sikit nak dibandingkan dengan rahmat dan kasih sayang-Nya. Terlalu luas:')
  
Belum selesai kehilangan MH370, datang pula ujian buat kita dengan MH17,
berbalik pada diri, mungkin ini juga teguran daripada Allah untuk negara kita,
negara luar sana sering diuji dan mereka mampu menjadi hebat, jadi kita juga perlu menjadi hebat seperti mereka !
 
[ Kredit ]
 
Al-fatihah buat pesawat MH17, semoga keluarga-keluarga pesawat dan anak-anak kapal tetap tabah di atas dugaan ini lebih-lebih lagi dalam Ramadhan ini.
Jangan terus-menerus bersedih dan melawan takdir, sebaliknya berbalik lah pada Pencipta mohon doa dari Dia. Setiap yang berlaku ada hikmahnya:')
  
Saya disini turut berasa sayu dan hiba. Hanya mampu hulurkan doa.
Moga Allah redha.
  
Wallahu'alam. 
 
#30DaysOfRamadhan#Day20#Alhamdulillah#KEEPPRAYFORGAZAMH370MH17#
 


Tuesday, 15 July 2014

Buka Mata,Celikkan Imaan,Muhasabahkan Hati

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah. Harini Allah beri kita semua bertemu dengan nuzul al-Quran,
dimana turunnya al-Quran, kitab yang mulia dibulan yang mulia ini, Alhamdulillah:')

Okay actually tetiba rasa nak share something yang sangat membuatkan saya tersentak,
terkelu seketika bila mana terbaca satu message yang masuk di 
'WhatsApp' empunya kakak saya. Share about Israel-Palestin.

[ Kredit ]

Mungkin gambar buah apple yang saya 'kredit' kan itu boleh disamakan dengan kita dan mereka di Palestin sana. Kita di Malaysia yang mampu tersenyum, tapi mereka disana berdukacita dengan kehilangan insan-insan tersayang, tapi lebih ramai antara mereka yang tersenyum kerana berjaya berjihad memperjuangkan syahid dijalan Allah serta menyelamatkan masjid al-Aqsa di Palestin, betapa hebat iman mereka. Allahu Akbar !

Saya kagum dengan mereka, begitu juga anda kan?
Tapi saya rasa saya belum cukup kuat untuk berada ditempat mereka, ya Allah betapa lemahnya hamba disisi-Mu wahai Allah. Mereka disana tidak pernah menunjukkan ketakutan sebaliknya sentiasa mempertahankan demi agama Islam. Terbukti mereka tidak takut selain Allah. Allahu. Hinanya diri ini. Hanya mampu tembakkan doa buat mereka disana, tidak mampu mengangkat senjata atau berperang seperti mereka memandangkan saya juga seorang wanita biasa... T.T

Okay okay berbalik pada something yang sebenarnya saya mahu kongsikan pada semua. Mari sama-sama kita buka mata, celikkan imaan, muhasabahkan hati :')

KENAPA ISRAEL TIDAK MENYERANG MALAYSIA SEDANGKAN 
MALAYSIA JUGA NEGARA ISLAM?

Tersentak terbatuk-batuk saya dibuatnya. Mana taknya, Malaysia? Tempat yang saya duduk sekarang ini? Tidak terbayang dek kepala ini. Allah. Kenapa wahai diri? Takutkah?
Dimana letaknya Allah dihatimu, Dimana letaknya agama Islam disisimu?
**seperti peluru tembak cucuk-cucuk dalam diri. Padan muka!**

Ada yang bertanya kepada yahudi yang berbunyi seperti ini: 
"Kamu benci Malaysia kerana penduduknya kebanyakannya Islam tetapi mengapa kamu tidak memerangi Malaysia, kenapa kamu perangi Palestin ?"

Kemudian yahudi menjawab:
"Kerana rakyat Malaysia permulaan lagi sudah kalah. Aku baru dirikan McD dan starbucks sebagai eksperimen, ternyata ramai rakyat Malaysia menyukai buatanku, lalu untuk apa aku perangi mereka yang lemah itu ? Lebih baik aku perangi Palestin, kerana mereka kuat dan tidak mudah terpedaya."
 
 
Allah. Lepas baca message ini, saya terdiam lama. Lama jugakkkk.
Membuatkan otak saya melayang berfikir . Betul juga apa yang orang yahudi katakan, ia tidak dinafikan, memang fakta pun bukan auta. Banyak yang di Malaysia ini kepunyaan orang yahudi, lebih-lebih lagi makanan yang dekat dengan kita. Saya sendiri akui , saya pernah dan mungkin selalu makan itu semua. Ya Allah sedihnya. Berdosanya T.T
 
 
Semua itu seolah-olah kita membantu pihak Israel membeli barangan mereka. 
Jadi mari kita muhasabah diri, berapa ringgit yang kita mahu sumbang untuk Zionis?
Berapa ringgit yang kita mahu sumbang untuk membeli peluru dan bom yang membunuh rakyat Palestin? Sedangkan saudara se-Islam kita dalam sengsara disana. Allah.
Apa yang boleh kita buat sekarang, berhati-hati dalam pemakanan, kalau boleh hindar, hindarkanlah segala yang syubhah (ragu-ragu) , pilihlah yang halal dan jauhilah yang haram.
 
 
Marilah kita semua cuba perlahan-lahan jika tidak mampu secara drastik. Tapi jangan sesekali ambil mudah ! Boikot atau tidak itu hak masing-masing. Saya takpernah memaksa sebab saya takut jika saya sendiri tersungkur. Minta dijauhkan.

[ Luangkan masa fikir masalah umat Islam ]

[ Sabar ya baby sayang, syurga pasti buat ayahmu insyaAllah ]

[ Melihat anak-anak kehilangan ibu dan ayah mereka ]

Allah. Sedih. Saya taksanggup melihat merata-rata tempat mengenai isu ini, sebak melihat anak-anak kecil jadi mangsa tawanan, wanita-wanita, terus memikirkan betapa hebatnya mereka, betapa lemahnya diri ini? Allah. Muhasabah diri seketika.
 
 
InsyaAllah, oneday Palestine will be free. Janji Allah itu pasti,
disetiap kesusahan ada kemudahan. Kemudahan itu mesti dilalui dengan perjuangan dan pengorbanan. Boleh jadikan semangat, pengajaran dan tauladan dalam diri kita ya.
Jangan pernah give up dalam hidup. Umat Islam harus hebat dan mantaaapppp !

[ Kredit ]

Sampai disini sahaja. Moga Allah redha.
Wallahu'alam:')

#30DaysOfRamadhan#Day17#Alhamdulillah#KEEPPRAYFORGAZA#SalamNuzulQuran#


Monday, 14 July 2014

Refleksi Diri

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
 
[ Kredit ]
 
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk mengecapi kehidupan harini.
Pantas masa berlalu dek guruh dan kilat (amboi hiperbolanya...) , tinggal separuh ramadhan lagiii, jika ramadhan kali ini tidak bererti bagi kita,
mampukah kita yakin kita akan berjumpanya tahun hadapan? Allah.
Refleksi diri seketika.
 
Mesti semua kat luar sibuk membuat sedikit-sedikit persiapan memandangkan syawal bakal tiba, hari kemenangan bagi mereka yang berpuasa. Allahu Akbar!
Tapi bagi mereka yang mensia-siakan Ramadhan ini, mungkin tidak berasa bahagia sepertimana mereka yang bersungguh-sungguh. Kan?
 
Pergi beli barang kat sana sini pun lagu raya dimainkan, dicorong-corong radio,
di dalam kereta (herher..), tidak salah tapi cukuplah berpada-pada.
 Tak sedihkah kita bulan yang mulia penuh barakah ini bakal berlalu? Tahun akan datang belum pasti lagi bertemu dengan Mr Ramadhan. Ye dok?
 
Ya Allah..
Ya Rahman...
Ya Rahim.....
 
Gagahkan kami menerusi tarbiyah dalam diri, sering pun kami selalu tersungkur,
Allah. Kenapaaa?
 
Setelah engkau jatuh, engkau tidak mahu bangkit!
Sekalipun kau bangkit, langkahmu tidak kau utuhkan seperti dulu..
Jasad bergerak... fikiran melayang ......
kenapa harus kau fikirkan?
Biarkan masa berputar....
Biarkan Allah yang menentu segala...
Yakinlah...
Saat ini Allah sedang memandang ke arahmu...
melihatmu dengan kasih sayang..
lalu berkata:
 
"Duhai hambaku, aku sedikitpun tidak mahu menzalimimu, bahkan aku hanya memberi sekelumit ujian padamu sebagai tanda kasihku padaMu, bukankah aku ada bersamamu duhai hambaku? Bukankah aku ada bersamamu? ... Dengan ujian, engkau dapat berbicara denganku...dengan ujian, kau menjadi orang yang sabar yang dicintai olehku..."
 
Nanges.
 
***************************************
 
Baiknya Allah, tapi aku sendiri selalu lalai dan lupa.
 
Keep strong, don't ever ever give up dear:')
 
[ Kredit ]
 
May Allah bless. Wallahu'alam.
 
#30DaysOfRamadhan#Day16#Alhamdulillah#KEEPPRAYFORGAZA#




Sunday, 13 July 2014

Sunday with Anak-anak yatim Al-Kausar,Bangi :')

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
 
Alhamdulillah for blessing today! With them, very nice:')
Terubat rindu bila dapat gather dengan mereka, last jadi volunteer untuk jadi akak-akak pada adik-adik kita masa sekolah menengah dulu. Dan Alhamdulillah harini 13 July 2014 bersamaan 15 Ramadhan diberi peluang lagi bersama adik-adik dari Rumah Bakti Al-Kausar, Bandar Baru Bangi. Allah. Satu nikmat yang besar bagi sayaa! =)
 
[ Kredit ]
 
Actually program ni under tempat kerja kakak which is department marketing and communications, tapi disebabkan mereka kekurangan kakitangan, saya dengan berlapang dada untuk menjadi volunteer hihi, apa salahnya mengisi masa lapang:')
Dan saya terasa begitu muda apabila bersama kakak saya dan kawan-kawan nya. Hoho.
Okay itu perasan. Enoughhh hihi.
 
[ Officemates kakak saya hihi ]
 
Awal pagi lagi kami bertolak ke Mydin Mall,USJ. Eh untuk apa?
Okay, untuk bawak adik-adik kita pergi shopping raya, memandangkan hari raya pun tidak lama lagi bakal menjelma:') Happy tengok mereka seronok, dan sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita miliki, berbanding mereka. Muhasabah.
 
[ Kredit : This pic after shopping:') ]
 
Okay setiap antara kami, ada anak masing-masing ecece, tapi bagi saya bukanlah anak memandangkan diri ini muda keke, saya anggap mereka macam adik-adik saya sendiri.
Comel-comel semuanya. Ada jugak yang besar lagi dari saya, tapi umur tetap kecik jugak dari saya hoho.
 
Rezeki saya dapat jaga si budak ini yang paling kecil, yang paling omeyy hihi.
Namanya Tuah. 5tahun,tapi badannya kecil saja. Dia datangnya dari Kemboja. Tahu tak , dia takfaham berbahasa melayu ataupun inggeris, aduhai gimana mau ngomong sama dia nih? Blurrrrr. Sebab apa yang saya cakap konfem dia takfaham haha. 
Dia cakap saya pulak yang takfaham.
Last-last saya suruh dia tunjuk mana yang berkenan. Lasak, boleh main lari-lari bawah baju. Huhu. But, very nice :') I'm also pity with him, kecil-kecil lagi dah... T.T
 
[ Adik Tuah sayangggg ]

Memandangkan dia paling kecil , dan paling baru dekat rumah bakti tu (baru sebulan), jadi barang dia lah jugak paling banyakkk. Sedih rasa, Allah.
Nasib la kecik, boleh la dukung sana dukung sini keke:')
 
[ Kak Ezan and him ]

[ Yessss akhirnya dapat snap gambar dia senyummmmm ]
 
Hihi. Ofcoz gambar budak nih banyak sebab dia my adikkkk. So takbanyak nak amek dengan yang lain memandangkan takboleh nak lepas pandang dengan si budak kecik nih, nanti lesap terus keke. So, sokmo dengan dia:')
 
[ Keletihan ]
 
[ Alololo penat sangat ni, puasa kan hihi ]
 
[ Sementara menunggu rakan-rakan lain ]
 
Semoga adik-adik kita bahagia. Ramai yang menyayangi kalian,
dan kami turut menyayangi kamu. Semoga Ramadhan dan Syawal tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya. Jangan putus asa dengan kehidupan, sesungguhnya dunia ini hanya sementara, akhirat sana kekal selamanya. Bersyukur dengan apa yang ada ya sayanggggg!
 
InsyaAllah, kita bertemu lagi khamis ini, kita iftar sama-sama kat masjid uniten ya,
Nanti kita amek gambar sesama lagi hihi.
 
With lots of love from us,
[ Kredit: termasuk photographer sekali okayyy hihi ]
 
May Allah bless, wallahu'alam:')
 
#30DaysOfRamadhan#Day15#Alhamdulillah#KEEPPRAYFORGAZA#

 

Friday, 11 July 2014

Bahaya Nafsu !

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
 
Alhamdulillah still meet Jumaat, full of Barakah. InsyaAllah , hope so:')
Macam semua orang tahu , means saya , awak yang sudi entry my blog (eheh mekaseh so much much more..kalau takde tu belakang kire haha),and kite semua ..
 
Ramadhan kita ada tiga fasa. Fasa pertama ialah rahmat (telah pun berlalu)..moga kita semua dipayungi Rahmat-Nya. InsyaAllah!
Fasa kedua ialah keampunan which is sekarang. Mohon ampun banyak-banyak pada Allah.. and the last Fasa ketiga ialah fasa pembebasan dari api neraka. SubhanAllah !
 
[ Kredit ]
 
Back to my title above, Bahaya Nafsu? Erghhhhhh but what and whyyyy!
Okayy, actually nafsu terbahagi kepada banyakkk. Jangan fikir dalam satu skop je,please.
 
Allah. Ramadhan kareem, syaitan , iblis and something like that semuanya dibelenggu,
diikat buat seketika. Jadi, kalau membuatkan kita malas, masih tetap melakukan kemungkaran, adakah sebab apa? Kalau bukan godaan syaitan?
Yes, it is called nafsu. Berat jugakk nak jaga nafsu nih kan? Allahu~
 
Contohnya lah kan, awal-awal ramadhan kita semangat, sungguh-sungguh dalam melakukan amal ibadah, lama-lama rasa macam berkurang, selalunya kita mesti berusaha untuk meningkatkannya dari hari ke hari.. tapi jadi sebaliknya pulakk!(hope taklah..)
Ini semua nafsu! Nafsu malas. Allah.
 
[ Kredit: Mujahadah melawan nafsu! Ayuhhh! ]
 
Tetapi... bila satu hari kita rasa macam ya Allah..aku rasa macam jauh dengan Allah,
selalunya aku buat itu buat ini, tapi harini macam makin ditinggal-tinggalkan amalan yang kita selalu buat, tapi mengapa? Ramadhan terlalu letih ke sampai takmampu buat semua itu? Allah. Patutnya bulan ini kita manfaatkan, berlipat-lipat lagi gandanya!
 
Bulan Ramadhan lah semua orang berebut-rebut melakukannya right?
Bulan ramadhan ni bulan untuk tarbiyah diri sebab nya kita terlepas dari gangguan syaitan,iblis and so on, kita kena lawan sikit dengan nafsu..Herghhhhhhh!
 
But selagi ada masa, ia belum terlambat! Cepat-cepat la mohon ampun pada Allah,
lagi-lagi sekarang ni dalam fasa keampunan. InsyaAllah,keampunan Allah sangat luas:')
Kita ni semua sama, manusia dan hamba kepada Allah, kesilapan itu tidak akan terlepas sebab kita bukan maksum. Jadi, jangan malu untuk berubah..
(ingatan diri saya sendiri..)
 
Nafsu makan minum mungkin Alhamdulillah masih terkawal,
tapi nafsu lain? macam nafsu marah-marah, nafsu malas and whatever nafsu yakin terkawal ke? Jujur, saya rasa diri saya sendiri pun payah nak kawal,
tapi seriusly kita takboleh nak manja-manjakan nafsu, nanti dia mulalah merebak-rebak.
Allahu Allah!
 
[ Kredit ]
 
"Nafsu seperti budak kecil menyusu. Jika engkau biarkan, dia akan terus menyusu hingga dewasa. Namun jika engkau paksa, dia boleh terpisah daripada susuan. Paksa diri untuk berubah."
|Imam al-Busiri|
 
 
May Allah bless. Wallahu'alam:')
 
#30DaysOfRamadhan#Day13#Alhamdulillah#KEEPPRAYFORGAZA#