Saturday, 5 July 2014

- Kita tidak berseorangan -

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

[ Kredit ]

Alhamdulillah, harini solat terawih berjemaah dirumah sahaja. Hee.
Tak semestinya di masjid kan? Rasanya dah lama tak solat terawih berjemaah bersama 
keluarga kat rumah waktu Ramadhan nih , last waktu saya sekolah rendah.
Seriusly ! Ye lah, sebab bila dah masuk sekolah menengah saya dah duk asrama, then sambung matriks pulak , takdapat nikmati saat-saat Ramadhan kat rumah kan.
Huhu. Sebab selalu nya solat berjemaah di masjid atau surau.

Tapi gegerl-gegerl je lah , laki-laki lebih baik lah di surau atau masjid.
Along jadi imam ( kasik yang lebih tua lah semestinyer hehe..) and first time
saya jadi bilal harini untuk terawih. Alhamdulillah, actually takpernah.
Seriusly ! :')

Anak-anak buah turut serta. Tersesat pulak seorang anak buah lelaki
yang berumur 8tahun, yang pelik takmau ikut ayahnya ke surau. Anak mak sungguh
haha. Rasa nak gelak, nak marah pun ade tengok gelagat mereka.
Hmm. Kelemahan nya kalau buat dekat rumah , budak-budak ni dan dan pulak
"Alamak, terkentut la, nak pergi amek wuduk" ..Haha bila pikiaq macam nak mengelat je kan haha. ya ampun, think positive please keke. Bila orang tengah bace doa,
 die boleh bual-bual kat belakang.
Sabar jelah. Hmmm. Lepas tu, si Angah ni liat nak suruh solat witir , dia kate
"Mama kate takbuat pun takpe". Adehh, ade je jawapan die.
Naseb kecik , dimaafkan huh !

Rindu saat itu . Mungkin dapat bila semua berkumpul . 
Boleh lah buat macam weekend-weekend nih ! Eratkan lagi ukhwah antara family.
InsyaAllah:')

****************

Okay. Actually rasa buntu nak tulis apa untuk entry nih ,
rasa ingin ambil sedikit masa dan ruang untuk mengembalikan kekuatan diri ,
rasa takut untuk menyampaikan sesuatu , rasa sayu,
ya Allah , mengapa wahai hati ?

Kita semua sama , takde yang lebih , takde yang kurang,
jangan terus menghukum diri kita , bagi peluang untuk diri kita memperbaikinya,
jangan risau , kita tidak berseorangan, Allah tu sentiasa ada:')
Terima atau tidak , itu urusan Dia, bukan urusan kita. Yang pentinggg ,
kita sebagai hamba mampu berusaha , berdoa dan bertawakal.

[ Kredit: Alamak, tetibe rindu meja studi kat kmpk uhuk uhuk ]

Hidup ini adalah satu perjuangan dan pengorbanan,
jangan give up selagi masih diberi waktu!
Semoga Allah sentiasa membantu diri saya , awak dan semua.
InsyaAllah:') ~~ Jom minum cendol. Hee.

Moga Allah redha. Wallahu'alam.

#30DaysOfRamadhan#Day7#Alhamdulillah#


No comments:

Post a Comment