Tuesday, 26 August 2014

Put your trust only on Allah !

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

First of all, nothing to say unless Alhamdulillah , thank you Allah for Your blessing :')
Actually minggu nih la minggu yang paling sibuk , minggu yang penuh kelam kabut , minggu stress sebab nak siapkan segala dokumen, borang-borang untuk masuk uni.
Phew phew ! Diri sendiri jugakkkk rasa resah gelisah selagi belum tiba hari pendaftaran,
sebab kan, selagi belum daftar , selagi tu la ada je benda yang belum settle.
Allah. Aku banyak sangat mengeluh, ya Allah maafkan aku T.T

Mana taknya kena buat itu ini dalam jangka masa yang sangat 'short' ,
ya bayangkanlah dengan nak apply scholarship lah pinjaman lah , semua tuh nak kan cop pengesahan orang yang tertentu , ya ya sabar sabar .

Tapi semua ini mengajar aku ..
'dimana aku letakkan erti sabar' 
'dimana aku letak erti siapa usaha dia pasti akan dapat'
'dimana aku letak tanpa kesusahan mana datangnya kebahagiaan'
dimana?
dimana?
Perghhh ! Gedebuk sekali tembak diri sendiri. Padan muka.

Benar, ini baru sedikit nak banding nikmat yang Allah bagi kat kita ,
semudah ini kah kita ingin berputus asa ?
semudah ini kah kita nak kata 'Allah tak tolong aku'
semudah ini kah kita nak melenting tak tentu arah ?
semudah itu kah ?

Sabarlah wahai diri , setiap kesulitan pasti ada jalan penyelesaiannya ,
ingat selalu kita ada 'Allah' . Doa minta dipermudahkan segala urusan. Boleh?
Kita sama-sama usaha yukk mihmih :')

Aku rasa prejudis kalau takdapat bantu seorang sahabat ini yang punya masalah.
Ye la, sibuk uruskan hal peribadi sampai takde mase untuk bantu kawan,
maafkan aku sahabat, aku juga serabut memikirkan semua ini.

Kat sini atiqah ada nak kongsikan pada 'sahabat' :

Pertanyaannya berbunyik cenggini :

1) Hmm atiqah , boleh ke kita further studi dengan apa yang kita buat nih ??

2) Sebab mostly my course pada subjek yang pada awalnya kita tak pernah ambil pun .
Risiko nya ?

3) Lagi-lagi my first year kena hadap semua nih . Kita dah rasa lemah :'(

 ***********************************

Okayy . Mihmih atiqah bagi opinion sikit . Tapi maaf kalau tak membantu.
Ini kita ambil pengalaman dari diri kita sendiri :')
i gabungkan pertanyaan itu dalam satu kertas jawapan okay. Lets read :D

Memang sukar nak terima and jawab soalan nih. Sebab yela kalau kena kat myself pun terfikir benda yang sama. Boleh ke tak boleh ke tak ? Tapi sampai kesudah kita takkan tau selagi 'kita' sendiri belum melaluinya. Ya surely! Sebab every person tuh Allah cipta berbeza-beza dari segi kelebihan dan kelemahan. Means Budak A pandai math tapi kurang chemistry , Budak B pergh hebat chemistry tapi math hancuss . Okay nih contohh je.
So see , sama-sama punya kelebihan dan kelemahan.

Firstly apa-apa pun betulkan niat kita belajar kerana 'apa' ? sebab nak score full mark sokmo ke, sebab nanti besar nak kerjaya hebat-hebat ke? okay mungkin kita akan dapat , tapi redha Allah yang sepatutnya kita kejar , berjayakah kita ? So, niat mesti betul kita menuntut ilmu kerana Allah :')

InsyaAllah bila kita niat betul , kadang-kadang yang sukar pun menjadi mudah.
Tapi kena yakinlah dengan Allah . Jangan ragu-ragu . Kalau kita sendiri ragu-ragu , Allah pun jadi ragu-ragu nak bagi ke tak dekat kita . Okay ?

So belajar je benda baru , and fokus dari awal , jangan main-main , nanti nak exam baru lintang pukang carik note, buku segala bagai , okay tyme tu tahap stress memang overload lah. Orang nak gurau-gurau ngan kita pun dah takboleh . Hehehehe. 
Pengalaman , ha i macam tu jugak lah naseb la sapa yang kena. Maap yaaa :')

So set mind positive tu 'sangat' penting. Buang jauh-jauh negative thinking tuh. Apa orang nak kata pun biaq pi lah ahahaha. Kita buat apa yang kita suka okay ?
Kalau orang boleh , kenapa AKU TAK BOLEH ? Mesti boleh , kena usaha lah sikit .

Janganlah rasa lemah, means kita dah mula give up. Memang bila rasa takmampu kita akan senang-senang give up, akui diri saya juga begitu , tapi cuba kita 'create'kan satu semangat dan azam untuk belaja something yang baru . InsyaAllah takde hal punya . Tu yang kita cakap yang most 'important' adalah niat . Kalau niat kita baik , Allah mesti mudahkan.

Sebab bila Dia dah aturkan kita dengan course begitu , mesti ada hikmah kan?
Okay back to myself, sejujurnya memang dari dulu berat sangat hati nak bawak engineering nih, sebab memang takfaham satu hape pun , engineering nih kerja apa?blablabla. Just only know word 'ENGINEERING' okay fullstop. so inilah yang terjadi harini? sukar jugak nak terima , cita-cita yang takpernah wujud tapi sekarang barulah nak memujuk hati untuk mencari cita-cita baru. Risau? Takut ? Ada semua rasa sekarang . Tapi watlek watpeace je kenkonon dengan penuh hati terima this course. Ya sebab atiqah pun dah takdak choice lain. Ikut sajalah. Rencana Allah tu kan cantik dan hebat ! :D YAKINLAH!

****************************
Inilah sedikit sebanyak yang kita dapat bantu , nak banyak-banyak memang takreti,
kena tanya kaunseling lah kot hihi.
Dapat sikit pun jadilah , tapi kalau baik tu boleh la fikir-fikir, tapi kalau tahpape ke abaikan jela eh hihihii.

Jangan sesedih k. Allah knows everything.
Yakinlah dengan Dia! Bergantung haraplah sepenuhnya pada Dia.
Sekalipun Dia uji kita , pujuklah diri semua ini 'pasti' ada sebab dan hikmah.
Memang susah. Tapi cuba dan terus mencuba. Okay ?

Senyum sikit =)  Mihmih .

Sampai disini sahaja untuk entry kali ini. 
Ampun maaf dipinta kerana tidak dapat diselitkan gambar-gambar untuk tatapan.
Bacalah puas-puas dengan tulisan yang banyakkk.

Moga Allah redha ❤️ ❤️ 


Sunday, 24 August 2014

Pengalaman yay !

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah for giving chance to update this blog. Hayya manyak susah mau update 
akhir-akhir nih. Ampun maaf dipinta dari hujung rambut hingga hujung kaki ya, alang-alang syawal pun bakal sampai penghujung apa salahnya amalan memohon maaf tetap diteruskan. Haha. Okay berbalik pada topic sebenarnya lah, tak usah merepek-repek :')

[ Kredit ]

Pengalaman? Pengalaman apa? Kan begitu general lah this topic kehkeh.
Pengalaman bekerja lah, ini kali pertama tau cari pengalaman , sebelum nih lepas spm dolu-dolu mana ade kerja, kerjanya menanam anggur sahaja dirumah, tapi taktahu apa hasilnya ekeke. Lagipun dulu sibuk buat lesen kereta so..
'TER'memalaskan diri nak kerja, okayyy.

Then, memang dah pasang niat before final exam lagi, okayy cuti nanti nak kerja lah,
dah puas cuti dah dulu lepas spm so sekarang kerja kerja. Haha.
Kira-kira sebulan jugaklah menikmati cuti sepenuhnya dirumah then starting june masuklah bekerja sebagai staff sambilan di uniten, yay! Alhamdulillah.

Banyak jugaklah liku-liku kehidupan sebagai pekerja yang dilalui. Pergh pergh 
kadang-kadang rasa stressnya kerja, baik aku belaja, bermonolog sendirian haha. 
Seriuslah, kalau diberi pilihan kerja or belaja,
i akan pilih belaja lah. Hmm hmmmm. 
But everything going well, biasalah kerja di usia muda nih banyak ragamnyaaa hiks.

[ Inilah mimi syafi :') ]

i dapat kawan baru since lapor diri hari pertama lagi. Nama dia Syamimi Saufi. 
Just call her mimi. She comes from Perak, dimana letaknya matrikulasiku dulu ececehh jejak kasih le pulaks. Then dia habak ke kita dulu dia matrikulasi melaka, alahai dimana letaknya kampungku. Okay disini nampak tak persamaan antara kami :')

Kenal, rapat sampai lah ke harini. Hihi. Alhamdulillah, banyak yang kami belajar.
InsyaAllah lepas nih dia akan sambung studi kat upm ni je, alahai so dekat dengan my rumah. Hmm, rasa tak adil tau i kena pergi jauh-jauh sobsobss :'(
Tapi kami dibawah 'main course' yang sama which is Engineering but she takes civil, 
i pulak electrical. Hurghhh! May Allah ease our journey , ameen !

[ With mimi and kak pika ]

Okay this kakak ialah my partner dalam ofis hihi. Walaupun dia baru, tapi kami cepat mesra, yep really sad jugak nak tinggalkan dia sorang-sorang kat ofis, but terpaksa, 
sorry akak :'( tapi akak jangan risau, dulu kite pun rasa same macam akak, 
student-student ramai yang akan datang berkunjung kat department kite tuh, mereka semua baik-baik , cuma most yang international tuh kena speaking lah sikit eheh.  
 sebab dorang takfaham bahasa melayu haha. but sokay english broken pun takpe what, 
janji dia faham apa yang kita nak sampaikan =)
[ Inilah kak pika :') ]

Kami bertiga rapat. Makan sama-sama, borak sama-sama,
rindu, yep rindu. walaupun hanya 3bulan kami kenal, rasa sayu jugak nak berpisah.
ya Allah moga ukhwah ini tidak terhenti takat nih, moga kekal hingga ke syurga!
Ameen ya Allah.

Until here for this entry okay.
This week much things need to do, packing , packing and complete all.
May Allah ease:')

Memory June-August 2014 ❤️

Thanks for reading!


Monday, 18 August 2014

Thank you Allah :')

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah for today:') Terlalu banyak nikmat yang Kau beri pinjam,
jadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur ya Allah, jauhkan sesekali dari kufur.
Nauzubillah! Okay lastweek upu usm dah keluaq , masing-masing dah tahu kemana haluan masing-masing kan?

[ Kredit ]

 Dapat? Bersyukurlah. 
Tapi, dapat bukan yang kita minta pun ! Bersyukurlah.
Lihat bagaimana mereka yang kurang bernasib baik, masih tidak diberi tempat untuk menyambung pengajian, apa perasaan mereka? Allah :'(

Bersyukurlah walau apa pun. Dapat ke. Atau even dapat course yang biase-biase,
like orang kate 'course lelong' . At least dapat , kat mana-mana, course apa-apa pun tak kisahlah. Rezeki dapat sambung studi pun dah cukup alhamdulillah!

Belajar untuk sentiasa bersyukur. Bila kita bersyukur, Allah akan tingkatkan lagi nikmat buat hambaNya tau. Kalau kita dapat tapi riyak heboh sana sini, apa guna ?
Macam tu Allah nak tambah lagi ? Kalau tambah pun maknanya Allah nak sesatkan lagi kita, means Allah dah taknak pedulikan kita. Bahasa arab panggil 'Istidraj'. Ya.
So please. Mind set positive and belajar bersyukur yuk ! :')

Okay i nak share bout my life and my journey. Dolu-dolu, i teringin nak jadi seorang 'dokter' tau ! Pegi mana-mana, siapa-siapa tanye , "ni nak jadi apa besar nanti?"
Tiada jawapan lain selain "saya nak jadi dokter". Ya dokter!

Sampai lah habis SPM sekali pun, dapat results, subjek Biology pulakk tu buat kantoi!
Kan? Nak jadi dokter biology lah kena paling strong. Okay kat sini Allah dah tunjuk, mungkin dokter bukan terbaik untuk aku! Tapi dengan kedegilan kemengada-ngadaan aku mostly apply upu ke arah course itu like medicine, dentist, sains kesihatan, and seangkatan dengannya lah. So at last, aku tak ditawarkan ke mana-mana u. Masuklah wahai diri ke matrikulasi terchenta hahaha. Padan muka !! >_<

Sedih? Hanya Allah yang tahu. Mereka yang results biase-biase pulak yang dapat u.
Kat sini kita boleh lihatkan, betapa Allah itu Maha Berkuasa. Kalau Dia nak bagi, Dia bagi tak kira pada sesiapa atau siapakah dia . Allah.
Jangan mengeluh, merungut rezeki kita dengan rezeki orang lain berbeza,
itu kerja Allah. Setiap ketentuan itu ada kelemahan dan kebaikan buat seseorang.
Dushdushdush. **Brainwash sikit**

Masuk matrikulasi terchenta dapat pulak sains fizik, maknanya dengan rasminya say bye bye to biology. Ya Allah, cita-cita aku akan ikut terkubur?

Ramai yang tanya: 
"atiqah kenapa takmintak tukar module?"

Aku jawab: 
"takpelah,aku flow je apa yang dah ditentukan.Mungkin ini yang terbaik,lagipun aku sendiri takpasti kelebihan aku ke arah apa."

Haha see! Keyakinan untuk jadi dokter pun tak hade, hanya kata-kata,
begitu mudah? Dan sehinggalah harini aku bahagia belajar fizik tanpa biology. Maklumlah malas membaca ekekeke. Alhamdulillah, perancangan Allah memang hebat!
Sebab tu, apa-apa yang kita dapat , jangan cepat melenting, just accept and ikut je flow dia, mungkin ada 'hikmahnya' selepas itu kan, alahai minat boleh dipupuk dear,
insyaAllah! :')

So sekarang, i get two offer , two differents university but both
 same course which is 'Electrical Engineering' . Alhamdulillah!
So which one you prefer? Haha, ikutkan nak pegi dua dua sebab dua dua best , tapi kena decide satu je dan insyaAllah ke Utm,Johor le kite mihmih :')

Electrical Engineering? Weird bagi i sebab arghhhhhhhh ni course keabang-abangan,
alahai , but i try to find positive support and explanation from senior-senior.
Alhamdulillah for the support! Please lah jangan down kan seseorang, apalah salahnya kita bagi support dan semangat kat dia. Lagipun bukan dia minat, tapi dah dapat.
Rezeki, dan Allah lebih tahu daripada kita sendiri. Kasi redahhhhhhhhhhh!
Hihi. **Terjadi  pada diri saya sekali. Doakan saya everybody**

And responsible tuk kita, please focus on ur studi hiksss.
First thing first! Gudluck everyone!
Betulkan niat kita studi kerana Allah. Allahu Akbar.

Sekian untuk harini, moga bertemu jodoh di entry yang lain insyaAllah:')
Wallahu'alam. Moga Allah redha.

#MOODRAYALAGI#PREPARATIONREFRESHMIND#KEEPPRAYFORUMMAH#


Monday, 11 August 2014

BAHAGIA ITU SEDERHANA

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah still alive for this second:') Tatkala aku tidak punya kekuatan,
aku rebah dalam kelalaian diri sendiri, aku takmampu untuk luahkan pada sesiapa,
mungkin perlu pada-Nya. Sahabat ini mengirimkan satu message yang 
"Bahagia itu Sederhana". Lama otak berfikir untuk sentiasa dalam keadaan positive.
Ya we need think positive in everything ! :D

[ Kredit ]

BAHAGIA ITU SEDERHANA

Mendengar isteri membebel dirumah,bererti aku masih punya keluarga.
Mendengar suami masih mendengkur disebelahku bererti aku masih punya suami.
Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah.
Merasa letih setiap petang selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras.
Membersihkan pinggan dan cawan yang kotor setelah menerima tamu
dirumah, 
itu bererti aku punya teman.
Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup.
Mencuci dan menyetrika tumpukan baju, itu bererti aku memiliki pakaian.
Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti aku memiliki tempat tinggal.
Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti aku dipercayai dapat melakukannya.
Mendapatkan banyak komplen dari customer kita menandakan bahawa customer kita masih ada, masih loyal dan menginginkan kita menuju perubahan ke arah lebih baik.
Mendengar bunyi exzos&hon itu bererti aku bisa mendengar bunyi.
Mendengar bunyi Azan di pagi hari, itu bererti aku masih hidup.


Akhirnya banyak hal yand dapat kita syukuri setiap hari. Aku juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar aku masih memiliki teman yang peduli padaku. Dan kerana aku peduli tentangmu maka aku mengirimkannya juga kepadamu.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Semoga yang membaca pesan ini selalu diberkati dengan kesihatan, kebahagiaan dan kedamaian.

Ameen ya Rabbal 'alamin~


Terima kasih sahabatku mengingatkan diri ini :')
Dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih ku hulurkan buat insan yang membaca entry ini !

Semoga manfaat kita dapat bersama, insyaAllah.
Wallahu'alam.

#KEEPPRAYFORUMMAH#KEEPPRAYFORUPUUSM#ALHAMDULILLAH#

Sunday, 10 August 2014

Kita Makhluk Mulia

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

[ Kredit ]

Kita manusia tiada yang sempurna. Aku, kau dan kita, ya kita semua !
Tetapi setiap manusia itu masih diberi ruang dan peluang untuk sentiasa memperbaikinya,
tapi itu semua ditangan kita ! take it or leave it , choose it . Okayyy .

Actually harini i nak share sikit ilmu dekat semua my 'OHSEM' silent reader hikss,
apa yang i dapat , mungkin berangan macam ada je yang entry hakhak. takde pun sokay, 
i lah yang suka baca balek what have i write . Peace ✌

Ya, about what ? About "Kita Makhluk Mulia" by Hilal Asyraf . Karya Langit Ilahi.
I love his writing so much! He also one of blogger,
 u can visit his blogger at http://langitilahi.com/ but surely i more prefer follow him in twitter or cerpens/novels/books. Yah :')

Kalau ada orang bertanya kepada kita manakah asal usul anda, 
apakah yang biasa kita jawab?

" i asal orang Ayer Hitam, tapi sekarang duduk di Batu Pahat."

"Mak ayah i orang Johor."

"Datuk i orang Bugis, nenek i pulak orang Banjar."

And blablabla ~

***********

Itulah yang biasa kita jawab. Kan? Saya sendiri akui begitu sobss :'(
Asal-usul keturunan. Tetapi bukan itu jawapan yang kita mahu kali ini, Persoalan yang kita mahu kupas disini bukan semata-mata asal-usul. Tetapi kita hendak merasakan kehidupan itu benar-benar satu anugerah daripada Allah dengan kita merenung semula penciptaan kita, daripada apakah kita diciptakan dan siapakah yang mencipta kita.

Secara ringkasnya, kita hendak mengetahui dari mana kita datang .
Mari sama-sama kita hayati firman-firman Allah SWT yang menceritakan kejadian kita :

" Dan sesungguhnya, Kami menciptakan manusia itu daripada saripati yang berasal daripada tanah."  ( Al-Mukminun :12 )

" Kemudian Kami menjadikannya daripada nutfah (air mani) yang tersimpan di dalam tempat yang kukuh (rahim)." ( Al-Mukminun :13 )

" Kemudian air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikannya segumpal daging, dan daripada segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkuskan dengan daging, kemudian Kami menjadikannya makhluk yang (berbentuk) lain. Maha suci Allah yang merupakan sebaik-baik pencipta." (Al-Mukminun : 14)

SubhanAllah ! Memang benarlah Allah itu sebaik-baik Pencipta. Lihatlah kita sekarang, boleh berjalan , bercakap, berfikir , melihat , melakukan pelbagai perkara dan mempunyai perasaan. Allah menjadikan kita hanya daripada setitis air mani yang bergabung ovum kepada manusia seperti yang wujud sejak dahulu hingga hari ini. Ajaib bukan? Siapakah yang dapat melakukan sedemikian selain Allah?
Hihi, alamak i TER'flashback' mase studi biologi dolu-dolu kehkeh :')

Terjawabkah persoalan kita tadi iaitu dari mana kita datang ? Jawapannya hanya satu, 
kita datang daripada Allah . Malah kita datang tidak kosong sahaja. Allah tidak menciptakan kita dengan sambil lewa. Lihatlah bagaimana telitinya Allah menciptakan kita. Tersusun, teratur dan berperingkat. SubhanAllah !

Untuk pengetahuan kita, 
kampung sebenar kita ialah SYURGA.

Kenyataannya, kita ini datang daripada Allah. Malah untuk pengetahuan kita, kampung sebenar kita ialah Syurga. Percaya? Allah menciptakan manusia daripada tanah hanya sekali. Iaitu manusia yang pertama, bapa kita yang pertama yakni Nabi Adam a.s.

Kita sebenarnya makhluk yang istimewa. Apabila Nabi Adam a.s. itu diciptakan, Allah SWT memerintahkan para malaikat dan iblis untuk sujud kepada Nabi Adam a.s. sebagai tanda hormat.

" Dan (ingatlah) ketika Kami berkata kepada para malaikat , sujudlah kamu kepada Adam, mereka semua bersujud, kecuali iblis yang membantah." (Taha:116)

Lihat , Allah perintahkan para malaikat bersujud kepada kita, yakni manusia. Itu tanda mulia dan istimewanya kita :') Alhamdulillah.

[ YOU AND ME CAN ! ]

Tidakkah kita merasakan diri kita ini berharga? Dicipta oleh sebaik-baik Pencipta, dan diciptakan pula dengan sebaik-baik kejadian. Kemudian diarahkan pula oleh Allah para malaikat itu untuk sujud kepada kita. 
Tidakkah ini istimewa yang tiada bandingnya?

Marilah kita menggerakkan akal dan kita duduk berfikir sebentar, apakah matlamat kita didatangkan dengan kedatangan yang penuh istimewa ini, Adakah kedatangan kita yang penuh istimewa itu hanya untuk kita bermain-main sahaja?

Muhasabah. Ingatan buat kita bersama :')

Moga Allah redha. Wallahu'alam.
Like usual, Thankss for reading ! ❤️

#RAYARAYARAYARAYA#KEEPPRAYFORUMMAH#ALHAMDULILLAH#

Thursday, 7 August 2014

Random

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

[ Kredit ]

Hiks. Hai. Helo. Assalamualaikum wbt !

Heheh. Long time no see , long time no write , long time no idea . That's why !
But ya, I'm really miss to update something here :')
Anddd today no specific topic and ikut suka suki saya sajaa lah nak share apa-apa.
Hihi. Takmahu baca? Sokay. Kbye bye~

Gurau saja, many Thanks to sesiapa yang TER'singgah' kat blog yang tak seberapa nih.
Thankssss ❤️

Okayyy to sesiapa graduated from matriculation, or stpm , asasian ke , mesti semua pakat sibuk fikir pasal continue study tok degree kan? Samelah kite hihi.
U mana ? Amek course apa? Alahaii soalan yang masih tak terjawab, kerana apa?
itu rahsia Allah, makcik pakcik abang kakak, tunggulah keluaq upu usm dulu, barulah tahu.
Boleh? Sabaq sikit hoho. 

Ramai tanya 'atiqah sambung studi dekat uniten ni jela, dekat dengan rumah'.
Hahah. U know , i rasa berat hati nak studi dekat dengan rumah nih, takut asyik nampak rumah sokmo, takpun pama ke abang ke kakak lalu lambai-lambai kek kita.
Aduhai , homesick lagi tahap max mungkin! So, rasa dangerous. Haha.
Lagipun , tak rasa feel sebab i dah duduk dalam uniten dari lahir, suasana u itu tidak dapat kurasakan sama sekali. Macehh! Hihi.

Btw, i just apply. And kalaulah rezeki dapat biasiswa YTN insyaAllah lah dipertimbangkan,
walau berat jugak dihati nih, sobss T.T Uniten swasta and mahal, so kalau kena guna duit sendiry memang tak lah, say bye bye. But for sesiapa yang niat nak continue Engineering kat IPTS, i cadangkan apply lah Uniten, engine good kat Uniten mihmih :')

Tapi tak semua course Engineering ada kat uniten nih, yang ada hanya :

Electrical Engineering
Electrical and Electronics Engineering
Mechanical Engineering
Civil Engineering

Selain engineering, ada jugak perakaunan, bussiness and IT.
Tapi perakaunan, bussiness ni dekat Uniten Muadzam,Pahang sana ye. Uniten Bangi hanya ada engineering and IT sahaja. Hihi.

[ Keep Calm and Keep Pray ]

Upu and Usm come out on same date and day which is 12 August 2014 (Tuesday).
Nextweek jah. Ketaq, nervous, macam-macam rasa ada alahai.
Family actually my parents kalau boleh nak i dapat dekat jah like ukm , upm cemtuh.
But okay compare uniten hihi. My mum always sebut-sebut ' harapnya ukm le'
Haha. Mungkin sebab ada cousin and his wife kat situ. Cousin dah pHD, his wife processing pHD. But Allah still knows the best, just pray for the best!

All the best everybody! Everything comes from Allah.
Bersyukur bersyukur dan bersyukurlah. Alhamdulillah:')
Tatkala saya mahupun anda jatuh kerana kecewa , ingatkan antara kita bahawa takdir Allah jauh lebih baik, dan setiap yang berlaku 'ada' hikmahnya.
Jangan melawan takdir. Note to myself too !

That's all for this entry, sorry for any mistake,
See u next entry insyaAllah!

May Allah bless :')

#RAYARAYARAYARAYARAYA#KEEPPRAYFORUMMAH#ALHAMDULILLAH#