Sunday, 10 August 2014

Kita Makhluk Mulia

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

[ Kredit ]

Kita manusia tiada yang sempurna. Aku, kau dan kita, ya kita semua !
Tetapi setiap manusia itu masih diberi ruang dan peluang untuk sentiasa memperbaikinya,
tapi itu semua ditangan kita ! take it or leave it , choose it . Okayyy .

Actually harini i nak share sikit ilmu dekat semua my 'OHSEM' silent reader hikss,
apa yang i dapat , mungkin berangan macam ada je yang entry hakhak. takde pun sokay, 
i lah yang suka baca balek what have i write . Peace ✌

Ya, about what ? About "Kita Makhluk Mulia" by Hilal Asyraf . Karya Langit Ilahi.
I love his writing so much! He also one of blogger,
 u can visit his blogger at http://langitilahi.com/ but surely i more prefer follow him in twitter or cerpens/novels/books. Yah :')

Kalau ada orang bertanya kepada kita manakah asal usul anda, 
apakah yang biasa kita jawab?

" i asal orang Ayer Hitam, tapi sekarang duduk di Batu Pahat."

"Mak ayah i orang Johor."

"Datuk i orang Bugis, nenek i pulak orang Banjar."

And blablabla ~

***********

Itulah yang biasa kita jawab. Kan? Saya sendiri akui begitu sobss :'(
Asal-usul keturunan. Tetapi bukan itu jawapan yang kita mahu kali ini, Persoalan yang kita mahu kupas disini bukan semata-mata asal-usul. Tetapi kita hendak merasakan kehidupan itu benar-benar satu anugerah daripada Allah dengan kita merenung semula penciptaan kita, daripada apakah kita diciptakan dan siapakah yang mencipta kita.

Secara ringkasnya, kita hendak mengetahui dari mana kita datang .
Mari sama-sama kita hayati firman-firman Allah SWT yang menceritakan kejadian kita :

" Dan sesungguhnya, Kami menciptakan manusia itu daripada saripati yang berasal daripada tanah."  ( Al-Mukminun :12 )

" Kemudian Kami menjadikannya daripada nutfah (air mani) yang tersimpan di dalam tempat yang kukuh (rahim)." ( Al-Mukminun :13 )

" Kemudian air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikannya segumpal daging, dan daripada segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkuskan dengan daging, kemudian Kami menjadikannya makhluk yang (berbentuk) lain. Maha suci Allah yang merupakan sebaik-baik pencipta." (Al-Mukminun : 14)

SubhanAllah ! Memang benarlah Allah itu sebaik-baik Pencipta. Lihatlah kita sekarang, boleh berjalan , bercakap, berfikir , melihat , melakukan pelbagai perkara dan mempunyai perasaan. Allah menjadikan kita hanya daripada setitis air mani yang bergabung ovum kepada manusia seperti yang wujud sejak dahulu hingga hari ini. Ajaib bukan? Siapakah yang dapat melakukan sedemikian selain Allah?
Hihi, alamak i TER'flashback' mase studi biologi dolu-dolu kehkeh :')

Terjawabkah persoalan kita tadi iaitu dari mana kita datang ? Jawapannya hanya satu, 
kita datang daripada Allah . Malah kita datang tidak kosong sahaja. Allah tidak menciptakan kita dengan sambil lewa. Lihatlah bagaimana telitinya Allah menciptakan kita. Tersusun, teratur dan berperingkat. SubhanAllah !

Untuk pengetahuan kita, 
kampung sebenar kita ialah SYURGA.

Kenyataannya, kita ini datang daripada Allah. Malah untuk pengetahuan kita, kampung sebenar kita ialah Syurga. Percaya? Allah menciptakan manusia daripada tanah hanya sekali. Iaitu manusia yang pertama, bapa kita yang pertama yakni Nabi Adam a.s.

Kita sebenarnya makhluk yang istimewa. Apabila Nabi Adam a.s. itu diciptakan, Allah SWT memerintahkan para malaikat dan iblis untuk sujud kepada Nabi Adam a.s. sebagai tanda hormat.

" Dan (ingatlah) ketika Kami berkata kepada para malaikat , sujudlah kamu kepada Adam, mereka semua bersujud, kecuali iblis yang membantah." (Taha:116)

Lihat , Allah perintahkan para malaikat bersujud kepada kita, yakni manusia. Itu tanda mulia dan istimewanya kita :') Alhamdulillah.

[ YOU AND ME CAN ! ]

Tidakkah kita merasakan diri kita ini berharga? Dicipta oleh sebaik-baik Pencipta, dan diciptakan pula dengan sebaik-baik kejadian. Kemudian diarahkan pula oleh Allah para malaikat itu untuk sujud kepada kita. 
Tidakkah ini istimewa yang tiada bandingnya?

Marilah kita menggerakkan akal dan kita duduk berfikir sebentar, apakah matlamat kita didatangkan dengan kedatangan yang penuh istimewa ini, Adakah kedatangan kita yang penuh istimewa itu hanya untuk kita bermain-main sahaja?

Muhasabah. Ingatan buat kita bersama :')

Moga Allah redha. Wallahu'alam.
Like usual, Thankss for reading ! ❤️

#RAYARAYARAYARAYA#KEEPPRAYFORUMMAH#ALHAMDULILLAH#

No comments:

Post a Comment