Sunday, 19 October 2014

Ukhuwah dengan Allah

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

[ Kredit ]

Kita selalu menyebut ukhuwah dengan manusia. Kita ungkapkan sukma persahabatan dalam keadaan yang terindah bahasanya. Apa-apa sahaja berkenaan dengan ukhuwah membuatkan manusia gembira. Asas ukhuwah adalah cinta, dan asas cinta adalah keimanan. Itu membuatkan manusia senang sentiasa. Mudahnya asas ukhuwah juga sebenarnya adalah keimanan.

Kepada siapa lagi kita mahu beriman sekiranya bukan kepada Allah swt ?
Dialah yang menciptakan langit dan bumi, yang memberikan kita nikmat kehidupan dalam keimanan, ukhuwah, dan silaturrahim ini.

Siapa yang berasa ukhuwahnya dengan manusia mempunyai pertalian yang kuat 
seperti ukhuwahnya dengan Allah swt ?

Ukhuwah dengan Allah swt ? Di sini, kita perlu bermuhasabah.

TIDAK BERASA

"Akan aku redah lautan api, akan aku panjat puncak Everest tertinggi,
semuanya untuk dikau, wahai kekasih hati." ( Rasa menyampah tahap max eeuu! )

Ada orang menyebut kata-kata ini kepada pasangannya. Ada juga yang berkata begini kepada sahabatnya. Ada juga yang melafazkan kata-kata ini kepada ibu bapanya.
Namun, siapakah yang melafazkan perkara ini kepada Allah swt ?
Allah. Gedebuk sekali >_<

Manusia yang memandangkan ukhuwah dengan manusia lain, yang merasakan ukhuwahnya itu, perlu melalui Allah swt dahulu. Barulah ukhuwahnya menjadi ukhuwah yang benar dan yang ghaib. Ini menyebabkan manusia pantas menghubungkan dirinya dengan manusia lain, tetapi sukar membina hubungannya dengan Allah swt.

KEIMANAN MAINKAN PERANAN

Di sinilah keimanan mainkan peranan. Iman mampu membuatkan kita merasai apa yang ghaib. Allah, malaikat, syurga, neraka, hatta Rasul kita yang sudah wafat, meninggalkan kita risalah-Nya. Kita beriman dengan semua itu tanpa ragu-ragu walaupun kita tidak meihatnya. Dengan keimanan inilah, sebenarnya kita mampu membina hubungan kita dengan Allah swt, seterusnya menjaga hubungan kita dengan manusia. Oleh itu, apabila membicarakan perihal persaudaraan,Allah swt menyebut :

" Sesungguhnya orang beriman(mukmin) itu bersaudara." 
| Surah Al-Hujurat,ayat 10 |

Allah membenci orang yang bersifat takbur.

" Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali tidak
 akan sampai setinggi gunung. "
| Surah al-Israk, ayat 37 |

APABILA UKHUWAH DENGAN ALLAH ROSAK

Mari  kita ambil contoh manusia yang tamak. Hakikatnya, mereka turut merosakkan ukhuwah dengan Allah swt. Bagaimanakah kehidupan orang tamak ? Berbaik-baikkah dia dengan manusia lain ? Jawapannya, tidak ! Kehidupan orang tamak penuh dengan perasaan hasad dan dengki. Dia mahu mengaut keuntungan dan keuntungan lagi. Akhirnya orang tamak ini, merosakkan silaturrahimnya dengan manusia lain demi mendapat keuntungan. Disabotajnya perniagaan orang lain dan dimusnahkan pula kehidupan orang lain hanya demi memuaskan dirinya.

BAGAIMANA HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH SWT ?

Pernahkah kita terfikir, kita memerlukan segala-galanya daripada Allah swt ?

Adalah amat menjelikkan apabila kita mampu melukut kepada manusia yang tidak mempunyai apa-apa, tetapi tidak kepada Allah yang memegang dan mencipta segala-galanya. Daripada hubungan dengan Allah swt, wujudnya kejayaan hakiki, kebahagiaan suci dan hubungan yang terbina dengan keikhlasan sepenuh hati.

Bagaimana ukhuwah kita dengan Allah swt ?

Luangkan sedikit masa, dan berfikir sejenak,
cari dimana Allah dihati kita?

Moga Allah redha :)

No comments:

Post a Comment