Wednesday, 24 December 2014

Peperiksaan itu juga Ujian :)


Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


[ Kredit ]


Symptom-symptom student apabila final exam~


1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk 

keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan-jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load )

2. Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )


3. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus. cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.


4. Time nak exam baru laaa nak full sembahyang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam-macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)


5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.


6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi (ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.


7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)


8. Kalau main message tu balas sikit-sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang-panjang.


9. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.


10. Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)


11. Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh member beli.


12. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)


13. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P


14. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi member sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.


15. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up.


16. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.


17. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”


18. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nak borak.


19. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek-repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak.borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek dia cakap sebenarnya, lagi banyak topic dia tak cover tu.


20. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal-awal. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap-tiap sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss. 



Haha this sharing ni rasa macam bagi penampaq kat diri sendiri, 
mungkin bukan semua tapi ada lah sikit antara banyak-banyak nih. Haishh. >_<


## bittaufiq wannajah sahabat-sahabat


## study study jugak,ukhuwah jangan abaikan


## doa ibu ayah 


## baca buku keranan Allah




Last but not least .....

[ All the best semuaaaaaaa ]

I wish all the best to semua yang bakal duduki final exam, ya too near right? hmm, so gudlucks and all the best! Duk duk studi jugak, solat jangan tinggal, quran jangan biar berhabuk, solat jangan lengah-lengah ..

"....Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya....." 
[at-Taalaq:2-3]

|Dia Banyak Membantu|

Thanks for reading! May Allah bless   
Semoga dipermudahkan segala urusan di dunia juga di akhirat sana nanti, Ameen :')


Thursday, 11 December 2014

Bermula Dengan Masalah Iman

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah hingga hari ini masih dibekalkan oksigen untuk melihat dan menghirup keindahan dunia, Alhamdulillah ! Yang 'paling' penting, nikmat Iman dan Islam.

Bila rasa letih dengan asyik bersama buku akademik, hati ni sentiasa dalam resah gelisah, taktahu dimana yang takkena nya. Rasa kecik la diri kalau terlalu fokus pada dunia tapi akhirat biar jauh tinggal dibelakang. Allah. Rasa kosong.

Pagi tadi selepas siap tunggu nak ke kelas, diri ini membelek-belek buku Hilal Asyraf dan baca tentang 'Bermula dengan Masalah Iman'.


[ Astaghfirullah-Lazimkan di bibir menyebut kalimah ini ]


Dalam entry kali ini juga seperti entry-entry sebelum ni, 
saya nak share sikit apa yang saya dapat. Okay mihmih baca, takmau terpulang ^_^

Mengapa aku malas beribadah kepada Allah swt ?
Mengapa begitu senang aku melakukan dosa?
Mengapa aku mudah teruja dengan perkara ingkar dan maksiat?
Mengapa mudah aku bersangka buruk kepada sahabat dan hendak menyakiti hatinya?
Mengapa susah aku hendak jadi baik?

Huh. Terlalu banyak mengapa, mengapa dan mengapa. Allah.
Saat ini mungkin tercucuk dalam-dalam dengan diri sendiri salah satu mengapa itu.
Mungkin. Sebab tu jugak saya nak share, moga entry ini dapat kembalikan positive thinking juga kekuatan walau apapun ujian yang datang especially for myself!

Ramai yang mencari jawapan kepada persoalan-persoalan ini. Ramai yang mencari sebab dirinya terjerumus dalam sebuah ruang bernama 'negative'. Terperangkap dan tidak dapat keluar. Sering mempersoalkan sebab dirinya sukar menjadi hamba Allah swt yang baik. Maka apakah rawatannya ? Fikir sejenak.

Dan jawapan akan permasalahan-permasalahan yang kita hadapi 
dalam diri kita sepanjang kehidupan ini, adalah bermula dengan permasalahan iman.

~Iman itu Kekuatan, Dosa itu Ancaman~

Saya sentiasa percaya apabila kita taat kepada Allah swt, kita akan bahagia. Namun, beriman kepada Allah swt tidak menjamin kita terlepas daripada masalah, cabaran dan halangan yang wujud di muka bumi. Ini kerana, ujian dengan kehidupan adalah kembar, satu realiti yang perlu kita terima.

Walau macam mana sekalipun, apabila kita taat kepada Allah swt, sekiranya kita bermasalah di dunia ini, dengan manusia mana sekalipun, sekurang-kurangnya kita tahu kita tidak  bermasalah dengan Empunya Dunia dan Pencipta Manusia. Bukankah itu sudah menjadi kekuatan untuk meneruskan kehidupan dengan penuh kebahagiaan ?

Namun, jikalau keimanan hilang dan yang ada hanya dosa-dosa, kita akan sentiasa berasa penat, resah, gelisah, takut, malas dan banyak lagi.  Ini semua sebab kita tidak ada kekuatan! Apa saja kekuatan yang kita ada dalam keadaan kita melakukan perkara mungkar kepada Tuan punya kekuatan itu, 
kita tahu kekuatan yang kita ada itu tidak akan kekal lama.

Kerana Allah swt jualah kekuatan yang sebenarnya .

So last but not least, to all my beloved readers, bagi nak selesaikan masalah-masalah dalaman kita, perkara pertama yang perlu kita laksanakan adalah...
' menyelesaikan masalah iman'


[ Kredit ]


Tiada manusia yang sempurna dalam hidup ini. Terimalah salah silap orang mungkin kita juga pernah lakukan sama seperti orang lain. Bersangka baik dan berlapang dada ok !
Ini peringatan untuk diri saya yang terlalu banyak kekurangan, mana yang baik ambil lah, yang kurang baik, perbaikinya bersama ya.


Sebarkan kasih sayang   


Moga Allah redha.