Thursday, 11 December 2014

Bermula Dengan Masalah Iman

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah hingga hari ini masih dibekalkan oksigen untuk melihat dan menghirup keindahan dunia, Alhamdulillah ! Yang 'paling' penting, nikmat Iman dan Islam.

Bila rasa letih dengan asyik bersama buku akademik, hati ni sentiasa dalam resah gelisah, taktahu dimana yang takkena nya. Rasa kecik la diri kalau terlalu fokus pada dunia tapi akhirat biar jauh tinggal dibelakang. Allah. Rasa kosong.

Pagi tadi selepas siap tunggu nak ke kelas, diri ini membelek-belek buku Hilal Asyraf dan baca tentang 'Bermula dengan Masalah Iman'.


[ Astaghfirullah-Lazimkan di bibir menyebut kalimah ini ]


Dalam entry kali ini juga seperti entry-entry sebelum ni, 
saya nak share sikit apa yang saya dapat. Okay mihmih baca, takmau terpulang ^_^

Mengapa aku malas beribadah kepada Allah swt ?
Mengapa begitu senang aku melakukan dosa?
Mengapa aku mudah teruja dengan perkara ingkar dan maksiat?
Mengapa mudah aku bersangka buruk kepada sahabat dan hendak menyakiti hatinya?
Mengapa susah aku hendak jadi baik?

Huh. Terlalu banyak mengapa, mengapa dan mengapa. Allah.
Saat ini mungkin tercucuk dalam-dalam dengan diri sendiri salah satu mengapa itu.
Mungkin. Sebab tu jugak saya nak share, moga entry ini dapat kembalikan positive thinking juga kekuatan walau apapun ujian yang datang especially for myself!

Ramai yang mencari jawapan kepada persoalan-persoalan ini. Ramai yang mencari sebab dirinya terjerumus dalam sebuah ruang bernama 'negative'. Terperangkap dan tidak dapat keluar. Sering mempersoalkan sebab dirinya sukar menjadi hamba Allah swt yang baik. Maka apakah rawatannya ? Fikir sejenak.

Dan jawapan akan permasalahan-permasalahan yang kita hadapi 
dalam diri kita sepanjang kehidupan ini, adalah bermula dengan permasalahan iman.

~Iman itu Kekuatan, Dosa itu Ancaman~

Saya sentiasa percaya apabila kita taat kepada Allah swt, kita akan bahagia. Namun, beriman kepada Allah swt tidak menjamin kita terlepas daripada masalah, cabaran dan halangan yang wujud di muka bumi. Ini kerana, ujian dengan kehidupan adalah kembar, satu realiti yang perlu kita terima.

Walau macam mana sekalipun, apabila kita taat kepada Allah swt, sekiranya kita bermasalah di dunia ini, dengan manusia mana sekalipun, sekurang-kurangnya kita tahu kita tidak  bermasalah dengan Empunya Dunia dan Pencipta Manusia. Bukankah itu sudah menjadi kekuatan untuk meneruskan kehidupan dengan penuh kebahagiaan ?

Namun, jikalau keimanan hilang dan yang ada hanya dosa-dosa, kita akan sentiasa berasa penat, resah, gelisah, takut, malas dan banyak lagi.  Ini semua sebab kita tidak ada kekuatan! Apa saja kekuatan yang kita ada dalam keadaan kita melakukan perkara mungkar kepada Tuan punya kekuatan itu, 
kita tahu kekuatan yang kita ada itu tidak akan kekal lama.

Kerana Allah swt jualah kekuatan yang sebenarnya .

So last but not least, to all my beloved readers, bagi nak selesaikan masalah-masalah dalaman kita, perkara pertama yang perlu kita laksanakan adalah...
' menyelesaikan masalah iman'


[ Kredit ]


Tiada manusia yang sempurna dalam hidup ini. Terimalah salah silap orang mungkin kita juga pernah lakukan sama seperti orang lain. Bersangka baik dan berlapang dada ok !
Ini peringatan untuk diri saya yang terlalu banyak kekurangan, mana yang baik ambil lah, yang kurang baik, perbaikinya bersama ya.


Sebarkan kasih sayang   


Moga Allah redha.


No comments:

Post a Comment