Monday, 19 May 2014

Sahabatku..

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

(..Disini kami mengenal erti ukhwah Lillahi ta'ala..)

Aku dah cakap pada diri , aku kena kuat dalam perpisahan ni ,
taknak sedih-sedih...aku kawal, tapi bila je dia bagi poster ni hari terakhir ,
aku buka saja dalam perjalanan , aku tak kuat , air mata terus luluh.
ya Allah ..betapa sayangnya aku pada dia..

Disaat kau membaca blogku ini sahabat , ketahuilah aku menyayangimu kerana
Allah..aku cuba kuat..aku takmahu lihat kau bersedih ..
mungkin aku bukanlah sahabat yang terbaik untukmu tapi terimakasih
kerana kehadiranmu sedikit sebanyak memberi banyak kesedaran dan pengajaran
buatku...Moga Allah peliharamu wahai sahabat =) Ameen.

Coretan darinya untukku :

Keep your smile always ... mungkin lepas ni susah nak jumpa ,
tapi insyaAllah kita takkan lupa kamu dan doa kita sentiasa bersama mengiring
kamu ..Terus berjalan , berjuang demi Islam, ya sahabat ...

Jangan rasa mengalah sebab,
" Dunia tempat kita berpenat,akhirat tempat kita
berehat." (Ammar)

Semoga satu masa nanti , mampu untuk kita melangkah mencari 
syahid bersama . Kamu , kita takpasti apa yang Allah takdirkan buat kita ..
Mungkin sekarang mampu menulis buat kamu..
Tetapi andai takdir Allah mengambil kita dahulu , doakan kita mampu
menunggu kamu di Jannah , dan berjuanglah walaupun akhirnya nyawa kamu
menjadi gantian ... =)


Selamat jalan sahabat . Assalamualaikum .


Sedikit coretan dari insan buat seorang insan=)

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

( ..Hiasan buat semua..)

Pertamanya , miss sangat bersyukur mengenalimu dan kawan-kawan semua.
Melihat anak muda yang sangat berhajat kepada Islam ,
buat hati miss berbunga-bunga dan bersemangat !

Miss doakan ,walau dimana sahaja kamu berada nanti , bawalah
sahsiah Islam bersama-sama . Terus menjadi Qudwah Hasanah buat orang-orang
sekeliling . Bermanfaatlah pada mereka .

Kenangan-kenangan bersama kamu dan semua , miss tak dapat
lupakan . Moga Allah izinkan untuk kita bertemu lagi dalam suasana-suasana yang
lebih baik .

Keep in touch ! Kalau ade nak mintak tolong apa-apa , jangan segan silu
contact miss . Moga terus sukses dimana sahaja kamu berada .

(..Arwah Ahmad Ammar..)

Salam rindu , Miss Husna .

p/s: syukran miss atas segala-galanya.Hanya Allah yang mampu membalasnya.
Doakan kami istiqamah dalam mencari agama-Nya. InsyaAllah !
cc @quranicCircle ^_^