Thursday, 26 June 2014

Hidup Untuk Apa ? Eh.

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
 
 
[Kredit]
 
 
HAMBA
 
- Lakukan apa yang disuruh , tinggalkan apa-apa yang dilarang .
 
Allah berfirman :
 
"Sesungguhnya Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah."  |Surah al-Dhariyat 51:56|
 
 
KHALIFAH
 
- Lakukan apa yang disuruh , tinggalkan apa-apa yang dilarang.
 
Allah berfirman :
 
"Sesungguhnya bumi hanya diwariskan(dipusakai) kepada hamba-Ku yang soleh."  |Surah al-Anbiya' 21:105|
 
 
TUJUAN HIDUP
 
1) Ada hala tuju yang jelas
2) Utamakan perkara yang lebih penting dan utama
3) Memahami definisi kejayaan dan kebahagiaan
4) Membuat keputusan dengan rasional dan tepat
5) Melakukan perkara yang berfaedah dalam hidup
6) Mencari kekuatan dalam hidup dengan banyak bertadabbur
7) Sentiasa berani dan berkeyakinan dalam melakukan sesuatu
8) Berkongsi kebaikan dengan orang lain
 
| Be the awesome one in dunya akhirah |
 

 
Semoga ada manfaat bersama. Dikupas dari Gen-Q :')
Moga Allah redha.
 
Wallahu'alam.
 
 



Muslimahku sayang

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
 
| Kredit |
 
Ukhti...
Tidakku mahu bertanya khabarmu,
Kerana ku menunggu,
Tibanya saat aku,
Merasai sendiri jiwamu.

Ukhti...
Tidakku mahu memandangmu,
Kerana ku menunggu,
Tibanya saat aku,
Halal memegang wajahmu.

Ukhti...
Tidakku mahu senyum padamu,
Kerana ku menunggu,
Tibanya saat engkau,
Halal bercanda denganku.

Ukhti...
Engkau bagiku,
Umpama mawar kembang berduri,
Yang dipagari oleh jernihnya kilauan kristal,
Memancarkan sinar yang hebat,

Apabila sang mentari menyinari,
Dan bagaikan titisan-titisan permata,

Apabila hujan menyirami
Membuat diriku terpaku,
Terpesona,
Tidakku berani untuk terus memandangnya,
Kerna ku tahu mataku pasti akan silau,
Dek kerana hebatnya sinaran,

Tidakku mahu menyentuhnya,
Walau hanya dengan hujung jari,
Kerna ku tak mahu sinarnya hilang,
Dek kerana bayang-bayang ku.

Jauh sekali untuk memegangnya,
Pagarnya sahaja sudah cukup mengagumkan,
Apatah lagi bunganya..

Ukhti...
Tidakku mahu meluahkan isi hatiku,
Kerana aku dan engkau,
Adalah lelaki dan wanita,
Yang ada batasannya,
Yang harus menjaga hati,
Kerana Islam itu suci.

Ukhti...
Tujuan hidup kita sama,
Teruslah berjuang,
Tulus hanya untuk Allah,
Mencintai Allah adalah tuntutan,
Cinta Allah cinta yang pasti.

Kerana...
Sesuatu yang ku sendiri tidak pasti,
Adakah engkau ditakdirkan untukku,
Semua hanya andai engkau milikku...


----------
 
 
Sharing is caring.
Ingatlah wahai muslimahku sayang , jaga dirimu. **termasuk diri ini**
Mahalkan dirimu  :')
 
Mujahadah itu pahit sayang , sebabnya Syurga itu manis sangat!
Allah (!)
 
May Allah bless.