Friday, 4 July 2014

Walaupun sedikit~

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

[Kredit]

Alhamdulillah selesai dari menunaikan solat terawih , antara ibadah yang istimewa dibulan Ramadhan Kareem ni. Ye takk? Tak kan jumpa dalam bulan yang lain. Jadi, kalau tak ada yang menghalang jangan la sesekali kita tinggal, sebab belum tentu kita dapat jumpa lagi solat terawih pada masa akan datang. So, grab it ! :') InsyaAllah.

Saya berasa begitu kerdil kalau asyek nak mengeluh penat , letih or something like that lah. Because , my grandma yang dah 80 lebih tu pun pergi terawih tau , takpernah pun dengar dia mengeluh , semangat lagi ade lah. Jadi , kita yang jauh lebih muda, yang sepatutnya lebih bertenaga ni? Allah. Malu lah sikit.

And my anak-anak buah yang omey , kecik lagi pun dilatih berpuasa dan berterawih.
puasa tu biasa lah , budak kecik , lembik je , asyek tengok jam je bile nak bebuke hehe.
Tapi bukankah dia juga dalam bermujahadah? Terawih walaupun main-main sikit , ahah tapi takpe lah kecik lagi dimaafkan. Tak malu ke kalau kita takbuat tapi dia buat?
Macam mana nak jadi contoh kan? Allah. Budak-budak ni peringkat dia sekarang suka meniru, kalau kita buat dia ikut , and kalau kita takbuat dia pun ikut jugak.
Sebab tu kalau nak asah, biarlah dari kecik , insyaAllah lebih mudah dibentuk:') 

Puasa puasa tapi tak solat , tu cemana eh? Erkkk.
Tahu lah bulan ramadhan ni bulan wajib berpuasa bagi semua umat Islam, 
so disebabkan itu , cemane pun orang tu , bila orang puasa dia pun puasa. 
yelah mana boleh makan di siang hari kan, tak pasai-pasai kena tangkap pulak dah.
pastu bila dah puasa , jelas dan nyata pulak tak solat . Allah.
Sedihlah. Rasa macam takda makna puasa kita tu. Hmmmm.

Situasi aku(ucun) dan anak buah yang berumur 9 tahun(Angah) :

ucun: Angah , da solat belum nih? (dia baru balek dari sekolah..)
Angah: Alaaaaa. Belum. Penat la ucun.
ucun : Ehh puasa ke takni ?
Angah: Puasa la ucun...
ucun: Kalau puasa kena lah solat , jap ucun nak tanye . puasa dengan solat , 
mana dulu dalam rukun islam?
Angah: Ye , solat (sambil sengih gedik-gedik..)
ucun: Habes , sebenarnya mana yang lebih penting. Kalau kita solat , kita mesti
puasa tau. Sebab tu solat penting. Ada je orang puasa tapi taksolat!
Angah:(..terus solat walaupun kadang-kadang suka melawan budak nih haha)

Hmm gelagat budak kecik , takpe , tapi kalau dah besar macam saya nih , kalau macam ni taktahu nak habaq lagu mana . ~.~ Kalau anak orang lain saya taktahu lah macam mana, tapi nih yang saya nampak dari kalangan anak-anak buah sendiri , kadang-kadang budak sekarang ni liat rasa hari-hari nak kene bising , bebel-bebel haha...
(mungkin satu tepengaruh dengan kawan-kawan kat sekolah)....
Jadi ibu ibu bapa bapa ,  bakal ibu , bakal bapa , berikanlah didikan yang terbaik untuk anak-anak hee. Mereka seolah-olah kain putih yang suci bersih , 
kita yang berhak mencoraknya :')
(Adehh dah macam makcik-makcik pulak atiqah ni cakap pasai ni keke)

*********************************

Kalau kita ditimpa musibah , ingatlah kalau Allah tak izin untuk berlaku ,
ia takkan berlaku . Semua kehendak Allah . Dan setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Jangan terus menghukum Allah . Teruskan banyak berdoa.

Allah bagi mesti ada 'sebab' . Hamba yang terpilih je yang dapat tau .
Apa kata kita sama-sama cuba jadi hamba yang bersyukur ,
say Alhamdulillah :')

Kenapa? Kenapa? Kenapa? Please try to think positive-positive je.
Sama-sama cube jom , saya juge dalam percubaan. Hee.

"Da'ie yang hebat bukan baik pada kata-kata atau ilmu yang tinggi ,
tapi mempunyai akhlak yang baik pada Allah."

Semoga dapat input walaupun sedikit.
Rahmat Allah lagi tinggi dari kemarahanNya. Allah.
Moga Allah redha. Wallahu'alam.


:')

Bismilliahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah ya Allah. Syukur di atas segala-galanya.
Mohon Allah sentiasa menganugerahkan ilham kepada aku, kedua ibu bapaku,
adik beradikku, murrabiku ,sahabatku , dan muslimin muslimat supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ada. Allah. Alhamdulillah:')

[ Kredit ]

Rasa semangat macam dicucuk cucuk setelah menonton drama
"Aku Ada Wali" skrip by Ustazah Fatimah Syarha.
Eheh. Mungkin drama ni dah lama, tapi diri ini yang jauh ketinggalan zaman
huhu. Digerakkan hati menonton menerusi Youtube dan ter'maraton' pulakk. Hee.

Bagus, best , and intipati yang 'awesome' orang putih kate haha.
Seriusly, saya kagum dengan watak perempuan itu , pergantungan dan pengharapan
dia pada Allah tu sangat kuat. Kita bole jadikan tauladan dan ikutan yang baik
selagi mana mematuhi syarak. Allah.

Saya akui, saya manusia kerdil , tapi juga punya hajat dan semangat untuk
menjadi 'mawar yang berduri'. Anda juga kan? :')

[Kredit: Allah knows everything]

Samasama kite renungkan dan selamat beramal.
Mujahadah itu pahit sebab Syurga tu manis (!)
:')
#30DaysOfRamadhan#Day6#Alhamdulillah#