Tuesday, 15 July 2014

Buka Mata,Celikkan Imaan,Muhasabahkan Hati

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah. Harini Allah beri kita semua bertemu dengan nuzul al-Quran,
dimana turunnya al-Quran, kitab yang mulia dibulan yang mulia ini, Alhamdulillah:')

Okay actually tetiba rasa nak share something yang sangat membuatkan saya tersentak,
terkelu seketika bila mana terbaca satu message yang masuk di 
'WhatsApp' empunya kakak saya. Share about Israel-Palestin.

[ Kredit ]

Mungkin gambar buah apple yang saya 'kredit' kan itu boleh disamakan dengan kita dan mereka di Palestin sana. Kita di Malaysia yang mampu tersenyum, tapi mereka disana berdukacita dengan kehilangan insan-insan tersayang, tapi lebih ramai antara mereka yang tersenyum kerana berjaya berjihad memperjuangkan syahid dijalan Allah serta menyelamatkan masjid al-Aqsa di Palestin, betapa hebat iman mereka. Allahu Akbar !

Saya kagum dengan mereka, begitu juga anda kan?
Tapi saya rasa saya belum cukup kuat untuk berada ditempat mereka, ya Allah betapa lemahnya hamba disisi-Mu wahai Allah. Mereka disana tidak pernah menunjukkan ketakutan sebaliknya sentiasa mempertahankan demi agama Islam. Terbukti mereka tidak takut selain Allah. Allahu. Hinanya diri ini. Hanya mampu tembakkan doa buat mereka disana, tidak mampu mengangkat senjata atau berperang seperti mereka memandangkan saya juga seorang wanita biasa... T.T

Okay okay berbalik pada something yang sebenarnya saya mahu kongsikan pada semua. Mari sama-sama kita buka mata, celikkan imaan, muhasabahkan hati :')

KENAPA ISRAEL TIDAK MENYERANG MALAYSIA SEDANGKAN 
MALAYSIA JUGA NEGARA ISLAM?

Tersentak terbatuk-batuk saya dibuatnya. Mana taknya, Malaysia? Tempat yang saya duduk sekarang ini? Tidak terbayang dek kepala ini. Allah. Kenapa wahai diri? Takutkah?
Dimana letaknya Allah dihatimu, Dimana letaknya agama Islam disisimu?
**seperti peluru tembak cucuk-cucuk dalam diri. Padan muka!**

Ada yang bertanya kepada yahudi yang berbunyi seperti ini: 
"Kamu benci Malaysia kerana penduduknya kebanyakannya Islam tetapi mengapa kamu tidak memerangi Malaysia, kenapa kamu perangi Palestin ?"

Kemudian yahudi menjawab:
"Kerana rakyat Malaysia permulaan lagi sudah kalah. Aku baru dirikan McD dan starbucks sebagai eksperimen, ternyata ramai rakyat Malaysia menyukai buatanku, lalu untuk apa aku perangi mereka yang lemah itu ? Lebih baik aku perangi Palestin, kerana mereka kuat dan tidak mudah terpedaya."
 
 
Allah. Lepas baca message ini, saya terdiam lama. Lama jugakkkk.
Membuatkan otak saya melayang berfikir . Betul juga apa yang orang yahudi katakan, ia tidak dinafikan, memang fakta pun bukan auta. Banyak yang di Malaysia ini kepunyaan orang yahudi, lebih-lebih lagi makanan yang dekat dengan kita. Saya sendiri akui , saya pernah dan mungkin selalu makan itu semua. Ya Allah sedihnya. Berdosanya T.T
 
 
Semua itu seolah-olah kita membantu pihak Israel membeli barangan mereka. 
Jadi mari kita muhasabah diri, berapa ringgit yang kita mahu sumbang untuk Zionis?
Berapa ringgit yang kita mahu sumbang untuk membeli peluru dan bom yang membunuh rakyat Palestin? Sedangkan saudara se-Islam kita dalam sengsara disana. Allah.
Apa yang boleh kita buat sekarang, berhati-hati dalam pemakanan, kalau boleh hindar, hindarkanlah segala yang syubhah (ragu-ragu) , pilihlah yang halal dan jauhilah yang haram.
 
 
Marilah kita semua cuba perlahan-lahan jika tidak mampu secara drastik. Tapi jangan sesekali ambil mudah ! Boikot atau tidak itu hak masing-masing. Saya takpernah memaksa sebab saya takut jika saya sendiri tersungkur. Minta dijauhkan.

[ Luangkan masa fikir masalah umat Islam ]

[ Sabar ya baby sayang, syurga pasti buat ayahmu insyaAllah ]

[ Melihat anak-anak kehilangan ibu dan ayah mereka ]

Allah. Sedih. Saya taksanggup melihat merata-rata tempat mengenai isu ini, sebak melihat anak-anak kecil jadi mangsa tawanan, wanita-wanita, terus memikirkan betapa hebatnya mereka, betapa lemahnya diri ini? Allah. Muhasabah diri seketika.
 
 
InsyaAllah, oneday Palestine will be free. Janji Allah itu pasti,
disetiap kesusahan ada kemudahan. Kemudahan itu mesti dilalui dengan perjuangan dan pengorbanan. Boleh jadikan semangat, pengajaran dan tauladan dalam diri kita ya.
Jangan pernah give up dalam hidup. Umat Islam harus hebat dan mantaaapppp !

[ Kredit ]

Sampai disini sahaja. Moga Allah redha.
Wallahu'alam:')

#30DaysOfRamadhan#Day17#Alhamdulillah#KEEPPRAYFORGAZA#SalamNuzulQuran#