Friday, 18 July 2014

♠ Iftar Perdana With Warga Tua and Anak Yatim ♠

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
 
[ Kredit ]
 
Semalam which is 19Ramadhan, telah diadakan satu Iftar Perdana Uniten,
iftar ini turut dihadiri warga-warga uniten dan jemputan istimewa juga buat warga-warga tua dan anak-anak yatim. Pada hari itu juga mereka dihulurkan sedikit sumbangan memandangkan hari raya bakal tiba. InsyaAllah. Rasa menyampah pulak bace sebab ayat terlalu skema. Okay cukup. Hahahaha:')
 
[ Majlis Iftar Perdana 2014 ]
 
Lepas habis kerja terus stay dekat Masjid Uniten, alahai kalau dari rumah tu,
tak sempat nak bebual dah sampai keke. Dekat sangat. Huhu. Then, tunggu lah mereka sampai. Tunggu punya tunggu, sampailah adik-adik kita yang kiut miut tu :)
 
[ Alololo hensemnye berbaju melayu biru ]
 
[ Alamak lawanyaa berbaju kurung biru ]
  
Hihi, okay ini half je antara mereka, nak masuk semua takmuat ler camera.
Rasanya sejak cuti ni, jadi photographer takberbayar haha sokay:)
 
Selingan antara kami yang bertugas pada hari itu, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Syukur:')
 
[ Senyum sokmo ]
 
Okay. My adik which is Tuah, aduhai nak manja-manja gedik-gedik pulak dengan kita,
hihi comel lah. Banyak betul gambar dia, taklarat taklarat hihi.
 
[ Hensem boy, Tuah ]
 
[ Bergambar nombor satu budak kecik nih ]
  
Warga tua takramai pun, ada lima orang je. Kira ibu tunggal macam tu lah.
Masing-masing datang dengan family mereka. Ada seorang makcik tu dia cacat penglihatan, sedih rasa hati ni, tapi dia tetap kuat dan gagah.
Jadi kita yang sempurna ini bagaimana? Tepuk hati tanya iman~
 
Rezeki saya dapat iftar satu meja dengan makcik-makcik ni :')
Pengalaman yang sangat manis, Alhamdulillah!
 
[ Warga tua, tapi takdapat ambil gambar semua ]
 
Selepas mereka (anak-anak yatim) terima sumbangan, mereka berada dipentas untuk sesi bergambar sekejap. Ha! Kite pun menyelit lah dekat depan nak snap jugakkk. Haha.
 
[ Anak-anak yatim dari Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi ]
 
Seronok lah apabila tengok mereka berbuka sama-sama. Main sama-sama.
Orang yang menjaga mereka jugak baik-baik, moga Allah sahaja mampu membalas jasa mereka. Allahu. Kadang-kadang kita yang berfamily ini pun takdapat luang masa sepenuhnya bersama kan? Allah.
 
[ Afiqah and Fitri ]
 
[ Kiut miut hihi ]
 
Selain iftar, sampaikan sumbangan, kita ada jugak nasyeed dari kumpulan pelajar-pelajar.
Andddd the last before mereka pulang !
 
[ Jaga diri ya adik-adik sayanggggg ]
 
Alhamdulillah for giving chance spent time with them, such a very wonderful day:')
Thank you Allah for your blessing!
Semoga sentiasa menjadi hamba yang bersyukur ya. Ameen.
 
Itu sahaja. Wallahu'alam.

 
 


Al-Fatihah Buat Pesawat MH17

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
  
Alhamdulillah, still alive:') Awal-awal pagi lagi harini, saya dikejutkan dengan satu text dari seorang sahabat yang menyentuh isu pesawat MH17 terhempas disebabkan peluru berpandu. Dengan blurrnya, ha apakah ini? Letak phone jauh-jauh dulu. Sebab tyme ni tak faham apa yang berlaku malam tadi. Then, bila pagi bukak tv, tengok lah berita pasal ini.
So, baru tahu and faham. Allah, sangat ketinggalan zaman wahai diri. Heh!
  
Macam-macam terbayang dalam kepala. Peluru, tembak-tembak?
Teringat terus Israel-Palestin. You know right about that? Boleh saya fikir, mungkin Israel nak buat serangan udara, then tersalah tembak kena pulak kapal terbang MAS.
Masa ni berfikiran taktahu cerita sebenar. Bila baca surat khabar,barulah faham sikit.
  
Saya fikir, dalam kehidupan kita tiada yang kebetulan, semua yang berlaku dah pun ditulis oleh-Nya. Andddd everything happens with a reason! Jangan lah kita nak salah-salahkan orang lain, itu ini lah, kalau Allah dah takdirkan semua ini, siapa kita nak melawan Dia?
Muhasabah.
  
Selalu pujuk diri, anggaplah ujian yang Allah bagi dekat kita terlalu sikit nak dibandingkan dengan rahmat dan kasih sayang-Nya. Terlalu luas:')
  
Belum selesai kehilangan MH370, datang pula ujian buat kita dengan MH17,
berbalik pada diri, mungkin ini juga teguran daripada Allah untuk negara kita,
negara luar sana sering diuji dan mereka mampu menjadi hebat, jadi kita juga perlu menjadi hebat seperti mereka !
 
[ Kredit ]
 
Al-fatihah buat pesawat MH17, semoga keluarga-keluarga pesawat dan anak-anak kapal tetap tabah di atas dugaan ini lebih-lebih lagi dalam Ramadhan ini.
Jangan terus-menerus bersedih dan melawan takdir, sebaliknya berbalik lah pada Pencipta mohon doa dari Dia. Setiap yang berlaku ada hikmahnya:')
  
Saya disini turut berasa sayu dan hiba. Hanya mampu hulurkan doa.
Moga Allah redha.
  
Wallahu'alam. 
 
#30DaysOfRamadhan#Day20#Alhamdulillah#KEEPPRAYFORGAZAMH370MH17#