Monday, 11 August 2014

BAHAGIA ITU SEDERHANA

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah still alive for this second:') Tatkala aku tidak punya kekuatan,
aku rebah dalam kelalaian diri sendiri, aku takmampu untuk luahkan pada sesiapa,
mungkin perlu pada-Nya. Sahabat ini mengirimkan satu message yang 
"Bahagia itu Sederhana". Lama otak berfikir untuk sentiasa dalam keadaan positive.
Ya we need think positive in everything ! :D

[ Kredit ]

BAHAGIA ITU SEDERHANA

Mendengar isteri membebel dirumah,bererti aku masih punya keluarga.
Mendengar suami masih mendengkur disebelahku bererti aku masih punya suami.
Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah.
Merasa letih setiap petang selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras.
Membersihkan pinggan dan cawan yang kotor setelah menerima tamu
dirumah, 
itu bererti aku punya teman.
Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup.
Mencuci dan menyetrika tumpukan baju, itu bererti aku memiliki pakaian.
Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti aku memiliki tempat tinggal.
Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti aku dipercayai dapat melakukannya.
Mendapatkan banyak komplen dari customer kita menandakan bahawa customer kita masih ada, masih loyal dan menginginkan kita menuju perubahan ke arah lebih baik.
Mendengar bunyi exzos&hon itu bererti aku bisa mendengar bunyi.
Mendengar bunyi Azan di pagi hari, itu bererti aku masih hidup.


Akhirnya banyak hal yand dapat kita syukuri setiap hari. Aku juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar aku masih memiliki teman yang peduli padaku. Dan kerana aku peduli tentangmu maka aku mengirimkannya juga kepadamu.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Semoga yang membaca pesan ini selalu diberkati dengan kesihatan, kebahagiaan dan kedamaian.

Ameen ya Rabbal 'alamin~


Terima kasih sahabatku mengingatkan diri ini :')
Dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih ku hulurkan buat insan yang membaca entry ini !

Semoga manfaat kita dapat bersama, insyaAllah.
Wallahu'alam.

#KEEPPRAYFORUMMAH#KEEPPRAYFORUPUUSM#ALHAMDULILLAH#