Tuesday, 26 August 2014

Put your trust only on Allah !

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

First of all, nothing to say unless Alhamdulillah , thank you Allah for Your blessing :')
Actually minggu nih la minggu yang paling sibuk , minggu yang penuh kelam kabut , minggu stress sebab nak siapkan segala dokumen, borang-borang untuk masuk uni.
Phew phew ! Diri sendiri jugakkkk rasa resah gelisah selagi belum tiba hari pendaftaran,
sebab kan, selagi belum daftar , selagi tu la ada je benda yang belum settle.
Allah. Aku banyak sangat mengeluh, ya Allah maafkan aku T.T

Mana taknya kena buat itu ini dalam jangka masa yang sangat 'short' ,
ya bayangkanlah dengan nak apply scholarship lah pinjaman lah , semua tuh nak kan cop pengesahan orang yang tertentu , ya ya sabar sabar .

Tapi semua ini mengajar aku ..
'dimana aku letakkan erti sabar' 
'dimana aku letak erti siapa usaha dia pasti akan dapat'
'dimana aku letak tanpa kesusahan mana datangnya kebahagiaan'
dimana?
dimana?
Perghhh ! Gedebuk sekali tembak diri sendiri. Padan muka.

Benar, ini baru sedikit nak banding nikmat yang Allah bagi kat kita ,
semudah ini kah kita ingin berputus asa ?
semudah ini kah kita nak kata 'Allah tak tolong aku'
semudah ini kah kita nak melenting tak tentu arah ?
semudah itu kah ?

Sabarlah wahai diri , setiap kesulitan pasti ada jalan penyelesaiannya ,
ingat selalu kita ada 'Allah' . Doa minta dipermudahkan segala urusan. Boleh?
Kita sama-sama usaha yukk mihmih :')

Aku rasa prejudis kalau takdapat bantu seorang sahabat ini yang punya masalah.
Ye la, sibuk uruskan hal peribadi sampai takde mase untuk bantu kawan,
maafkan aku sahabat, aku juga serabut memikirkan semua ini.

Kat sini atiqah ada nak kongsikan pada 'sahabat' :

Pertanyaannya berbunyik cenggini :

1) Hmm atiqah , boleh ke kita further studi dengan apa yang kita buat nih ??

2) Sebab mostly my course pada subjek yang pada awalnya kita tak pernah ambil pun .
Risiko nya ?

3) Lagi-lagi my first year kena hadap semua nih . Kita dah rasa lemah :'(

 ***********************************

Okayy . Mihmih atiqah bagi opinion sikit . Tapi maaf kalau tak membantu.
Ini kita ambil pengalaman dari diri kita sendiri :')
i gabungkan pertanyaan itu dalam satu kertas jawapan okay. Lets read :D

Memang sukar nak terima and jawab soalan nih. Sebab yela kalau kena kat myself pun terfikir benda yang sama. Boleh ke tak boleh ke tak ? Tapi sampai kesudah kita takkan tau selagi 'kita' sendiri belum melaluinya. Ya surely! Sebab every person tuh Allah cipta berbeza-beza dari segi kelebihan dan kelemahan. Means Budak A pandai math tapi kurang chemistry , Budak B pergh hebat chemistry tapi math hancuss . Okay nih contohh je.
So see , sama-sama punya kelebihan dan kelemahan.

Firstly apa-apa pun betulkan niat kita belajar kerana 'apa' ? sebab nak score full mark sokmo ke, sebab nanti besar nak kerjaya hebat-hebat ke? okay mungkin kita akan dapat , tapi redha Allah yang sepatutnya kita kejar , berjayakah kita ? So, niat mesti betul kita menuntut ilmu kerana Allah :')

InsyaAllah bila kita niat betul , kadang-kadang yang sukar pun menjadi mudah.
Tapi kena yakinlah dengan Allah . Jangan ragu-ragu . Kalau kita sendiri ragu-ragu , Allah pun jadi ragu-ragu nak bagi ke tak dekat kita . Okay ?

So belajar je benda baru , and fokus dari awal , jangan main-main , nanti nak exam baru lintang pukang carik note, buku segala bagai , okay tyme tu tahap stress memang overload lah. Orang nak gurau-gurau ngan kita pun dah takboleh . Hehehehe. 
Pengalaman , ha i macam tu jugak lah naseb la sapa yang kena. Maap yaaa :')

So set mind positive tu 'sangat' penting. Buang jauh-jauh negative thinking tuh. Apa orang nak kata pun biaq pi lah ahahaha. Kita buat apa yang kita suka okay ?
Kalau orang boleh , kenapa AKU TAK BOLEH ? Mesti boleh , kena usaha lah sikit .

Janganlah rasa lemah, means kita dah mula give up. Memang bila rasa takmampu kita akan senang-senang give up, akui diri saya juga begitu , tapi cuba kita 'create'kan satu semangat dan azam untuk belaja something yang baru . InsyaAllah takde hal punya . Tu yang kita cakap yang most 'important' adalah niat . Kalau niat kita baik , Allah mesti mudahkan.

Sebab bila Dia dah aturkan kita dengan course begitu , mesti ada hikmah kan?
Okay back to myself, sejujurnya memang dari dulu berat sangat hati nak bawak engineering nih, sebab memang takfaham satu hape pun , engineering nih kerja apa?blablabla. Just only know word 'ENGINEERING' okay fullstop. so inilah yang terjadi harini? sukar jugak nak terima , cita-cita yang takpernah wujud tapi sekarang barulah nak memujuk hati untuk mencari cita-cita baru. Risau? Takut ? Ada semua rasa sekarang . Tapi watlek watpeace je kenkonon dengan penuh hati terima this course. Ya sebab atiqah pun dah takdak choice lain. Ikut sajalah. Rencana Allah tu kan cantik dan hebat ! :D YAKINLAH!

****************************
Inilah sedikit sebanyak yang kita dapat bantu , nak banyak-banyak memang takreti,
kena tanya kaunseling lah kot hihi.
Dapat sikit pun jadilah , tapi kalau baik tu boleh la fikir-fikir, tapi kalau tahpape ke abaikan jela eh hihihii.

Jangan sesedih k. Allah knows everything.
Yakinlah dengan Dia! Bergantung haraplah sepenuhnya pada Dia.
Sekalipun Dia uji kita , pujuklah diri semua ini 'pasti' ada sebab dan hikmah.
Memang susah. Tapi cuba dan terus mencuba. Okay ?

Senyum sikit =)  Mihmih .

Sampai disini sahaja untuk entry kali ini. 
Ampun maaf dipinta kerana tidak dapat diselitkan gambar-gambar untuk tatapan.
Bacalah puas-puas dengan tulisan yang banyakkk.

Moga Allah redha ❤️ ❤️