Wednesday, 28 January 2015

Solat Jamak !== Solat Jamak Qasar

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah for You blessing Ya Rabb. Moga sentiasa rasa bersyukur inside outside. Based on today's title " Jamak !==Jamak Qasar " Huh what's that? --"

Okay first kat sini nak inform dulu lah pasal tajuk tu kenapa ade simbol nih !==
pebenda maksudnyeh tuh? Bagi mereka diluar sana yang belajar programming, tahu maksud dia, tapi kalau takbelajar pun boleh faham lah. 
Bermaksud 'tidak sama' or 'not equal' . Ha cemtuh la lebih kuranggggg :')

[ Kredit ]

Sebelum ni faham-faham, tapi takpernah untuk bertanya untuk lebih memahami soal ini.
Sebab bab-bab ini sebenarnya penting untuk kita tahu, aplikasi dalam kehidupan.
Mula-mula kena betul-betul faham apa beza solat jamak sahaja? Dengan solat jamak qasar? Mari kita fahami bersama mihmih :')

********

Conversation between Insan A and Insan B :

Insan A : Assalamualaikum. Saya nak tanya berkenaan solat jamak qasar. Kita buat solat jamak qasar ni mesti keluar dari kawasan rumah kan, means tak boleh buat dirumah?
Sebagai contoh, saya nak ke kelantan, masa tu dalam waktu zuhur. Jadi saya takboleh buat jamak qasar zuhur dengan asar selagi dirumahkan ?

Insan B : Waalaikumussalam.  Kalau qasar memang takboleh. Sebab terkait dengan jarak dan masih dalam perjalanan. Kalau jamak, ada pendapat mengatakan boleh, ada satu sirah Rasulullah solat jamak di rumah dan keluar musafir. Wallahu'alam.

Insan A : B, kalau jamak sahaja, bermaksud kita himpunkan zuhur dengan asar, maknanya kena buat 4rakaat zuhur 4rakaat asar ke? Sebab saya faham kalau jamak qasar tu yang kita mudahkan jadi 2rakaat zuhur 2rakaat asar.

Insan B : Ya, jamak itu kita himpun. Qasar pula kita pendekkan solat yang 4rakaat menjadi 2rakaat.

Insan A : Yang melebihi 91km (plus minus sebab kurang ingat hehe...) tu kalau kita nak jamak qasar kan? Tapi jamak sahaja tu bila je nak kita buat B?

Insan B : Ya, itu kalau nak qasar. Jamak boleh bila-bila keperluan yang kita perlu jamak, contohnya ketika dalam peperangan, ketika tersangkut traffic jam, dalam banjir, dalam musafir......

Insan A : Ohhhh alhamdulillah faham dah. Sebab selalunya kalau buat, buat jamak qasar yakni yang melebihi 91km perjalanan. Takpernah faham bila nak buat solat jamak sahaja.
Terimakasih B, sekarang dah faham :')


*********************

Alhamdulillah from the conversation, diri ini lebih faham. Banyakkan benda yang kita taktahu tapi buat buat tahu. * itu sombong namanya ish ish ish *

Benda macam ni kita takboleh belajar hanya dengan membaca buku, kena berguru, kena bertanya sebab takut kita salah tafsir sesuatu benda tuh. 

Mana yang rasa belum cukup didada mihmih sama-sama kita pelajari, takyah malu-malu nyet nyet ah nyampah pulak ase hihi. Sebab benda ni kita aplikasi dalam kehidupan seharian. Allah dah bagi kemudahan buat musafir, kenapa taknak ambek?


[ Kredit : Jangan lupa baca nih hokay! ]


Ingat sahabat,
solat itu wajib. solat itu tiang agama. Dalam bagaimana keadaan sekalipun,
solat takboleh excuse senang-senang nak cuti tanpa keuzuran.

"Allah telah mewajibkan ke atas orang-orang Islam yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, solat fardu lima kali sehari semalam. Ianya mesti ditunaikan dalam apa juga keadaan dan dengan apa jua cara sekalipun. Solat adalah tiang agama dan barangsiapa yang meninggalkannya dianggap telah meruntuhkan agamanya. Ini juga antara garis pemisah di antara orang Islam dengan yang lain."

Hanya sekadar perkongsian. Perbetulkan yang silap.

Doakan saya. Doakan perjalanan saya. Doakan diberkati perjalanan menuju ke sana.

-Hamba yang hanya mengharapkan redha Yang Maha Esa-    

Monday, 26 January 2015

Cubalah Untuk Bersyukur

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah dua minggu dah cuti nih, apalah yang kau dah buat ni wahai diri kat rumah sepanjang cuti. Rasa macam 'banyak' sangat dah buang masa T.T

[ Kredit ]

Entry kali ni just simple, bagi sentapan sikit kat diri sendiri dan juga sesiapa yang nak kan sedikit sentapan. Terpulang. Tiada paksaan.

Cubalah untuk bersyukur?
Bersyukur ni meluas, bukan bila dapat results baik je baru nak bersyukur..
Bukan bila dikurniakan cahaya mata je baru nak bersyukur..
Bukan bila dah dirikan rumah tangga je baru nak bersyukur...
Dan banyak lagi..

Tapi,
setiap nikmat yang Allah bagi kita pinjam, kita seharusnya bersyukur. 
Banyak. Terlalu banyak. Tapi bila terlalu banyak pun susah sebab buat manusia lupa, alpa diri seolah-olah semua itu datang dari 'usaha' mereka sendiri.

Tak reflect langsung semua ni 'dari Dia'. Allah, sedih. sedih tahu.
Dengan 'usaha' kita yang sikit ni dapat bawa kita ke mana je wahai diri ??
Ye, aku sendiri prejudis kadang lupa diri. Pentingkan diri. Tapi..

kata-kata ini selalu menguatkan aku, suntikan semangat bila aku rasa down :

" Atiqah..kita pun..penat rasanya..Ingat atiqah, usaha kita yang Allah pandang, tawakal..kebergantungan hamba Allah mesti pada PenciptaNya..kita tak layak nak marah, apatah lagi nak putus asa..Nikmat makan, minum, pakaian,  dan semua yang kita dapat banyak sangat..tapi bila Allah uji kita, takkan kita dah nak merajuk dengan Allah ..takde banding nikmat kita dapat dengan ujian kita yang kecil ni...rezeki tu rahsia Allah..semoga usaha Atiqah ada keajaiban Allah nak tunjuk :) ...." -SAHABAT2014-

Sudah sudahlah kita mengata mengutuk orang, tahu tak setiap kali kita mengata orang tu, seolah-olah kita mengata ciptaan Dia Yang Maha Esa. Biarlah dah Allah jadikan setiap insan tu bagaimana sekalipun. Berhenti mengata , 
muhasabah diri setiap sesuatu kejadian punyai 'hikmah'. Renungkan.

Mungkin kalau kau kurang cantik, tapi budak nih cantik. Tapi cantik luaran tak dapat nak jamin cantik di dalam kan? Lihat, kejadian Dia.
Mungkin kau kurus, tapi budak nih gemuk. Tapi kalau kurus pakai ketat-ketat tambah dosa, dapat apa? Lebih rela gemuk. Lihat, kejadian Dia.
Banyak lagi. Kejadian Allah dah cukup indah, bersyukurlah!

Pegang pada hati,
cubalah belajar bersyukur pada setiap perkara. Banyak.
Jangan beza-bezakan rezeki kita dengan orang lain ya, mungkin baik untuk dia tapi bukan untuk kita, fikir positif dan pandang ke hadapan. Allah Maha Mengetahui segala-galanya.

Nikmat apa lagi yang kau dustakan?

Ini sahaja. Wallahu'alam - Moga Allah redha-


Monday, 19 January 2015

Nak Dunia, Nak Akhirat ...

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, masih bernafas, masih diberi peluang untuk melihat dunia yang serba sergam indah. Alhamdulillah! Masa yang lapang ini, akan ku usaha untuk berkongsi sedikit sebanyak di blog tersayang sebabnya nanti bila mula kuliah, 
update tu update tapi jarang sama sekali.

Berbalik kepada 'Mengapa diri ini pilih tajuk entry Nak Dunia, Nak Akhirat..' ? Mengapa ya?
Hmmm sebenarnya banyak benda nak share dari pengalaman sendiri, keadaan sekeliling, sebab tu tercetusnya idea untuk tulis pasal nih hihi insyaAllah.
 Moga sampai inputnya even sedikit. Doakan :')


[ Kredit ]


Nak Dunia, Nak Akhirat ..means kita nak dua-dua, kena pastikan dunia dengan akhirat seiring, takboleh la dunia kedepan tapi akhirat jauh ke belakang sana. Taknak okayy taknak. Kita cuba muhasabah selalu. Kenapa Allah bagi pinjam dunia ini pada kita?

Okay dekat sini flashback balik 'Apa tujuan hidup kita sebenarnya?'.. Kalau masing-masing dah ada tujuan hidup, matlamat serta visi misi semua tu alhamdulillah. Tapi adakah hanya berkaitan dengan dunia sahaja? Atau dunia akhirat?

Sebagai contoh, budak A ni bapak ah selalu score kaw-kaw masa exam, result gempak gila, straight A selalu, bab-bab belajar memang super duper hebat, aktif lagi, pastu sampai rasa masa tu takpernah cukup, kalau boleh setiap saat nak duk studi ..sampaikan solat pun dilengah-lengahkan, kadang sampai TERlupa untuk tunaikan kewajipan. Nauzubillah! Hati-hati ya. Nanti dalam kubur soalan pertama tanya pasal 'solat', dia taktanya 'macam mana ah nak solve differentation,integration nih' .
Tembak padu pada diri bagi brainwash sikit kat diri ni sekali ~~~ T.T
(Erghhhhh stress ah aku tengok budak cemnih hahaha...)

Budak B pulak, budak ni biase-biase je, score tu score, yang penting bagi dia usaha tuh, dapat macam mana pun terima dengan redha sebab dia tahu Allah tu lebih tahu yang terbaik, lagipun Allah nilai pada usaha bukannya hasil. Solat tepat pada waktu, al-Quran takbiar berhabuk, ukhuwah mantap, sebab pergantungan pada Pencipta dia letak paling tinggi. Allahu Akbar! Hebatnyaaaa mungkin diri ini belum layak dalam kategori ini. Allahu.

 Ulang sekali lagi :

"Allah nilai pada usaha bukannya hasil........" 

Sebab ada je budak yang super duper pandai tapi tak reti solat, tak reti baca quran, kalau macam ni rasa-rasa Allah redha tak? Hmmm. Kadang-kadang bila Allah bagi nikmat kebahagiaan kat kita walhal kita sering melakukan dosa, ni menunjukkan Allah ingin menyesatkan lagi kita , bahasa arab panggil 'istidraj'. Hati-hati ya, pesan pada diri.
Dunia ohsem. Akhirat pun kena ohsem. Macam yang pernah kata sebelum ni, semua saling melengkapi, kurang je jadi tak 'ohsem'. Ulang. Tak 'ohsem' langsungggggg. Heh -_-

Kat sini nak citer pasal orang yang rajen gila stay up. Stay up sampai pagi buta pastu solat subuh pun dah tak nampak. Kadang-kadang sakit hati hanya Allah yang tahu. Tahu tak, kalau korang buat macam ni kat roomate or kawan, dorang pun dapat tempias dosa korang sekali? Nampak? Tak kesian ke. Kalau kejut bukan nak gegas-gegas bangun, buat dengar tak dengar je. Tapi kalau ajak jalan masa tidur pun bangun. Ya Allah sedih sedih lihat umat sekarang. Bukan tak bagi, kalau nak stay up stay up la, itu hak masing-masing tapi solat subuh pun hak korang pandai-pandai jaga okay. Jangan susahkan orang lain. Nak ingatkan, sebab diri ni pun kadang-kadang pernah stay up tapi memang bukan hari-hari sebab mata tak mampu tahan, pernah jugak terlajak solat subuh tu kalau dah tidur lambat, orang panggil 'subuh gajah' tapi tolonglah jangan biar tanpa ada inisiatif.
 Takut-takut Allah tak redha. T.T  
Kan sia-sia semua yang kita buat, sebab yang menjadi kewajipan kita ambil endah tak endah. Minta maaf kalau ada yang terasa sebab ni nak cerita untuk brainwash myself !

Last but not least....


[ Kredit ]

Sahabat, yakin dengan janji Allah. Setiap kesukaran pasti ada jalan penyelesaian,
jangan mudah putus harap dengan Dia, mintalah pertolongan pada Dia, jangan sombong, jangan bila susah je baru ingat, jangan bila waktu exam je baru ingat Dia. Allah T.T

Sahabat, ingatkan aku jika terlalu taksub dengan dunia,
Sahabat, ingatkan aku kalau-kalau aku pentingkan dunia daripada akhirat,
Sahabat ingatkan aku selalu kerana..

Aku hanya hamba biasa, hamba yang sering lupa, hamba yang sering melakukan dosa.

Ambil yang baik, baiki yang kurang. Thanks for reading!  

-Mari audit diri bersama- Moga Allah redha -

Tuesday, 13 January 2015

Dulu, Aku Budak Matrikulasi Je...

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, Allah still give me chances to see this beauty world, still alive to improve myself to be someone better than before. Hihi. Actually, I'm already finish my semester one. Another one semester to go before finish up as first year student. Okehkehkeh.

Back to the point, why i take this topic for this entry? Baik lah hang citer what your planning for your holiday ke ke ke ken ! Hihi. Sabar lah, tu nanti, tapi kali ni rasa nak share serba sedikit life as 'budak matrikulasi' and how to survive there cecewahhhhh!
Through my experiences le dear, ikut suka  mau baca atau tidak! :) Kot kot ada adik-adik kita lepasan SPM masih dilamun 'kedelimaan' matriks ni bagus ke tak, ada life ke, and bla bla bla. Macam ramai yang tanya, so disini bakalku cerita semuanyaaaaaaa :)

Jet jet terobek kembali buat seketika setiap saat di matrikulasi mihmih  

[ Kredit ]

KENAPA APPLY MATRIKULASI?

Haha. Nak citer pasal ni serius lawak sebab kalau nak tahu dulu kan bila dapat pergi satu talk cerita pasal masa depan, means universiti matrikulasi diploma dengan STPM, mula lah rasa terpengaruh 'weh aku taknak oh apply matrikulasi sebab 'orang' kate, matrikulasi ni belambak-lambak dah kat Malaysia nih, satu senang dapat and bila habes study nanti dapat kos lelong-lelong je, pastu susah nak bersaing dengan budak-budak lain untuk masuk universiti sambung degree. Perghhhhhhhh tyme nih memang macam hape je. Pastu last-last bila bukak untuk permohonan, jet jet taknak mohon kot, pastu pergi la beli no pin kat bsn tuh, then apply jugak, hanya atas dasar 'apply jela sebab kawan semua apply, tapi sebenarnya taknak pun and takberharap pun...'hati berbisik sendirian.Ish ish ni jangan ikut ya adik-adik :')

AND THEN KENAPA AMEK MATRIKULASI,KENAPA BUKAN ASASI KE DIPLOMA KE STPM KE?

Sebab paling ringkas.. 'asbabnya diri ini hanya dapat tawaran untuk matrikulasi sahaja.' Sahaja kawan-kawan. Yang mana diri ini terlalu pandang remeh temeh dengan matrikulasi tapi inilah yang Allah beri padaku, Allah uji. Aku takdapat offer universiti means asasi or diploma sekalipun, even nak kate results SPM tak bagus? Mungkin ya tapi ramai je yang kurang sedikit daripada aku, dapat offer universiti. Allah. Masa ni Allah je yang tahu betapa sedihnya hati ni. Tapi bila muhasabah balik, betullah rezeki tu kan milik Allah, ikut suka Dia lah nak bagi pada sesiapa, and bila-bila masa saja. Takkira lah kau pandai ke, kurang pandai ke. Semua sama. Ulang lagi sekali, semua sama okay :) About STPM, memang takdapat sebab dia kalau dapat matrik, stpm takdapat lagipun takmau sebab yeah stpm tough terutama bagi yang nak ambil science, phew phew. But 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan?' haha pepatah Melayu ada kata. depends yourself! :)
So..that's why lah masuk matrik, nasib tau apply tau. Nampak tak? Kalau tak, sampai lani mungkin aku belum diperingkat ijazah lagi. Hihi. Alhamdulillah, terimakasih Ya Allah!

PANDANGAN TENTANG MATRIKULASI OLEH MASYARAKAT LUAR..

Hmm tak digalakkan lah sebab dengar 'orang' kate matriks ni susah sebab laju lagi-lagi budak budak yang amek setahun. Lepastu nanti keluar matriks susah nak dapat universiti sebab kena bersaing dengan budak STPM, diploma juga asasi. Sijil matriks nih bukan laku pun, hanya sekadar tiket untuk ke peringkat ijazah, so kalau belajar main-main kan dah kena ulang balik ambil diploma ke, bla bla bla dan banyak lagi. Segala tohmahan orang aku hadapi dengan macam-macam rasa. Tapi nak buat macam mana aku tiada pilihan. Gagahkan diri untuk harungi semua ini. Hiraukan setiap kata-kata mereka, kerana apa yang aku pegang dalam diri.."setiap orang tu berbeza, kelebihan kelemahan seseorang, dan yakin dengan setiap yang Allah anugerahkan kat kita, kalau Dia bagi tu, maknanya itu yang terbaik dan kita mampu untuk harunginya.." InsyaAllah. Tapi bersyukur sangat sebab family juga saudara mara dan orang sekeliling support, mereka kate pada diri ini, wah tahniah dapat  matriks bukan senang tau dapat, and then dorang suggestkan aku masuk situ sebab boleh improve my SPM result sekali haha and sangat sesuai tuk orang yang masih kabur dalam membuat keputusan nak pergi bidang mana. Because my cousin one of ex-matriculation student, and now he already get phD, so i take this way.. :')

MATRIKULASI ADA SAINS, ADA AKAUN, ADA JUGAK TEKNIKAL..

Disebabkan i'm from Matrik Sains so about ni jela boleh share share. Teknikal taktahu. Ampun maaf sorry dipinta okay. Matrik Perak ada sains juga akaun, tapi akaun sikit sangat nak dibanding dengan budak sains ni, tambah-tambah lagi yang nakal+comel haha. Okay perasannya hoi! For budak sains, dipecahkan kepada tiga(3) module. Jap apa kejadahnya module tuh? Aduhaiii. Module tuh boleh nak citer, apa yang perlu kita amek subjek-subjek di matrikulasi okay. Dulu panggil sains hayat, sains fizikal tapi sekarang tak. Dunia dah makin canggih, kementerian nak dedahkan budak-budak pada teknologi mungkin sebab tuh ditukar nama pada module yang mana pelajar harus ambil subjek Sains Komputer. Pembahagian module dah pun ditetapkan mase register lagi tapi andai kata ada yang nak tukar boleh mohon, lulus tak lulus tu terpulang la pihak matriks sendiri. Btw, bagi diri ini apa yang dapat..'Itu yang terbaik dari Allah sebab Allah sebaik-baik perancang dan penentu..' Ok jap sambung balek about module. Kita ada Module 1, Module 2, Module 3.

Module 1 : Biology, Chemistry, Physics, Mathematics Science, English, Dinamika, 
Agama Islam, (except Sains Komputer)

Module 2 : Physics, Chemistry, Mathematics Science, Sains Komputer, English, Dinamika, Agama Islam, (except Biology)

Module 3 : Biology, Chemistry, Mathematics Science, Sains Komputer, English, Dinamika, Agama Islam, (except Physics)


CEMANA BELAJAR KAT MATRIK? SUSAH? LAJU?

Hoi semua benda kat dunia ini mana ada senang, takkan nak duduk tunggu durian ada depan mata. Kalau macam ni lah, takpayah belajar laaa jawabnya. Tapi semua ni mengajar kita dari banyak aspek. Susah? Benda biasa sebab kalau taksusah semua orang jadi malas nak berusaha, tapi susah tu ada solusinya sahabat. Sama macam ujian Allah kan, bila Allah datangkan kesukaran, Allah sendiri janji jalan yang terbaik hanya dengan 'sabar dan solat'....setiap masalah ada penyelesaian..ada perempuan ada lelaki..ada hidup ada mati..ini umpama semua saling melengkapi. Okay? 

Laju? Haha hakikat memang laju tapi tahlah rasa macam takde la nak kate takboleh catch up langsung, rasa kosong ke sebab even takdapat on the spot masa lecture sekalipun, after tu ade kelas tutorial, ade kelas praktikal, ha masa ni la pergi serbu lecturer tanya la apa yang takfaham. Majority macam tuh, sebab dalam lecture ramai yang belajar sendiri yakni tidur.. haha kalau boleh elakkan tidur sebab fokus dalam kelas lagi banyak impak untuk nanti, revise sesikit pun dah dapat..atau tanya kawan-kawan yang faham, so takde masalah laju ke perlahan...satgi perlahan sangat,merungut kata hmm lambatnya la kuliah kita nih semua kuliah lain dah masuk chapter baru...ish ish manusia, susah nak lari dari merungut kan...termasuk diri ini... T.T Astaghfirullah!

BELAJAR GUNA BUKU ATAU NOTES DAH CUKUP?

Kalau yang ni, sarankan pakai lecture notes dah cukup memadai kot. Takyah bazir duit beli buku tebal-tebal tu pun sebab kalau takguna masa degree nanti kan dah rugii. Haha pengalaman sendiri, ada beli buku reference chemistry kot yang international punya, then tup tup masuk degree amek engineering, satu kaitan chemistry pon dah takdak, jadi buku itu cantik tersusun rapi dalam almari kat rumah, kan rugi ! Hihi actually studi guna lecture note okay dah, pastikan beli setiap chapter la, and suggest kalau nak jugak beli buku, beli lah buku-buku yang koleksi pastyear question sebab sangat-sangat membantu untuk korang! :D soalan dia pusing-pusing situ jugakkkkkkk. Dah beli buat, jangan buat perhiasan, tu pun rugi . take note!

CEMANA SURVIVE KAT MATRIK? STUDI? PROGRAM? USRAH?

Hah sebenarnya ni yang paling penting! Kat bahagian ni yang nak share sikit kat adik-adik okay. Kalau rasa nak amek input, amek la 'hakak' tak kenakan charge pun hihihii :) Masa kat matrik ni yang merubah segalanya hidup diri ini. Hampir 360 darjah kot. Cara belajar, cara aku gunakan setiap masa yang ada. Sebab dulu masa sekolah diri ni asyik fikir belajar, studi, belajar, studi, pusing-pusing lepas belajar kena ambil exam. Kau nak apa sebenarnya dalam hidup ni wahai diri ? Tampar laju-laju sikit kat diri supaya sedar >_<

Even duduk asrama dari form 1 sampai form 5, ye belajar berdikari tapi dalam jangka masa ini masih belum dapat apa itu tujuan sebenar hidup. Adakah dengan hanya belajar, periksa, kau balik dengan kejayaan? tapi hal sekeliling, hal akhirat? masa ni belum titik beratkan barangkali T.T Prejudisnya diri ini ya Allah maafkan aku !

Masa matrik diri ini cuba ubah masa studi. Dulu suka studi sampai lewat malam. Kenkonon stay up omputeh kate. Tapi takdelah bagi impak yang bagus pun, sekali-sekala boleh je tapi bukanlah everyday. Bukan everyday. Weekend cemtu boleh la. And faham assignment,projek,tutorial memang berlambak hihi. Nanti esoknya mula la masuk kelas dengan muka ngantuk, fikiran melayang. Itukah impak yang bagus? Takkesian ke kat diri kita? Waktu malam rehat lah. Takkan 24jam yang Allah bagi, 24jam tu kita nak fokus untuk studi! Masa untuk Allah bila pulak? Allah ..muhasabah kembali.

Sekarang, lebih prefer tidur awal, bangunlah awal sikit pepagi tuh, lepastuh rajin-rajin kanlah buat solat sunat 'atleast' 2 rakaat before buat apa-apa pagi tuh. Pastikan mandi dulu la bagi kejutan sikit kat diri supaya mengantuk pergi jauh-jauh hihi. Then studi lah.. cuba rasai nikmatnya waktu pagi tu. Kalau takpernah try, cer try cer try dulu malas nak citer panjang lebar lagi bagi pengalaman dirasai sendiri ya! :D

And dalam sibuk studi, takde alasan taknak join apa-apa program yang dianjurkan lebih-lebih majlis-majlis ilmu kat masjid ke, taklupa jugak join la usrah bagi 'sado' kan hati-hati kita ni wahai sahabat. Bila sibuk studi ni, mulalah hati asyik tak keruan itu takkena ini takkena so bila ada group usrah ni macam suntikan kekuatan jugak. Disamping tambah ilmu agama. Baru ohsem jadi budak bijak akademik dan bijak agama . InsyaAllah doakan.

Takde istilah 'buang masa' pun kalau kita join benda-benda yang bermanfaat. Malah lebih digalakkan duduk dalam jemaah kan, baru kita jadi kuat, insyaAllah. diri ini selalu ingat pesan naqibah mase matrik, "patutnya kita kena ungkap rasa syukur sebab terpilih berada di jalan ni..even sibuk dengan studi, sibuk dengan exam yang makin hampir..tapi masih membuka ruang untuk join bulatan cinta ni..harapnya perjumpaan kita diberkati dan diredaiNya.Ameen.." Ameen ya Rabbal 'alamin :)

EXAM KAT MATRIK MACAM SEKOLAH KE? Eh.

Hagak-hagak la dik, walaupun matrik ni hampir sama dengan sekolah tapi bab-bab exam ni lebih matured sikit macam budak universiti hehe. Kira ala-ala pre universiti la, pre mahasiswa/wi, taklayak lagi barangkali nak jadi budak uni, jadi matrik ni kira R&R untuk kita buat persediaan ke uni. Ok faham semua? Hihi. Maksudnya, exam bulanan dah takde. Kalau ada pun, istilah yang digunakan adalah quiz, bukan exam. Kalau exam, dalam satu semester tu ada dua kali. Mid-sem, iaitu pertengahan semester dan juga final semester.

Kena pulun sikit, score betul-betul, nanti insyaAllah banyak jalan untuk ke degree. Sebab matrik ni saingan hebat, memang semua dijamin dapat universiti tapi belum jamin dapat kos yang engkorang semua idamkan jadi berhati-hati. Dah dah latu main-main. Hahahahahahaha 'hakak' ni pun bukan serius sangat, belajar ikut suka kejap ok kejap lalalalaa~~~ Jangan ikut ye! :D

LEPAS MATRIK, KENA DEGREE LIMA TAHUN KE SEBAB NAK SETARAF DENGAN BUDAK DIPLOMA?

Ni taktentu dik. Sebab depends on course yang awak-awak ambil. Kalau dia bukan course yang gila-gila, 3tahun lah minimun for degree. Selalunya engineering 4tahun okay. 4tahun hmmmm. Medik jangan citer ah, malas nak citer sebab faham-faham sendiri, hampir 6tahun kot, tapi takpe menuntut ilmu kan, lagi-lagi berkaitan dengan nyawa ummah. fighting fighting ! Hee :D

Diploma 3tahun, tapi bila sambung degree kalau course yang 4tahun, dia hanya 3tahun saja, sebab dorang masuk-masuk je jadi budak second year bukan first year lagi hoho. So habes lebih kurang sama, membezakan hanya umur je lah hihi :)

ADA LAGI PERSOALAN LAIN? 

Dibuka untuk sebarang soalan, hanya yang berkaitan saja ya. Tinggalkan sebarang comment dibawah. InsyaAllah ada masa dan ruang yang dizinkanNya, akan feedback semula.


Last but not least..

[ Kredit ]

All the best semua dalam membuat keputusan, tak kesah la apa dan bagaimana sekalipun, dan yang paling penting nak capai redhaNya. Bukan dunia semata-mata ya.
Ingatan buat diri sendiri yang mudah lupa. Sekian.

Thanks for entry and reading! You're lucky.

May Allah bless