Monday, 26 January 2015

Cubalah Untuk Bersyukur

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah dua minggu dah cuti nih, apalah yang kau dah buat ni wahai diri kat rumah sepanjang cuti. Rasa macam 'banyak' sangat dah buang masa T.T

[ Kredit ]

Entry kali ni just simple, bagi sentapan sikit kat diri sendiri dan juga sesiapa yang nak kan sedikit sentapan. Terpulang. Tiada paksaan.

Cubalah untuk bersyukur?
Bersyukur ni meluas, bukan bila dapat results baik je baru nak bersyukur..
Bukan bila dikurniakan cahaya mata je baru nak bersyukur..
Bukan bila dah dirikan rumah tangga je baru nak bersyukur...
Dan banyak lagi..

Tapi,
setiap nikmat yang Allah bagi kita pinjam, kita seharusnya bersyukur. 
Banyak. Terlalu banyak. Tapi bila terlalu banyak pun susah sebab buat manusia lupa, alpa diri seolah-olah semua itu datang dari 'usaha' mereka sendiri.

Tak reflect langsung semua ni 'dari Dia'. Allah, sedih. sedih tahu.
Dengan 'usaha' kita yang sikit ni dapat bawa kita ke mana je wahai diri ??
Ye, aku sendiri prejudis kadang lupa diri. Pentingkan diri. Tapi..

kata-kata ini selalu menguatkan aku, suntikan semangat bila aku rasa down :

" Atiqah..kita pun..penat rasanya..Ingat atiqah, usaha kita yang Allah pandang, tawakal..kebergantungan hamba Allah mesti pada PenciptaNya..kita tak layak nak marah, apatah lagi nak putus asa..Nikmat makan, minum, pakaian,  dan semua yang kita dapat banyak sangat..tapi bila Allah uji kita, takkan kita dah nak merajuk dengan Allah ..takde banding nikmat kita dapat dengan ujian kita yang kecil ni...rezeki tu rahsia Allah..semoga usaha Atiqah ada keajaiban Allah nak tunjuk :) ...." -SAHABAT2014-

Sudah sudahlah kita mengata mengutuk orang, tahu tak setiap kali kita mengata orang tu, seolah-olah kita mengata ciptaan Dia Yang Maha Esa. Biarlah dah Allah jadikan setiap insan tu bagaimana sekalipun. Berhenti mengata , 
muhasabah diri setiap sesuatu kejadian punyai 'hikmah'. Renungkan.

Mungkin kalau kau kurang cantik, tapi budak nih cantik. Tapi cantik luaran tak dapat nak jamin cantik di dalam kan? Lihat, kejadian Dia.
Mungkin kau kurus, tapi budak nih gemuk. Tapi kalau kurus pakai ketat-ketat tambah dosa, dapat apa? Lebih rela gemuk. Lihat, kejadian Dia.
Banyak lagi. Kejadian Allah dah cukup indah, bersyukurlah!

Pegang pada hati,
cubalah belajar bersyukur pada setiap perkara. Banyak.
Jangan beza-bezakan rezeki kita dengan orang lain ya, mungkin baik untuk dia tapi bukan untuk kita, fikir positif dan pandang ke hadapan. Allah Maha Mengetahui segala-galanya.

Nikmat apa lagi yang kau dustakan?

Ini sahaja. Wallahu'alam - Moga Allah redha-


No comments:

Post a Comment