Wednesday, 8 April 2015

Hormati perasaan orang lain okay ? :)

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum. Ada orang ke yang singgah di indahnyaberbicara.blogspot.com nih? 
Kalau takde pun nak bagi salam jugak hehe.

Hmm rasa dah letih nak menyiapkan esaimen yang berlambak tuh, tengok jam pun dah pukul 2pagi, waktu begini jarang aku berjaga, lebih-lebih lagi bila di hostel. Ya. Bila cuti tu pun kadang-kadang je, hihi. Ikut pada kekuatan fizikal haha ok stop merapu!
Alang-alang waktu cenggini wifi pun bergerak pantas, kenapa tidak ambil peluang untuk menghupdate blog ini? Hmm cuti jela mase selalu jenguk blog, hihi okay hari-hari jenguk, tapi bila takcuti, jenguk tu jenguk jugak tapi tak update pun. Ok atiqah takrajen! T.T

[Kredit]

Tengok tajuk bunyik cam takpuas hati je ken? Dah kenapa nih?
Hmm tak adelah just tajuk je, hormati perasaan orang lain, tu luas maksudnya.
Perasaan siapa? Aku, kau, dia, mereka, kawan, pensyarah, mak ayah. Hah banyakkan!

Nih rasa nak kongsi, disebabkan ni ala-ala my diary jadi kepada sesiapa yang TERsinggah tuh, harap baca dengan hati yang gumbira, jangan stress ya! Kalau rasa taksuke, or tahpape la entry atiqah nih , boleh la boleh la click button [x] di hujung web page tuh.
 Jangan macam-macam ye, itew babap kang !
Hihi, chill dah la. Ini semua gurau saje di hening malam yang indah dek angin sepoi-sepoi. Kehkehkeh mane tak sepoinya dah aku duduk bawah kipas sekarang ni. Okay cukup.

****************************

Hormati perasaan. Contohnya.

"Weh..aku takstudi pape lagi nih, nak jawab ape ni nanti.."
"Hmm. Aku un studi sikit je baru, banyak gak takstudi lagi nih......."
"Elehhhh. Kau mesti ah studi banyak dah, takyah lah nak tipu......."
"..diam (malas nak layankan buat hati membara je).."

Kat sini menunjukkan, jangan 'judge' semua orang tu dengan apa yang awak awak rasa. Awak tahu betul ke dia berbuat demikian? Kalau betul apa yang dia kate, awak dapat rasa tak ape perasaan dia masa tuh? Takdapat rasakan? Jadi, hormati perasaan orang lain.
Jangan disebabkan bait-bait kata awak, buatkan dia luluh airmata. Jaga-jaga.

Hormati perasaan. Contohnya.

" Pelajar..awak dikehendaki buat tutorial ni setelah habes belajar, buat esaimen yang saya suruh..siapkanlah ye..."
"Weh.. aku malas lah nak buat tutorial, esaimen, projek bagai nih..lagipun takpe kot bukan nak kene check pun........"
"Okay...No 2 tutorial 3, buat tak semua?..."
" diam (barangkali buat lah tu..positive thinking)........"

Kat sini, sebenarnya kita kena hormati guru mahupun pensyarah yang dah susah payah korbankan masa untuk curahkan ilmu pada kita, sekalipun kau dah malas nak buat kerja yang disuruh, atleast hormat dia sebagai guru sepanjang berada dalam kelas. Okay?

Hormati perasaan. Contohnya.

"Aku kate aku taknak, aku taknak lah. Jangan paksa boleh!.."
"Alahai kau, yela kau taknak dahla, aku malas nak layan.."
" diam (malas nak layan nanti buat sakit hati)..."

Kat sini pulak, kita jangan lah cepat marah, merajuk dengan dia. Mana kita tahu ada sebab dia taknak buat apa yang kita suruh, dia ada masalah ke, atau ada urusan yang jauh lebih penting ke dia nak buat, yang penting kita dah pelawa, nak tak nak itu hak dia. Okay?

Hormati perasaan. Contohnya.

"Wehh..aku dapat sikit je doh markah quiz kali nih.."
" Hmm, okay latu..atleast banyaklah jugak..."
"Alaa kau mesti lagi teror kan, lagi tinggi...."
"Hmm.......(berlalu pergi) "

Bersyukurlah dengan apa yang kita dapat. Fikir pulak perasaan sahabat kita yang kurang bernasib baik. Ada engkorang terfikir? Kau rasa kau punya super terok, kau ade fikir sahabat korang yang lagi terok? Ada fikir? Sebab tulah, kalau kita rasa kitalah orang yang paling hebat, kita kena fikir ade yang jauh lebih hebat dari kita, dan bila kita rasa kitalah orang yang paling bawah, ada lagi insan yang jauh lebih bawah dari kita..Barulah kita kenal erti bersyukur. Takut-takut nanti kau mengundang rasa tak redha pulak dengan nikmat yang Dia bagi selama nih. Nauzubillah, mohon dijauhkan!
-..* ingatan pada diri sendiri*..-

*******************

Allahu. Nampak tak? Bukti Allah nak tunjuk. Kalau rasa takde benda yang bermanfaat, berfaedah untuk dibicarakan, diam itu lebih baik. Kalau cakap timbulkan salah faham, timbulkan permusuhan, timbulkan pergaduhan, pilihlah untuk berdiam. Biarlah mereka nak kata kita 'sombong' sekalipun. Ya aku juga sedih bila aku sendiri dalam situasi ini. Taktahu kenapa begitu lemah dan cepat sangat perasaan sayu hiba sedih semua, lebih-lebih lagi bila duduk berjauhan dengan keluarga. Kau punya homesick masyaAllah megalahkan budak kecik hihi. Aku kuat ahhhhhhh ! *puji diri sendiri kehkehkeh*

Kadang-kadang rasa, 'kau takfaham apa yang aku rasa'..
'kau boleh lah cakap macam tuh..'
'atleast kau hormati, cukuplah..aku takpernah nak suruh kau rasa..'
'sebab aku tahu sakitnya bagaimana..'
cuma yang aku minta, hormati. Cukuplah dengan hormati. :)

Sebab kita taktahu perasaan orang lain, dia okay ke tak, dia sedih ke bahagia masa tu kan, hati-hati ya. Apa-apa pun setiap kebahagiaan yang diberi , kita kena hargai. Dialah insan yang ada ketika senang mahupun susah. Kalau mood takbaik, mohon kau duduk jauh-jauh sikit, sebab nanti kalau orang datang dekat, kau pulak tertumbok dia acane?
kan dah jadi kes berat hihi. Moga takde la sebab semua baik-baik ken?
InsyaAllah. :)

Mintalah pertolongan daripada Allah dengan sabar dan solat.
Manusia takdapat nak bagi, tapi Dia yang berhak bagi.
Jadi apalah salah setiap sesuatu itu kita dahulukan dulu pada Dia..? Mengadu pada Dia!
Barulah kita pergi pada dia..yakni sesama manusia..

[ Ingatlah rezeki kita ada di tangan Allah, bersyukurlah ]


Ingatlah. Jika awak awak hormati orang lain, orang lain akan hormati awak awak balek. Macam ayat ni " what you give, you get back ". It facts !
Jadi, pujuk hati baik-baik, moga ada hati yang baik yang sentiasa nak memahami perasaan orang lain, kita bantu dia bila bermasalah, even sekalipun kau tak berdaya nak membantu, diam lebih baik, bantulah dengan cara mendoakannya..
 jangan kau terus menerus sakiti hati dia..

Itu sahaja buat entry kalini. Mana yang baik ambillah, yang takbermanfaat damaikan dari ingatan ya. Terimakasih atas kunjungan ke blog ini! Nah cekelat -- @_@
Jam pun menunjukkan hampir pukul 3pagi. 

Kalau subuh gajah esok? 
Rasa-rasa berbaloi tak nikmat hidup kau?

Okayy. Aseef atas salah silap. Moga bertemu jodoh lagi di lain hari,
insyaAllah dengan izin Dia. May Allah bless :)

0250am
08042015
^_^

Saturday, 4 April 2015

Berdakwahlah setelah mendapat tarbiyah

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, saat jari jemariku mengklik button 'NewPost' untuk update blog kesayangan yang mana hampir dua bulan dibiarkan tanpa kabar berita, bermulanya masuk semester dua, sampailah harini dah mula cuti pertengahan semester dua sudah. Mana hilangnya?
Tak hilang, cuma perlukan masa untuk mencari idea untuk menulis, 
bila terlalu banyak masa digunakan untuk kepentingan dunia, beginilah jadinya lupa untuk beringat dan mengingatkan antara kita. Muhasabah.

[ Seek Allah's help with Sabr and Solat :) ]

Apa kaitan entry kali ni? Dakwah? Tarbiyah? Benda yang sama ke?
Hmm. Actually dakwah dan tarbiyah dua benda yang berbeza. Mana boleh manusia mampu berada di jalan dakwah sebelum mendapat tarbiyah ? Dan tiada guna jugak bila manusia sentiasa perlukan tarbiyah dari seorang yang berlimu contohnya ustazah,murabbi, naqib/naqibah.. tetapi tidak mahu berdakwah? Di sini kita dapat lihat tarbiyah dan dakwah perlu jalan seiring, takboleh kau pilih satu je, sama lah dengan analogi, kau nak hidup je sentiasa atas dunia nih, kau takfikir langsung pasal mati, 
tapi hakikatnya kau tahu 'Mati itu Pasti.' Faham ?

Okay la, kat sini secara general jela, tarbiyah Islamiyyah means suatu pendidikan yang berterusan ke arah pengabdian diri kepada Allah swt. Dakwah pula menyeru manusia pada kebaikan macam 'amar makruf nahi mungkar' . Tahu tak amar makruf nahi mungkar tu mende? Kalau tak tahu, buat buat lah pergi menuntut ilmu akhirat banyak-banyak.

Allah. Makin hari makin buat aku sedih melihat dunia ini. Melihat keadaan sekeliling. Takpayah tengok jauh, keadaan sekeliling aku sekarang ni banyak dah membuatkan aku dan sahabat-sahabat lain mengambil pengajaran serta ibrah dari apa yang ditetapkan  Dia.
Bahan dakwah buat kami. Depan mata. Depan mata. Tetapi kami masih belum mempunyai kekuatan yang tinggi untuk membantu manusia yang sedikit lupa dengan kemewahan dunia ini. Allah. Berat rasa berat. Tapi siapa aku nak mengeluh, siapa aku nak lawan takdir Dia yang turunkan nikmat ujian ini? 

Adakah kau sanggup biarkan maksiat didepan mata, dengan tanpa berusaha ke arah amar makruf nahi mungkar? silap silap kau sekali ditarik ke dalam neraka dek kerana terlibat dalam kancah dosa ini. Nauzubillah T.T

Tarbiyah. Setiap manusia di atas bumi ini perlukannya--> tarbiyah.
Sebab apa? Mendidik diri kita untuk menjadi seorang 'hamba' yang mempunyai tanggungjawab terhadap diri, agama, bangsa dan negara. Kau tak duduk sorang-sorang kat dunia ini, jadi kau kena ingat tuh! Lagi satu tujuan Allah hidupkan kita didunia ini sebagai khalifah dimuka bumi ni, khalifah. Yakni pemimpin. ~~~____~~~ 
--kau disini termasuklah aku, maaf sebab guna kau-

Contohnya kau dapat tarbiyah dari seorang murabbi atau naqibah, kau faham apa itu tarbiyah, kau faham KENAPA kau perlukan tarbiyah dalam hidup, dan kau juga tahu apa yang perlu kau buat setelah kau DITARBIYAH. Kita perlukan tarbiyah dalam hidup, sebab kita taknak terlalu hidup dengan asyik mencari ilmu dunia, tapi ilmu akhirat kau takde. Orang putih kate 'ZERO'. Walaupun kau belajar akademik sampai PHD pun, tapi ilmu agama kau takde, aku takheran, aku takjelous. Langsunggg! 
Indeed, YOU MUST HAVE DEEN IN YOUR TRUE LIFE! :)

[ Kredit ]

Hehe, memang rasa taksuka nak cerita pasal ni, rasa emosi MasyaAllah. Hanya disebabkan geram, dan sedih dengan kelemahan diri sendiri yang takmampu lagi untuk benar-benar berada di atas jalan dakwah. Means jalan menyeru pada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran. Ye, masih terlalu lemah. Aku akui.

Lebih-lebih lagi bila kami telah pun ditarbiyah dan perlukan jalan untuk berdakwah. Makin banyak cabaran yang Allah tunjuk di depan mata. Ye makin banyak. 
Mungkin salah satu bahan dakwah buat kami. Sekadar melihat saja ke? Kau takrasa serba salah dengan hanya melihat ? **still talking to myself**

Kadang-kadang cuba untuk pesan pada diri, bersangka baik, bersangka baik, fikir positive, fikir positive, ye memang aku cuba. Tapi aku juga takut bila terlalu aku bersangka baik, aku dalam keadaan yang selesa, aku biarkan dia, aku malas nak ambil tahu pasal dia, andainya sesuatu berlaku, siapa yang harus dipersalahkan? T.T

Baiklah. Buatlah apa yang kau rasa baik untuk diri kau. Kau marah bila ditegur, kau makin jauh bila ditegur, kami hormati, dan kami hanya mampu doakan yang terbaik buat masa sekarang nih. 

Berubahlah sahabat, kami sayang sebab tu kami fikir untuk kebaikan :)

Last but not least ..


Wallahu 'alam. May Allah bless.


1258
04042015