Tuesday, 13 January 2015

Dulu, Aku Budak Matrikulasi Je...

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, Allah still give me chances to see this beauty world, still alive to improve myself to be someone better than before. Hihi. Actually, I'm already finish my semester one. Another one semester to go before finish up as first year student. Okehkehkeh.

Back to the point, why i take this topic for this entry? Baik lah hang citer what your planning for your holiday ke ke ke ken ! Hihi. Sabar lah, tu nanti, tapi kali ni rasa nak share serba sedikit life as 'budak matrikulasi' and how to survive there cecewahhhhh!
Through my experiences le dear, ikut suka  mau baca atau tidak! :) Kot kot ada adik-adik kita lepasan SPM masih dilamun 'kedelimaan' matriks ni bagus ke tak, ada life ke, and bla bla bla. Macam ramai yang tanya, so disini bakalku cerita semuanyaaaaaaa :)

Jet jet terobek kembali buat seketika setiap saat di matrikulasi mihmih  

[ Kredit ]

KENAPA APPLY MATRIKULASI?

Haha. Nak citer pasal ni serius lawak sebab kalau nak tahu dulu kan bila dapat pergi satu talk cerita pasal masa depan, means universiti matrikulasi diploma dengan STPM, mula lah rasa terpengaruh 'weh aku taknak oh apply matrikulasi sebab 'orang' kate, matrikulasi ni belambak-lambak dah kat Malaysia nih, satu senang dapat and bila habes study nanti dapat kos lelong-lelong je, pastu susah nak bersaing dengan budak-budak lain untuk masuk universiti sambung degree. Perghhhhhhhh tyme nih memang macam hape je. Pastu last-last bila bukak untuk permohonan, jet jet taknak mohon kot, pastu pergi la beli no pin kat bsn tuh, then apply jugak, hanya atas dasar 'apply jela sebab kawan semua apply, tapi sebenarnya taknak pun and takberharap pun...'hati berbisik sendirian.Ish ish ni jangan ikut ya adik-adik :')

AND THEN KENAPA AMEK MATRIKULASI,KENAPA BUKAN ASASI KE DIPLOMA KE STPM KE?

Sebab paling ringkas.. 'asbabnya diri ini hanya dapat tawaran untuk matrikulasi sahaja.' Sahaja kawan-kawan. Yang mana diri ini terlalu pandang remeh temeh dengan matrikulasi tapi inilah yang Allah beri padaku, Allah uji. Aku takdapat offer universiti means asasi or diploma sekalipun, even nak kate results SPM tak bagus? Mungkin ya tapi ramai je yang kurang sedikit daripada aku, dapat offer universiti. Allah. Masa ni Allah je yang tahu betapa sedihnya hati ni. Tapi bila muhasabah balik, betullah rezeki tu kan milik Allah, ikut suka Dia lah nak bagi pada sesiapa, and bila-bila masa saja. Takkira lah kau pandai ke, kurang pandai ke. Semua sama. Ulang lagi sekali, semua sama okay :) About STPM, memang takdapat sebab dia kalau dapat matrik, stpm takdapat lagipun takmau sebab yeah stpm tough terutama bagi yang nak ambil science, phew phew. But 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan?' haha pepatah Melayu ada kata. depends yourself! :)
So..that's why lah masuk matrik, nasib tau apply tau. Nampak tak? Kalau tak, sampai lani mungkin aku belum diperingkat ijazah lagi. Hihi. Alhamdulillah, terimakasih Ya Allah!

PANDANGAN TENTANG MATRIKULASI OLEH MASYARAKAT LUAR..

Hmm tak digalakkan lah sebab dengar 'orang' kate matriks ni susah sebab laju lagi-lagi budak budak yang amek setahun. Lepastu nanti keluar matriks susah nak dapat universiti sebab kena bersaing dengan budak STPM, diploma juga asasi. Sijil matriks nih bukan laku pun, hanya sekadar tiket untuk ke peringkat ijazah, so kalau belajar main-main kan dah kena ulang balik ambil diploma ke, bla bla bla dan banyak lagi. Segala tohmahan orang aku hadapi dengan macam-macam rasa. Tapi nak buat macam mana aku tiada pilihan. Gagahkan diri untuk harungi semua ini. Hiraukan setiap kata-kata mereka, kerana apa yang aku pegang dalam diri.."setiap orang tu berbeza, kelebihan kelemahan seseorang, dan yakin dengan setiap yang Allah anugerahkan kat kita, kalau Dia bagi tu, maknanya itu yang terbaik dan kita mampu untuk harunginya.." InsyaAllah. Tapi bersyukur sangat sebab family juga saudara mara dan orang sekeliling support, mereka kate pada diri ini, wah tahniah dapat  matriks bukan senang tau dapat, and then dorang suggestkan aku masuk situ sebab boleh improve my SPM result sekali haha and sangat sesuai tuk orang yang masih kabur dalam membuat keputusan nak pergi bidang mana. Because my cousin one of ex-matriculation student, and now he already get phD, so i take this way.. :')

MATRIKULASI ADA SAINS, ADA AKAUN, ADA JUGAK TEKNIKAL..

Disebabkan i'm from Matrik Sains so about ni jela boleh share share. Teknikal taktahu. Ampun maaf sorry dipinta okay. Matrik Perak ada sains juga akaun, tapi akaun sikit sangat nak dibanding dengan budak sains ni, tambah-tambah lagi yang nakal+comel haha. Okay perasannya hoi! For budak sains, dipecahkan kepada tiga(3) module. Jap apa kejadahnya module tuh? Aduhaiii. Module tuh boleh nak citer, apa yang perlu kita amek subjek-subjek di matrikulasi okay. Dulu panggil sains hayat, sains fizikal tapi sekarang tak. Dunia dah makin canggih, kementerian nak dedahkan budak-budak pada teknologi mungkin sebab tuh ditukar nama pada module yang mana pelajar harus ambil subjek Sains Komputer. Pembahagian module dah pun ditetapkan mase register lagi tapi andai kata ada yang nak tukar boleh mohon, lulus tak lulus tu terpulang la pihak matriks sendiri. Btw, bagi diri ini apa yang dapat..'Itu yang terbaik dari Allah sebab Allah sebaik-baik perancang dan penentu..' Ok jap sambung balek about module. Kita ada Module 1, Module 2, Module 3.

Module 1 : Biology, Chemistry, Physics, Mathematics Science, English, Dinamika, 
Agama Islam, (except Sains Komputer)

Module 2 : Physics, Chemistry, Mathematics Science, Sains Komputer, English, Dinamika, Agama Islam, (except Biology)

Module 3 : Biology, Chemistry, Mathematics Science, Sains Komputer, English, Dinamika, Agama Islam, (except Physics)


CEMANA BELAJAR KAT MATRIK? SUSAH? LAJU?

Hoi semua benda kat dunia ini mana ada senang, takkan nak duduk tunggu durian ada depan mata. Kalau macam ni lah, takpayah belajar laaa jawabnya. Tapi semua ni mengajar kita dari banyak aspek. Susah? Benda biasa sebab kalau taksusah semua orang jadi malas nak berusaha, tapi susah tu ada solusinya sahabat. Sama macam ujian Allah kan, bila Allah datangkan kesukaran, Allah sendiri janji jalan yang terbaik hanya dengan 'sabar dan solat'....setiap masalah ada penyelesaian..ada perempuan ada lelaki..ada hidup ada mati..ini umpama semua saling melengkapi. Okay? 

Laju? Haha hakikat memang laju tapi tahlah rasa macam takde la nak kate takboleh catch up langsung, rasa kosong ke sebab even takdapat on the spot masa lecture sekalipun, after tu ade kelas tutorial, ade kelas praktikal, ha masa ni la pergi serbu lecturer tanya la apa yang takfaham. Majority macam tuh, sebab dalam lecture ramai yang belajar sendiri yakni tidur.. haha kalau boleh elakkan tidur sebab fokus dalam kelas lagi banyak impak untuk nanti, revise sesikit pun dah dapat..atau tanya kawan-kawan yang faham, so takde masalah laju ke perlahan...satgi perlahan sangat,merungut kata hmm lambatnya la kuliah kita nih semua kuliah lain dah masuk chapter baru...ish ish manusia, susah nak lari dari merungut kan...termasuk diri ini... T.T Astaghfirullah!

BELAJAR GUNA BUKU ATAU NOTES DAH CUKUP?

Kalau yang ni, sarankan pakai lecture notes dah cukup memadai kot. Takyah bazir duit beli buku tebal-tebal tu pun sebab kalau takguna masa degree nanti kan dah rugii. Haha pengalaman sendiri, ada beli buku reference chemistry kot yang international punya, then tup tup masuk degree amek engineering, satu kaitan chemistry pon dah takdak, jadi buku itu cantik tersusun rapi dalam almari kat rumah, kan rugi ! Hihi actually studi guna lecture note okay dah, pastikan beli setiap chapter la, and suggest kalau nak jugak beli buku, beli lah buku-buku yang koleksi pastyear question sebab sangat-sangat membantu untuk korang! :D soalan dia pusing-pusing situ jugakkkkkkk. Dah beli buat, jangan buat perhiasan, tu pun rugi . take note!

CEMANA SURVIVE KAT MATRIK? STUDI? PROGRAM? USRAH?

Hah sebenarnya ni yang paling penting! Kat bahagian ni yang nak share sikit kat adik-adik okay. Kalau rasa nak amek input, amek la 'hakak' tak kenakan charge pun hihihii :) Masa kat matrik ni yang merubah segalanya hidup diri ini. Hampir 360 darjah kot. Cara belajar, cara aku gunakan setiap masa yang ada. Sebab dulu masa sekolah diri ni asyik fikir belajar, studi, belajar, studi, pusing-pusing lepas belajar kena ambil exam. Kau nak apa sebenarnya dalam hidup ni wahai diri ? Tampar laju-laju sikit kat diri supaya sedar >_<

Even duduk asrama dari form 1 sampai form 5, ye belajar berdikari tapi dalam jangka masa ini masih belum dapat apa itu tujuan sebenar hidup. Adakah dengan hanya belajar, periksa, kau balik dengan kejayaan? tapi hal sekeliling, hal akhirat? masa ni belum titik beratkan barangkali T.T Prejudisnya diri ini ya Allah maafkan aku !

Masa matrik diri ini cuba ubah masa studi. Dulu suka studi sampai lewat malam. Kenkonon stay up omputeh kate. Tapi takdelah bagi impak yang bagus pun, sekali-sekala boleh je tapi bukanlah everyday. Bukan everyday. Weekend cemtu boleh la. And faham assignment,projek,tutorial memang berlambak hihi. Nanti esoknya mula la masuk kelas dengan muka ngantuk, fikiran melayang. Itukah impak yang bagus? Takkesian ke kat diri kita? Waktu malam rehat lah. Takkan 24jam yang Allah bagi, 24jam tu kita nak fokus untuk studi! Masa untuk Allah bila pulak? Allah ..muhasabah kembali.

Sekarang, lebih prefer tidur awal, bangunlah awal sikit pepagi tuh, lepastuh rajin-rajin kanlah buat solat sunat 'atleast' 2 rakaat before buat apa-apa pagi tuh. Pastikan mandi dulu la bagi kejutan sikit kat diri supaya mengantuk pergi jauh-jauh hihi. Then studi lah.. cuba rasai nikmatnya waktu pagi tu. Kalau takpernah try, cer try cer try dulu malas nak citer panjang lebar lagi bagi pengalaman dirasai sendiri ya! :D

And dalam sibuk studi, takde alasan taknak join apa-apa program yang dianjurkan lebih-lebih majlis-majlis ilmu kat masjid ke, taklupa jugak join la usrah bagi 'sado' kan hati-hati kita ni wahai sahabat. Bila sibuk studi ni, mulalah hati asyik tak keruan itu takkena ini takkena so bila ada group usrah ni macam suntikan kekuatan jugak. Disamping tambah ilmu agama. Baru ohsem jadi budak bijak akademik dan bijak agama . InsyaAllah doakan.

Takde istilah 'buang masa' pun kalau kita join benda-benda yang bermanfaat. Malah lebih digalakkan duduk dalam jemaah kan, baru kita jadi kuat, insyaAllah. diri ini selalu ingat pesan naqibah mase matrik, "patutnya kita kena ungkap rasa syukur sebab terpilih berada di jalan ni..even sibuk dengan studi, sibuk dengan exam yang makin hampir..tapi masih membuka ruang untuk join bulatan cinta ni..harapnya perjumpaan kita diberkati dan diredaiNya.Ameen.." Ameen ya Rabbal 'alamin :)

EXAM KAT MATRIK MACAM SEKOLAH KE? Eh.

Hagak-hagak la dik, walaupun matrik ni hampir sama dengan sekolah tapi bab-bab exam ni lebih matured sikit macam budak universiti hehe. Kira ala-ala pre universiti la, pre mahasiswa/wi, taklayak lagi barangkali nak jadi budak uni, jadi matrik ni kira R&R untuk kita buat persediaan ke uni. Ok faham semua? Hihi. Maksudnya, exam bulanan dah takde. Kalau ada pun, istilah yang digunakan adalah quiz, bukan exam. Kalau exam, dalam satu semester tu ada dua kali. Mid-sem, iaitu pertengahan semester dan juga final semester.

Kena pulun sikit, score betul-betul, nanti insyaAllah banyak jalan untuk ke degree. Sebab matrik ni saingan hebat, memang semua dijamin dapat universiti tapi belum jamin dapat kos yang engkorang semua idamkan jadi berhati-hati. Dah dah latu main-main. Hahahahahahaha 'hakak' ni pun bukan serius sangat, belajar ikut suka kejap ok kejap lalalalaa~~~ Jangan ikut ye! :D

LEPAS MATRIK, KENA DEGREE LIMA TAHUN KE SEBAB NAK SETARAF DENGAN BUDAK DIPLOMA?

Ni taktentu dik. Sebab depends on course yang awak-awak ambil. Kalau dia bukan course yang gila-gila, 3tahun lah minimun for degree. Selalunya engineering 4tahun okay. 4tahun hmmmm. Medik jangan citer ah, malas nak citer sebab faham-faham sendiri, hampir 6tahun kot, tapi takpe menuntut ilmu kan, lagi-lagi berkaitan dengan nyawa ummah. fighting fighting ! Hee :D

Diploma 3tahun, tapi bila sambung degree kalau course yang 4tahun, dia hanya 3tahun saja, sebab dorang masuk-masuk je jadi budak second year bukan first year lagi hoho. So habes lebih kurang sama, membezakan hanya umur je lah hihi :)

ADA LAGI PERSOALAN LAIN? 

Dibuka untuk sebarang soalan, hanya yang berkaitan saja ya. Tinggalkan sebarang comment dibawah. InsyaAllah ada masa dan ruang yang dizinkanNya, akan feedback semula.


Last but not least..

[ Kredit ]

All the best semua dalam membuat keputusan, tak kesah la apa dan bagaimana sekalipun, dan yang paling penting nak capai redhaNya. Bukan dunia semata-mata ya.
Ingatan buat diri sendiri yang mudah lupa. Sekian.

Thanks for entry and reading! You're lucky.

May Allah bless