Wednesday, 28 January 2015

Solat Jamak !== Solat Jamak Qasar

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah for You blessing Ya Rabb. Moga sentiasa rasa bersyukur inside outside. Based on today's title " Jamak !==Jamak Qasar " Huh what's that? --"

Okay first kat sini nak inform dulu lah pasal tajuk tu kenapa ade simbol nih !==
pebenda maksudnyeh tuh? Bagi mereka diluar sana yang belajar programming, tahu maksud dia, tapi kalau takbelajar pun boleh faham lah. 
Bermaksud 'tidak sama' or 'not equal' . Ha cemtuh la lebih kuranggggg :')

[ Kredit ]

Sebelum ni faham-faham, tapi takpernah untuk bertanya untuk lebih memahami soal ini.
Sebab bab-bab ini sebenarnya penting untuk kita tahu, aplikasi dalam kehidupan.
Mula-mula kena betul-betul faham apa beza solat jamak sahaja? Dengan solat jamak qasar? Mari kita fahami bersama mihmih :')

********

Conversation between Insan A and Insan B :

Insan A : Assalamualaikum. Saya nak tanya berkenaan solat jamak qasar. Kita buat solat jamak qasar ni mesti keluar dari kawasan rumah kan, means tak boleh buat dirumah?
Sebagai contoh, saya nak ke kelantan, masa tu dalam waktu zuhur. Jadi saya takboleh buat jamak qasar zuhur dengan asar selagi dirumahkan ?

Insan B : Waalaikumussalam.  Kalau qasar memang takboleh. Sebab terkait dengan jarak dan masih dalam perjalanan. Kalau jamak, ada pendapat mengatakan boleh, ada satu sirah Rasulullah solat jamak di rumah dan keluar musafir. Wallahu'alam.

Insan A : B, kalau jamak sahaja, bermaksud kita himpunkan zuhur dengan asar, maknanya kena buat 4rakaat zuhur 4rakaat asar ke? Sebab saya faham kalau jamak qasar tu yang kita mudahkan jadi 2rakaat zuhur 2rakaat asar.

Insan B : Ya, jamak itu kita himpun. Qasar pula kita pendekkan solat yang 4rakaat menjadi 2rakaat.

Insan A : Yang melebihi 91km (plus minus sebab kurang ingat hehe...) tu kalau kita nak jamak qasar kan? Tapi jamak sahaja tu bila je nak kita buat B?

Insan B : Ya, itu kalau nak qasar. Jamak boleh bila-bila keperluan yang kita perlu jamak, contohnya ketika dalam peperangan, ketika tersangkut traffic jam, dalam banjir, dalam musafir......

Insan A : Ohhhh alhamdulillah faham dah. Sebab selalunya kalau buat, buat jamak qasar yakni yang melebihi 91km perjalanan. Takpernah faham bila nak buat solat jamak sahaja.
Terimakasih B, sekarang dah faham :')


*********************

Alhamdulillah from the conversation, diri ini lebih faham. Banyakkan benda yang kita taktahu tapi buat buat tahu. * itu sombong namanya ish ish ish *

Benda macam ni kita takboleh belajar hanya dengan membaca buku, kena berguru, kena bertanya sebab takut kita salah tafsir sesuatu benda tuh. 

Mana yang rasa belum cukup didada mihmih sama-sama kita pelajari, takyah malu-malu nyet nyet ah nyampah pulak ase hihi. Sebab benda ni kita aplikasi dalam kehidupan seharian. Allah dah bagi kemudahan buat musafir, kenapa taknak ambek?


[ Kredit : Jangan lupa baca nih hokay! ]


Ingat sahabat,
solat itu wajib. solat itu tiang agama. Dalam bagaimana keadaan sekalipun,
solat takboleh excuse senang-senang nak cuti tanpa keuzuran.

"Allah telah mewajibkan ke atas orang-orang Islam yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, solat fardu lima kali sehari semalam. Ianya mesti ditunaikan dalam apa juga keadaan dan dengan apa jua cara sekalipun. Solat adalah tiang agama dan barangsiapa yang meninggalkannya dianggap telah meruntuhkan agamanya. Ini juga antara garis pemisah di antara orang Islam dengan yang lain."

Hanya sekadar perkongsian. Perbetulkan yang silap.

Doakan saya. Doakan perjalanan saya. Doakan diberkati perjalanan menuju ke sana.

-Hamba yang hanya mengharapkan redha Yang Maha Esa-