Saturday, 4 April 2015

Berdakwahlah setelah mendapat tarbiyah

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, saat jari jemariku mengklik button 'NewPost' untuk update blog kesayangan yang mana hampir dua bulan dibiarkan tanpa kabar berita, bermulanya masuk semester dua, sampailah harini dah mula cuti pertengahan semester dua sudah. Mana hilangnya?
Tak hilang, cuma perlukan masa untuk mencari idea untuk menulis, 
bila terlalu banyak masa digunakan untuk kepentingan dunia, beginilah jadinya lupa untuk beringat dan mengingatkan antara kita. Muhasabah.

[ Seek Allah's help with Sabr and Solat :) ]

Apa kaitan entry kali ni? Dakwah? Tarbiyah? Benda yang sama ke?
Hmm. Actually dakwah dan tarbiyah dua benda yang berbeza. Mana boleh manusia mampu berada di jalan dakwah sebelum mendapat tarbiyah ? Dan tiada guna jugak bila manusia sentiasa perlukan tarbiyah dari seorang yang berlimu contohnya ustazah,murabbi, naqib/naqibah.. tetapi tidak mahu berdakwah? Di sini kita dapat lihat tarbiyah dan dakwah perlu jalan seiring, takboleh kau pilih satu je, sama lah dengan analogi, kau nak hidup je sentiasa atas dunia nih, kau takfikir langsung pasal mati, 
tapi hakikatnya kau tahu 'Mati itu Pasti.' Faham ?

Okay la, kat sini secara general jela, tarbiyah Islamiyyah means suatu pendidikan yang berterusan ke arah pengabdian diri kepada Allah swt. Dakwah pula menyeru manusia pada kebaikan macam 'amar makruf nahi mungkar' . Tahu tak amar makruf nahi mungkar tu mende? Kalau tak tahu, buat buat lah pergi menuntut ilmu akhirat banyak-banyak.

Allah. Makin hari makin buat aku sedih melihat dunia ini. Melihat keadaan sekeliling. Takpayah tengok jauh, keadaan sekeliling aku sekarang ni banyak dah membuatkan aku dan sahabat-sahabat lain mengambil pengajaran serta ibrah dari apa yang ditetapkan  Dia.
Bahan dakwah buat kami. Depan mata. Depan mata. Tetapi kami masih belum mempunyai kekuatan yang tinggi untuk membantu manusia yang sedikit lupa dengan kemewahan dunia ini. Allah. Berat rasa berat. Tapi siapa aku nak mengeluh, siapa aku nak lawan takdir Dia yang turunkan nikmat ujian ini? 

Adakah kau sanggup biarkan maksiat didepan mata, dengan tanpa berusaha ke arah amar makruf nahi mungkar? silap silap kau sekali ditarik ke dalam neraka dek kerana terlibat dalam kancah dosa ini. Nauzubillah T.T

Tarbiyah. Setiap manusia di atas bumi ini perlukannya--> tarbiyah.
Sebab apa? Mendidik diri kita untuk menjadi seorang 'hamba' yang mempunyai tanggungjawab terhadap diri, agama, bangsa dan negara. Kau tak duduk sorang-sorang kat dunia ini, jadi kau kena ingat tuh! Lagi satu tujuan Allah hidupkan kita didunia ini sebagai khalifah dimuka bumi ni, khalifah. Yakni pemimpin. ~~~____~~~ 
--kau disini termasuklah aku, maaf sebab guna kau-

Contohnya kau dapat tarbiyah dari seorang murabbi atau naqibah, kau faham apa itu tarbiyah, kau faham KENAPA kau perlukan tarbiyah dalam hidup, dan kau juga tahu apa yang perlu kau buat setelah kau DITARBIYAH. Kita perlukan tarbiyah dalam hidup, sebab kita taknak terlalu hidup dengan asyik mencari ilmu dunia, tapi ilmu akhirat kau takde. Orang putih kate 'ZERO'. Walaupun kau belajar akademik sampai PHD pun, tapi ilmu agama kau takde, aku takheran, aku takjelous. Langsunggg! 
Indeed, YOU MUST HAVE DEEN IN YOUR TRUE LIFE! :)

[ Kredit ]

Hehe, memang rasa taksuka nak cerita pasal ni, rasa emosi MasyaAllah. Hanya disebabkan geram, dan sedih dengan kelemahan diri sendiri yang takmampu lagi untuk benar-benar berada di atas jalan dakwah. Means jalan menyeru pada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran. Ye, masih terlalu lemah. Aku akui.

Lebih-lebih lagi bila kami telah pun ditarbiyah dan perlukan jalan untuk berdakwah. Makin banyak cabaran yang Allah tunjuk di depan mata. Ye makin banyak. 
Mungkin salah satu bahan dakwah buat kami. Sekadar melihat saja ke? Kau takrasa serba salah dengan hanya melihat ? **still talking to myself**

Kadang-kadang cuba untuk pesan pada diri, bersangka baik, bersangka baik, fikir positive, fikir positive, ye memang aku cuba. Tapi aku juga takut bila terlalu aku bersangka baik, aku dalam keadaan yang selesa, aku biarkan dia, aku malas nak ambil tahu pasal dia, andainya sesuatu berlaku, siapa yang harus dipersalahkan? T.T

Baiklah. Buatlah apa yang kau rasa baik untuk diri kau. Kau marah bila ditegur, kau makin jauh bila ditegur, kami hormati, dan kami hanya mampu doakan yang terbaik buat masa sekarang nih. 

Berubahlah sahabat, kami sayang sebab tu kami fikir untuk kebaikan :)

Last but not least ..


Wallahu 'alam. May Allah bless.


1258
04042015