Monday, 22 June 2015

Ramadhan Tiba! Ramadhan Tiba! Ramadhan Tiba!

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ramadhan Kareem... Allahu Akram :)
SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahu Akbar!


[ Salam Ramadhan buat muslimin muslimat semuaaa ]

Hehe, first sekali rasa belum terlambat kot nak ucap Selamat Berpuasa dan selamat menjalankan ibadah-ibadah sunat yang dituntut dalam bulan yang istimewa ini, 
Ramadhan Kareem, Allahu Akram :)

Rasa dah lama haih kite biarkan blog ni senyap sunyi sepi tanpa hupdate (heh!)
Why why ? Haha. Kekangan masa barangkali tidak mengizinkan hehe ayat macam perdana menteri busy kau. Taklaaa, my semester two for firstyear degree quite tough and many works need to do, sebab tu takdapat fokus pada blog terchenta ini.(sobsobs!)
Ku susun sepuluh jari memohon maaf hihi bagi ada yang rajen angat melawat my blog, walaupun rasanya macam ' ada ke? ' Heh itu semua takpenting. Okay!

Nak ceghita tahun ni punya first ramadhan (means hari pertama berpuasa), kite sambut kedatangan Ramadhan yang dirindui di UTM terchenta je, tak balek, tak bersama family, dek kerana sedang berjihad juga dengan peperangan peperiksaan akhir. Hm, sedih juga hati, baru dapat rasa macam mana lah dorang dorang yang studi di perantauan sana tu, kite yang duk studi dalam Malaysia ni pun sokmo nak balek ekeke. Ni ade hati nak studi obersi kiki. Eh eh tapi hasrat tu tetap mekar dihati cewwah. InsyaAllah bila masa tiba dan sudah diberi keizinan oleh Dia :) Ameen...(doa-doakan!)


Ramadhan kat UTM, berbeza sangat dengan sebelum-sebelum nih. Takla beza apa pun, tetap sama je cuma sebagai pelajar tahun satu, rasa macam agak sukar sikit nak keluar pergi bazar ramadhan sebab no transport huhu. Kebetulan kafe paklah pun tidak dapat beroperasi dengan baik. Hm dugaan. Nasib ade bazar utm, atleast boleh jalan kaki petang-petang tu pas asar untuk membeli juadah berbuka puasa hehe insyaAllah!

Disebabkan untuk pergi solat terawih pun perlu jalan kaki, okay gagahkan diri, rugikan kalau kita tinggalkan solat terawih yang mana kita akan jumpa bila tibanya Ramadhan sahaja. Takde kat bulan-bulan lain :) Iftar kat masjid pun seronok, ramai! And lagi mudah sebab takperlu la nak terkejar-kejar untuk pergi ke masjid. Jimat lagi dan jangan membazir! Hehe. Goodgirl !

" Ahhhhhhh. Letihnya jalan jauhhh....."
Takpela, setiap langkah kita jalan ke masjid ni, dapat pahala tau! :)

"Hehe. Haahkan! (Senyummmm dan terus berjalan)"


[ Ingat! Puasa puasa, jangan mengeluh hihi ]

Betul tu. Buat apa nak mengeluh dan merungut, nikmat Allah bagi kat kita selama ni pun terlalu banyak, nak korbankan sedikit tak boleh? Hm. Ingat! Kaki tangan dan seluruh anggota badan kita ni pun, kepunyaan Allah. Apa salah kita guna sebaiknya lagi-lagi untuk beribadah. Dan fikir jugak, bagaimana mereka yang diuji tanpa kaki dan tangan?
Allah. Bersyukurlah wahai diri.. (peringatan diri sendiri)

Ramadhan ni jugak bukan semata-mata kita berpuasa, berbuka, berterawih tetapi banyak lagi amalan-amalan yang boleh kita buat. Rebutlah! Takdapat buat semua pun, jangan tinggal semua. Rugi sangat rugi! Mana kita nak tahu, keberkatan dan keredhaan Allah nak bagi waktu bila, kadang tu dalam hal yang kecil pun , Allah balas besar pada kita. Yakin dengan Allah sentiasa, semuanya datang dari Dia, InsyaAllah hidup bahagia! :D

Nak kongsi sikit amalan yang boleh kita tambah dan kekalkan momentum ini terus menerus dibulan-bulan lain juga. Orang panggil, istiqamah! Bulan ramadhan ini melatih diri kita, dan jadikan tarbiyah dalam diri untuk kehidupan akan-akan datang. InsyaAllah!

Checklist Bulan Ramadhan:

  • Bersahur
  • Puasa
  • Solat sunat Rawatib ( Qabliah, Ba'diah )
  • Solat berjemaah (Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak)
  • Solat sunat Dhuha
  • Solat sunat Terawih
  • Menghadiri majlis ilmu
  • Qiamullail
  • Solat sunat witir
  • Zikrullah/Ma'thurat
  • Tadarus Al-Quran
  • I'tikaf di Masjid
  • Zakat Fitrah
  • Infaq (Sedekah/Derma)
  • Infaq untuk Palestin
  • Infaq untuk Syria
  • Puasa sunat Syawal (Puasa Enam)

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (HR Bukhari dan Muslim)

Setakat ini dahulu. Moga berjumpa lagi di kemudian entry ya!
InsyaAllah. Akan lebih kerap berdamping dengan blog terchenta sebab sekarang ni kita dah pun habes first year degree. Cuti tiga bulan yey! :)

Thanks for reading! May Allah bless.