Wednesday, 11 November 2015

Life is Temporary ..~

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum.

Lama sangat dibiarkan berhabuk blog indahnyaberbicara.blogspot.com ni kan? 
Dari mula sem baru, sampai dah habes separuh sem dah, takterhupdate-hupdate lagi. Bukan disengajakan tapi atas kekangan-kekangan tertentu. Poyo la kalau kata sibuk, semua pun sibuk, bukan aku je, tapi atas beberapa urusan yang jauh lebih penting harus diutamakan, maka dahulukan.. Lama jugak ditahan kesabaran untuk mencoretkan sesuatu disini, bukan untuk tujuan pembaca diluar sana, ntah ntah takde pun kan, hanya sekadar coretan untuk diri sendiri, ya diri sendiri... ~ :)

[ Kredit ]

Based on this quote,"Life is Too Short". Ya, i'm strongly agree..! 
Hmm. Walaupun baru hidup dimuka bumi ini 20 tahun, nak masuk 21tahun jugak lah, rasa macam kehidupan hampir ke penghujungnya dah sekarang. Sebab kita boleh tengok, macam-macam ujian yang melanda negara kita sendiri, takpayah tengok jauh la. Tengok waqi'(kawasan) sendiri je dulu. Dari situ kita boleh fikir dan terus fikirkan!

Bila fikir dosa, memang rasa terlalu banyak. Apa pulak fikiran orang yang dah 
bepuluh-puluh tahun, beratus-ratus tahun hidup, mengira saki baki dosa yang ditanggung...T.T ..Jeles melihat bayi-bayi yang suci dari dosa. Allahu.
Tapi, setiap dari kita takkan terlepas dari melakukan dosa, sebab kita bukan maksum, jadi ubatnya, jangan pernah give up minta ampun dengan Sang Pencipta. 
Allah Maha Pengampun lagi Mengasihani hamba-hambaNya :)
Perbanyakkan istighfar dan kembali la pada Tuhan..#ingatanbersama

Dalam setiap benda Allah hadirkan ujian. Setiap benda. Contoh kejayaan, kebahagiaan, kemiskinan, kekayaan, ukhuwah, persahabatan, kekeluargaan, pekerjaan dan macam-macam lah. Sama ada ujian itu berbentuk nikmat atau sebaliknya. Kita sebagai hamba nak lari mana? Hm. Setiap butir yang kita cakap, tulis pun, Allah akan uji. Takut bukan, takut tersalah langkah, bagaimana pula nak jawab dihadapanNya kelak disoal. Nauzubillah.

Sedangkan orang yang berkahwin pun boleh berselisih faham antara suami isteri, apatah lagi kita dengan sahabat-sahabat dalam mengeratkan ukhuwah. Mungkin ada yang tak setuju dinamakan ukhuwah, apa? Ukhuwah Fillah? Hm bajet-bajet je kata 'ukhuwah fillah abadan abada'~ Nak tunggu sampai jumpa sahabat yang benar-benar sempurna yang bebas dari lakukan kesilapan baru dinamakan ukhuwah? 
Sampai bila? kalau jumpa boleh bagitahu.

Kadang semua benda kita takdapat nak expect. Nak fikir dengan baik. Mungkin ini kelemahan dari aku sendiri dan mungkin sebab sebelum ni aku pun cakap pung pang pung pang pasal 'ukhuwah' dan akhirnya aku diuji sendiri. Bukan sekali, tapi lebih dari itu.
Tak apelah. Aku cuba untuk fikir 'ada sebab semua ni'. Orang kata hikmah disebaliknya.
Mungkin kalau tak diuji sebegini, aku taknampak kekurangan aku, aku taktau yang sebenarnya aku salah gunakan konsep 'ukhuwah' itu sendiri, aku takconcern pada sahabat-sahabat aku, aku buat hal aku je, senang kate aku selfish. 
Alhamdulillah, sedikit sebanyak membuka mata untuk melihatnya sendiri. :)

Tapi ini semua just a temporary. Kalau kita decide untuk hancur, musnahkan semuanya, taktau la memberi kebaikan atau sebaliknya? Bila fikir, semua masalah, ada solusinya. Cuma nak atau tidak je. Terima atau tidak je.

[ Smile is Key of Happiness ]

Berlapang dada.. ingat senang? Memang susah. Cakap boleh r. Bila terkena kat diri sendiri, semua kau lupa. Tapi atleast, kita cube, lagipun benda semua ni kita dah belajar..
Rase looser gila bila kita buat / bertindak melulu sebelum fikir baik buruknya, at last the result same je kau dengan budak yang takbelaja. Sedih kan? Mohon dijauhkan.

Bila fikir, memang aku sendiri takdapat menjadi sahabat yang baik, dan sebab ini juga, aku sukar untuk mendapatkannya, hanya ada yang sekadar tidak serius, teringat pula tiba2, "what you give, you get back"..
Apa-apa pun, anggaplah ia satu ujian untuk menguatkan, even bukan harini, kekuatan untuk hari-hari akan datang. Yang sebenarnya dunia luar yang jauh lebih mencabar. 

Semua sahabat-sahabat yang Allah hadirkan dalam diri aku, semua baik-baik, anugerah Tuhan yang tidak ternilai, Sebab apa? Sebab mereka sentiasa ingatkan aku pada Tuhan. Sentiasa membuatkan aku bersungguh-sungguh mengenal siapa diri aku. Cuma mungkin kesilapan itu hadirnya daripada aku, aku tidak hargai dengan nikmat ini, diuji sedikit, mohon tetap tabah dan jauhkan dari mengeluh. Banyak2 istighfar dan cari solusinya, Aku taknak sebabkan sikit ini, ukhuwah retak, ini bukan caranya.

Mungkin, kau nampak aku masih boleh tersenyum dan boleh berhuha huha dengan sahabat-sahabat lain, tapi dalam lubuk hati, hanya Dia yang tahu. Kadang-kadang, aku nak turuti semua kehendak itu, seakan aku ingin hormati permintaan itu, tetapi bila fikir, betapa mudahnya untuk aku mengalah? Aku berputus asa? Aku lupa yang masih ada Tuhan disisi? *Dushh*T.T

Fikirkan bersama, masing-masing ade kelebihan juga kelemahan, masing-masing ade cara tersendiri, dengan tu jugalah dipanggil takaful yakni saling melengkapi. Ingat lagi rukun usrah? Rukun keluarga. Allahu. RINDU. RINDU. RINDU.

[ Kredit ]

Aku rindu untuk balik pada sedia kala. Bukan hanya aku tapi semua orang.
Hanya Dia yang boleh membantu :)

Ingatlah, detik-detik yang pernah kita lalui, mungkinkah detik pahit lebih banyak sehinggakan kita mudah untuk melupakan semuanya detik manis? Hulur sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Hidup ini sementara, hargai masa-masa yang berbaki~
Mungkin harini, mungkin esok. Ataupun mungkin beberapa minit lagi.

Jadikan semalam sebagai pengajaran, 
hari ini sebagai perjalanan, 
esok sebagai harapan.. :)

Akhirul kalam, kata-kata ini sangat membina, baliklah pada Niat :

[ Kredit ]

Sekadar ini sahaja. Mungkin kita akan bertemu lagi di lain entry,
dengan izinNya insyaAllah :)
Ambil la mana yang baik, yang kurang itu boleh perbaiki. Kelemahan dari diri sendiri.
Entry ini 100% ditujukan untuk diri saya terlebih dahulu.

Wallahu'alam. Moga Allah redha.