Friday, 11 November 2016

The Power Of Hikmah ~

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum :)

[Kredit]

"Mencari Hikmah" 

Hikmah itu bila mana dalam diri dah ditanam kemas-kemas setiap yang berlaku ada sebab mengapa ianya berlaku. Mungkin adakalanya kita memang mudah berputus asa, terlalu beremosi sehingga konsep mencari hikmah ini kita lupa. Sebabnya kita lalai dari mengingati kita hanya seorang manusia. Kita cuma merancang dan hanya Allah yang menetukannya. Perancangan Allah itu teliti dan Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.


Dalam al-Quran ada menyebut:
“ Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” 

(Al-Baqarah:286)

Itulah kasih sayang Allah akan hamba-hambaNya. Setiap beban, kepayahan yang kita dapat itu mampu untuk kita hadapinya. Tapi bila diri dah lalai dari mengingati Tuhan yang Satu, akal tak akan dapat berfikir dengan rasional. Rasa, diri yang paling malang. Dalam masa yang sama, jiwameronta-ronta berkata macam mana nak hadapi semua benda ini. Susah, hati gundah. Mengapa? Sebabnya, kita lupa minta pertolongan daripada Allah.

“Dan mintalah pertolongan(kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” 
(Al-Baqarah:45)

Terngiang-ngiang dengan 1 pesanan daripada seorang sahabat,

" Kalau kita bertanyakan hikmah itu pada orang lain, kita akan dapat 1 sahaja hikmah, tapi kalau kita berusaha 'mencari' hikmah itu sendiri, beribu hikmah yang kita akan jumpa." 

Selalu ada harapan bagi mereka yang berdoa, selalu ada jalan bagi mereka yang berusaha! 

Selamat mencari hikmah sahabat sekalian~  


Moga Allah redha
-11 November 16-

Thursday, 23 June 2016

Ramadhan 18

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Lama menyepi?
Tiba-tiba muncul, dah Ramadhan ke 18 dah.
Mana menghilang?
Tak hilang, ada je cuma tiada kekuatan untuk menulis.

Assalamualaikum semua :)

[Kredit]

Hari demi hari, aku belajar erti kehidupan.
Taksemua orang suka kita, apetah lagi mencintai kita.
Mungkin sebab kita takmampu berbuat demikian pada orang lain juge kan?
Jangan salahkan orang, tapi tanya pada diri.

Kita rasa kita tak ego, tapi kalau orang pesan, belajar buang ego.
Kita cari kat mana celah ego tu, sampai taknampak,
tapi orang lain nampak, belajarlah berlapang dada dan perbaiki.

Ego ada baiknya ada buruknya. 
Tak semua benda kita kena tunduk ikut, sampai benda salahpun kita patuh.
Ni bukan ego, tapi ni perlu ego!
Tapi mungkin perlu perbaiki ego bila melibatkan manusia dan untuk perbaiki kebaikan.

Adakah aku takboleh terima bila orang cakap aku ego?
Aku boleh terima cuma aku takmudah pengaruh tunduk dengan orang,
selagi aku taknampak ego itu. 
Aku punya hati, orang lain juga punya hati. Jadi marilah kita bersama-sama menjaga hati masing-masing dulu sebelum nak menjaga hati orang.

Minds your word. Keep smile! :)

Friday, 26 February 2016

Allah sentuh sedikit

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pernah rasa bila kau sibuk bergembira, berseronok dengan kehidupan dunia, suatu masa kau akan rasa sedih, sayu dan hiba?

Sebab apa?

Sebab mungkin kau jauh dari Allah. Kau takrasa manisnya beribadah pada Allah. 
Astaghfirullah. 

Dan pada masa ini, ingatlah bahawa Allah nak sentuh sedikit hati kau, nak tegur, nak beritahu, kemana hendaknya kau ingin tuju sebenarnya ?

Semakin kuat kau cuba berada di atas jalanNya, semakin kuatlah kau akan diuji.
Kuatlah hingga ke akhirnya!


Kembalilah pada Allah.
Ingatlah, bahawa Allah yang memberi setiap rasa itu.

[ Al-Baqarah : 153 ]

Wallahu'alam.