Friday, 26 February 2016

Allah sentuh sedikit

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pernah rasa bila kau sibuk bergembira, berseronok dengan kehidupan dunia, suatu masa kau akan rasa sedih, sayu dan hiba?

Sebab apa?

Sebab mungkin kau jauh dari Allah. Kau takrasa manisnya beribadah pada Allah. 
Astaghfirullah. 

Dan pada masa ini, ingatlah bahawa Allah nak sentuh sedikit hati kau, nak tegur, nak beritahu, kemana hendaknya kau ingin tuju sebenarnya ?

Semakin kuat kau cuba berada di atas jalanNya, semakin kuatlah kau akan diuji.
Kuatlah hingga ke akhirnya!


Kembalilah pada Allah.
Ingatlah, bahawa Allah yang memberi setiap rasa itu.

[ Al-Baqarah : 153 ]

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment