Wednesday 5 September 2018

Kerana Aku Ingin Berwajah Baru

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Salam penulisan pertama, setelah sekian lama, insyaAllah.

Semakin hari, semakin mencabar, sehinggakan terlalu lama aku tinggalkan seketika dunia ini; dunia penulisan di laman sesawang. Terlalu banyak perkara yang ingin aku coretkan, cuma menanti masa yang sesuai dan curahan idea dan ilham. Selalu teringin untuk menulis, tetapi jika tidak dihadirkan bersama hati, penulisanku selalu terhenti. Dan akhirnya, aku culas untuk mencoretkan sesuatu disini. Allahu, penulisan juga perlukan kekuatan. InsyaAllah, selepas ini aku akan cuba untuk lebih memanfaatkan penulisan disini, dengan izin-Nya. Doakan.

Mengapa memilih untuk bermula dari awal?

Kerana aku ada sebab yang tersendiri. Semoga penulisan kalini lebih memberi manfaat pada semua (jika ada yang setia membaca, terima kasih banyak-banyak ya). Tapi, penulisan aku memang hanya sekadar santai, tapi insyaAllah kita cuba untuk 'sampaikan'. Erm, kalau terlalu formal/skema, aku sendiri malas nak baca. Hehe.

Perubahan zaman, dan makin meningkatnya umur, membuatkan aku lebih takut dan risau jika dihabiskan dengan perkara yang terlalu banyak bersuka-ria yang tiada 'value', sebaliknya aku perlu persiapkan diri untuk sedaya upaya menyumbang atau memberi manfaat kepada orang lain dengan apa yang aku ada. Biarpun, ia hanya sedikit.

Dengan dunia penulisan juga boleh menjadi salah satu saham, jika ada yang membaca, berkongsi dan mengamalkan. Oleh sebab itu, berkongsilah perkara yang baik-baik, yang ada 'value' dan yang paling penting ada input bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain. InsyaAllah.

Moga Allah redha.