Thursday 6 September 2018

Self-Motivation

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum.



- It's about Self-Motivation -


Antara benda yang perlu ada dalam diri seseorang; iaitu semangat dan tidak mudah berputus asa. Tapi, ia benda yang sentiasa 'menghantui lebih-lebih lagi jika kita diuji. First impression untuk manusia biasa seperti aku, mesti pernah ada rasa 'down', lemah semangat, rasa nak 'give up' dan semua rasa lah. It is normal, but how you face it? Tu yang menjadi persoalan.

Walaupun barangkali, kita pernah jumpa kenalan/sahabat yang nampak hidup dia selalu cool je, macam masyaAllah takde masalah. Senyum, happy setiap masa. Hakikatnya, kita pernah tahu, mungkin dia pernah diuji yang lebih hebat dari kita, oleh sebab itu jugalah dia mampu kehadapan seolah-olah tidak punya masalah langsung. Allah kuatkan hatinya, daripada ujian yang pernah dia lalui sebelum-sebelum ni. Mungkin, baginya dah sampai tahap UJIAN itu satu NIKMAT. Hebat kan? Jadi, berpada-padalah bila bercakap, bergurau, berseronok, jangan sampai kita menyakitkan hati pihak orang lain :')

Penulisan kalini lebih kepada nasihat buat diri sendiri terutamanya, sebab selalu rasa dahagakan nasihat/kata-kata semangat untuk terus kuat. Semangat boleh turun, boleh naik. Bukan sentiasa naik atau 'constant' naik tak turun-turun. Semangat sahaja, tanpa kefahaman yang baik, memang susah nak pergi jauh. Pentingnya ilmu, untuk memandu kehidupan dari segi semua aspek. Ikut logik akal tanpa ilmu pun susah. 

Hidup memang tak lari dari ujian. Banyakkan memujuk diri dengan ayat-ayat suci Al-Quran, hadis-hadis, dan selami sirah-sirah. Percayalah, akan ada wujud satu titik dimana, 'ujian yang Allah hadirkan untuk diri kita ni terlalu kecil nak dibandingkan dengan mereka yang dahulu.' Allahu Allah.

Surah Al-Baqarah ayat 286,

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Dalam ayat di atas, telah menyebut bahawa Allah akan uji hambaNya mengikut kemampuan, sesungguhnya Allah lebih Mengetahui setiap sesuatu. Yakin dan peganglah dengan janji Allah ini. Sangka baik selalu, dan percayalah itu akan membuatkan hati kita menjadi tenang, insyaAllah.

Self-Motivation ini perlu ada untuk diri sendiri. Kalau nak tunggu orang bagi motivasi/semangat, sampai bila? Kekuatan dalaman sangat penting, insyaAllah everything went well. Dan kebergantungan kita dengan Allah Taala.

Ada orang suka tengok video/youtube, ada orang suka membaca, kadang-kadang daripada pembacaan tulah dia dapat 'build self-motivation', ada juga orang yang perlukan seseorang untuk meluahkan & perlukan khidmat kaunseling untuk motivasi diri. Terpulang pada diri sendiri, pilih yang mana terbaik :')

Last but not least, setiap apa pun yang Allah beri, take it & appreciate it. Belajar untuk tidak membandingkan diri kita dengan orang lain. Sebab? Sampai bila, kita takkan pernah rasa cukup malah sukar untuk capai tahap 'redha  & syukur' dalam hidup. Belajar untuk lihat orang yang lebih bawah, supaya dapat didik hati untuk syukur selalu. Jangan terus mempersoalkan, 'kenapa aku? kenapa bukan orang lain? dan pelbagai soalan-soalan yang lain. Hakikatnya, ia tidak dapat selesaikan apa-apa masalah pun, jadikan ia sebagai pengajaran untuk akan datang. Jalan terbaik, kembali pada Allah Taala, sebab Dialah penyelesai segala masalah.

Terus kuat, okay? :')

Moga Allah redha.